> pengenalan
sedang aku merayau-rayau di alam maya ini, tiba-tiba aku teringat tentang seorang tokoh ternama dunia iaitu Kahlil Gibran. terus aku menaip namanya di enjin pencari untuk aku mendapat lebih banyak info tentangnya. makanya, aku telah berjaya menemui situs Kahlil Gibran Online [http://www.kahlil.org/].
> isi penting
ini kali kedua aku menulis tentang Kahlil Gibran di sini. hujah aku tetap sama seperti sebelum ini, iaitu orang malaysia [terutamanya aku] langsung tidak pernah kenal siapa Kahlil Gibran padahal dia adalah antara nama-nama besar dunia. aku pernah membaca sebuah bukunya tidak lama dahulu hasil pinjaman seorang teman. aku lupa nama buku tersebut. yang pasti, ianya sebuah buku fotostat. yang aku tahu dari mulut teman-teman, Kahlil Gibran ini pujangga cinta yang sangat indah gaya penulisannya. tapi aku tidak dapat menikmati keindahan bahasa/tulisan tersebut tatkala membaca bukunya kerana buku tersebut adalah buku yang ditranslasi dalam bahasa indonesia. dulu aku berasa sangat pelik dengan keadaan ini. soal aku sangat mudah: kenapa di indonesia Kahlil Gibran sangat dikenali sedangkan di malaysia tidak. bahkan di sana juga terdapat juga pengikut/penganut/persatuan/kelab Gibranism.
> isi penting kedua
baru-baru ini aku bersama Jehan [bukan nama sebenar] duduk minum disebuah restoran sambil membedah bicara hal-hal untuk mempublikasi buku. kebetulan datang pula seorang teman kepada Jehan yang bekerja dengan KDN. Jehan menanyakan beberapa hal yang berkenaan dengan akta-akta percetakan. sedang asyik bersoal jawab itu, tiba-tiba terpacul dari mulutnya satu ayat yang betul-betul menjawab kepada pertanyaan aku sebelum ini. ayatnya berbunyi: "kat Pustaka Indonesia tu banyak buku yang tak lepas [akta percetakan]. tapi ianya dikaburi dengan buku2 agama. tapi kalau kau bernasib baik, kau akan jumpa buku-buku yang memang tak boleh masuk Malaysia. silap-silap kau boleh dapat buku Kahlil Gibran."
> penutup
sekarang, aku telah tahu kenapa aku sangat susah untuk mencari buku Kahlil Gibran. rupanya karya seni Kahlil Gibran ini diharamkan di Malaysia. yang aku tidak tahu adalah, kenapa ianya diharamkan. jadi, aku harus mencari jawapan kepada soalan ini.
No comments:
Post a Comment