02 June 2006

28.5.06 : CATATAN SEORANG (separuh masak) DEMONSTRAN. ;P

jam 10.30 pagi, hari ini, sekai lagi aku berada di KLCC untuk demonstrasi bersama rakyat yang membantah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan elektrik.aku sampai tepat pada masanya. acara baru dimulakan. para demonstran sudah memenuhi sekitar perkarangan KLCC. angkanya mungkin mencecah 500 orang [termasuk SB]. agak sedikit jika dibandingkan dengan demo-demo sebelum ini. dan para aparat juga ramai. polis dengan peralatan senjata yang lengkap ditubuh sudah siap sedia untuk memperlecehkan rakyat. truck water cannon siap untuk memandikan orang ramai. namun, demonstran tidak pernah gentar dengan tekanan pihak berkuasa ini. agenda demonstrasi diteruskan.

Che'gu Badrul, aktivis dari GERAK mengacarakan majlis. aku kenal Che'gu Badrul. pernah berhubung melalui email dan telefon, tapi belum pernah bersua muka. aku bercadang mau menegurnya sebaik saja demonstrasi ini selesai. namun hajat aku tak kesampaian.ini kerana, sewaktu wakil DAP memberi ucapan, pihak polis telah memberi arahan agar perhimpunan ditamatkan.namun, para demonstran tidak mengendahkan amaran polis. kami berhimpun secara aman dan tidak mengganggu keadaan sekeliling, jadi, tidak ada sebab untuk kami bersurai selain untuk terus menyuarakan permintaan rakyat. dan pihak polis tetap menjalankan tugas yang telah diamanahkan. sebai saja polis memberi arahan kedua [atau ketiga], truck water cannon mula bergerak dan memancutkan air kepada orang ramai. polis/FRU mula menyerang demonstran. keadaan jadi tidak terkawal. orang ramai berlari menyelamatkan diri. pada saat ini keadaan agak genting.ramai demonstran dipukul dan ditangkap polis/FRU. sehinggakan ada yang berdarah. setelah aksi kejar mengejar, pukul memukul dan tangkap menangkap, keadaan kembali tenang. tidak dapat disahkan berapa orang yang telah ditangkap. agak ramai. setelah itu, polis+FRU pulang membawa demonstran yang ditangkap. demonstran yang tidak ditangkap kembali berkumpul. beberapa front liner demonstran tampil memberi ucapan penutup dan mengajak para demonstran berkumpul di Pudu Jail untuk memberi sokongan solidarity kepada rakan-rakan yang ditangkap.

aku, azam dan pakwan tidak terus ke Pudu Jail.kami mengmabil keputusan untuk menonton movie di cinema KLCC. hehe.:P.kerana kami yakin takahan akan dibebaskan pada lewat petang. plan kami, selesai menonton movie, kami ke Pudu Jail. namun, hajat tidak kesampaian. cinema full house! ya, hari ni adalah hari ahad. jadi, ramai yang mau menonton. makanya, kami ke Kinokuniya dan menghabiskan masa dengan membaca majalah dan bersiar-siar di KLCC. ;)

jam 2 petang kami ke Pudu Jail. ramai skali rakan2 demonstran di hadapan Pudu Jail yang setia menunggu teman-teman dibebaskan. dihadapan Pudu Jail kami berkumpul memberi tekanan kepada pihak polis agar segera membekaskan rakan-rakan kami yang ditangkap. di sana, kami menyanyi, melaungkan kata2 semangat, memegang banner, dan mengajak pengguna jalan raya membunyikan "hon" kenderaan mereka sebagai tanda sokongan. keadaan disini agak meriah sekali. bising dan meriah.:). jam 3 petang, rakan-rakan mula dibebaskan seorang demi seorang. jam 3.45, kesemua 20 tahanan dibebaskan. mungkin kerana tekanan kami diluar jail agak kuat sehingga menyebabkan mereka membebaskan tahanan lebih awal. jika sebelumnya, tahanan dibebaskan sedikit lewat. sekitar jam 4 atau 5 petang.

jam 4 petang, aku dan azam menuju ke LRT Masjid Jamek untuk menjemput Toni [kawan aku] untuk ke acara Food Not Bombs. 20 minit berjalan kaki, kami tiba di lokasi yang dijanjikan. Aku call toni untuk mengesahkan koordinat sebenar dia. sebentar kemudia, aku bertemu dengan toni yang membawa bersama temannya yang bernama eza. oh ya, toni dan eza adalah cewek.:). dan kami berempat menuju ke lokasi Food Not Bombs.ini 1st time aku kenal eza. dan toni sudah aku kenal hampir 2 tahun. yang special dalam perhubungan aku dan toni ialah, hampir setiap kali kami bertemu, pasti kami akan bertukar-tukar cokelat kit kat.:). suatu hari nanti aku akan membuat novel yang berjudul: Aku, Toni dan Kit Kat. hehehe.:P

sementara menunggu acara pendistribusian makanan percuma dijalankan, banyak yang aku dan toni dan eza berbicara hal-hal yang berkaitan. pada masa yang sama, toni ada menghadiahkan aku sehelai baju Iwan Fals dan juga sekeping cd mp3 yang dibelinya di Medan, Indonesia. ada juga sekeping Kit Kat terselit di celah baju dan cd. terima kasih buat toni yang mengingati aku.;).

jam 6 petang acara food not bombs bermula. selesai jam 7 malam. aku, toni dan eza pulang ke Gombak jam 7.30 malam. dalam perjalanan pulang aku hulurkan sekeping kit kat yang sememangnya aku belikan untuk toni.:). tapi kit kat nya sudah ciar! hehe.maaf yer toni. hehe. ya, ini yang berlaku antara aku dan toni. pertukaran kit kat pasti berlaku walaupun tidak pernah kami janjikan.:)

jam 8.30 malam aku tiba di rumah. hari ini sangat memenatkan. aku fikir mau tidur aja dengan seberapa segera. namun, setelah menonton tv dan membaca newspaper, aku menulis catatan ini agar tidak segera dilupakan. jam sudah pukul 3 pagi. aku harus tidur. satu hari yang penat!
p/s:- lihat foto demonstran disini: http://emolagi.fotopages.com/

No comments: