08 December 2005

Bukak Api + Malaikat Di Jendela + Toll Gate Girl + Puaka Tebing Biru
jika sebelum ni aku pernah menulis tentang Bukak Api. sekarang aku menulis lagi sekali tentang Bukak Api. lebih kepada siapa Osman Ali sebenarnya. [bapak aku nama Othman Ali.hampir sama seh.hehe]
aku mungkin lebih kenal siapa amir muhammad berbanding osman ali. tapi hakikatnya osman ali adalah senior kepada amir muhammad. orang kata amir muhammad adalah pemangkin reformasi filem di malaysia. malah, osman ali lebih awal mereformasikan fanomena filem di malaysia. filem Bukak Api yang dihasilkan pada tahun 2000 hanya dapat aku lihat pada tahun ini [2005]. itu pun nasib baik kawan aku terjumpa vcd Bukak Api tu kat Uptown yang dijual secara undergroung. kalau tidak, sampai sekarang aku masih tidak dapat melihat Bukak Api. sempat juga aku sebarkan vcd Bukak Api ini kepada kawan2 aku di uia. jika zaza [kawan aku budak uia] menyarankan untuk tidak melihat Bukak Api, aku tetap bertegas dengan saranan aku sebelum ini bahawasanya: ANDA SEMUA HARUS MENONTON BUKAK API. :)
- kat mana nak cari Malaikat Di Jendela + Toll Gate Girl + Puaka Tebing Biru ek? ada sesapa ada no tepon osman ali tak? tak ada no tepon, emil pun ok gak. meh aku nak kontek dia meh.
- kat bawah ni berita pasal osman ali yang aku ambik kat paper Metro.
- Osman Ali (tengah) bersama para pelakon yangmembintangi Puaka Tebing Biru.

Bukak Api diterbitkan pada 2000 memperkenalkan pengarahnya Osman Ali, asalnya seorang pembikin filem bebas (indie) kepada penggiat dan peminat filem tempatan.

Osman juga waktu itu disebut-sebut sebagai pengarah muda cukup berkaliber bagi mengisi ruang industri filem tempatan yang dianggap pengkritik dipenuhi dengan pelbagai filem sampah.

Bukak Api turut memberi tuah kepada Osman apabila memenangi pelbagai anugerah luar dan dalam negara sekali gus meletakkan nama Malaysia di peta dunia.

Antara anugerah dimenanginya ialah Filem Terbaik Red Ribbon Media Awards 2001, Anugerah Juri Freedom Film Festival 2004, Pilihan Khas Festival Filem Antarabangsa Singapura 2002.

Selain itu, Bukak Api juga menerima Pilihan Khas Festival Filem Antarabangsa Nontes di Perancis pada 2003, Festival Filem Antarabangsa Kaherah 2002 dan terbaru menerusi filem itu Osman menerima anugerah Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-18.

Selain Bukak Api, antara filem dihasilkan secara bebas ialah Malaikat Di Jendela yang menampilkan lakonan Ning Baizura. Filem itu mendapat pujian ramai.

Bermula dari situ Osman melebarkan sayap menerbitkan drama dan iklan seperti Toll Gate Girl serta iklan Petronas. Cuma dia harus menunggu lima tahun untuk mengarahkan filem komersial pertamanya, Puaka Tebing Biru (PTB) terbitan Astro Shaw Tayangan Unggul (Astu).

Peluang begitu lama harus ditunggu Osman dikatakan punya kaitan dengan masalah pembikin filem yang dikatakan berpuak-puak antara indie dan komersial. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak diketahui?

Dalam pada itu, sebagai pembikin filem bebas, masalah dihadapi filem komersial pertama Osman, PTB sedikit sebanyak menimbulkan cakap belakang di kalangan penggiat lain. Wartawan Harian Metro, RUDY IMRAN SHAMSUDIN, baru-baru ini sempat menemubual pengarah muda ini bagi menyelami permasalahan yang dihadapi sama ada sekitar industri itu sendiri mahupun filem diarahkan Osman.

klik sini utk baca interview:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Bintang/20051207100642/Article/indexm_html

No comments: