08 February 2024

7.2.2024 : Ambik Buku Rekod Harraz

hari ni aku gi sekolah anak aku untuk ambik "buku rekod" pelaporan pentaksiran bilik darjah. aku macam tak teruja sangat nak tahu sebab anak dah naik pentas terima anugerah kan. maksudnya result dia ok.

masa gi ambik tu, sembang sembang dengan cikgu sikit. tanya macam mana anak aku kat sekolah. cikgu kata ok. harraz aktif kat sekolah. perangai pun ok. cikgu cakap "my favourite student". huk aloh cikgu. pandai bermain angin ibu bapa. huhu.

cikgu tanya, harraz pergi tuisyen ke? aku jawab tak. cikgu tanya lagi, dia banyak baca buku kat rumah kot. aku jawab tak jugak. haha. cikgu mcm terkejut sikit. 

bab ni aku rasa harraz ikut genetik mak dia. jenis esok exam, malam ni baru stadi. tapi result semua A.

aku tak sembang banyak sangat. sbb cikgu perempuan. aku ni pemalu sikit nak cakap dengan perempuan. ehek. cuma aku tanya, TP5 tu A ke B cikgu? cikgu berpaling tanya kawan dia, nak komfomkan A ke B. lepas tu dia cakap A. huhu. maksudnya TP6 tu A+ lah. aku tambah sikit lagi.

kitanya generasi old school. nak jugak tahu A ke B ke C. huhu. tapi ok jugak sistem TP ni. dia ada penilaian dari cikgu. dan ada jugak penilaian dari exam akhir tahun. cuma kita tak didedahkan dengan berapa markah exam akhir tahun yang anak kita dapat. tahu tahu dipanggil naik pentas. itu pun still tak tahu berapa markah sebenar anak kita dapat.



03 January 2024

002 : Hilang

Hari ini kau tak kunjung tiba juga
Dicampur semalam, sudah dua hari kau menghilang
Terik mentari membuat aku mula merindumu

Ditangga rumah, aku menanti kehadiran mu
Sekali sekala melihat langit mencari angin pembawa berita
Ternyata tak ada berita gembira hari ini
Kau hadir tepat waktu, menghilang juga begitu

Sekali pun hadir mu tak disenangi semua, tapi aku suka
Meskipun kadang resah gelisah, gerak terbatas mengikut aturan mu
Meskipun basah kuyup meresap ke jiwa sekalipun, aku tetap suka
Kerana hadir mu tak lama
Dan aku mahu menikmati hidup bersama mu sepenuhnya walau seketika cuma

01 January 2024

001: Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Siang hari ditahun baru masihi telah tamat
Berganti malam melangkah melengkapi jam ke 24
Tak ada beza hari pertama di tahun dua kosong dua empat
Tetap sama seperti semalam di tahun sudah
Rutin yang sama diulang ulang dan ulang dan ulang
Sementara melengkapi usia yang cukup
Yang entah bila pun akan kunjung tiba

Semoga selamat sejahtera ke atas nya
Untuk tahun baru masihi
Suka duka bakal ditempuh dengan dada berlapang
Kerana aku hanyalah menuruti apa yang kau mahukan
Malah aku bersyukur ke atasnya walau kadang hilang diri sendiri
Kerana sebenarnya aku tak akan pernah hidup tanpa mu
Sejahteralah keatas segalanya ditahun baru masihi 

31 December 2023

Entry Terakhir Tahun 2023

Saya tak pasti apa yang berlaku sekarang. Kat lotus, panjang gila orang q nak bayar. Dah macam nak raya. Adakah kerana esok tahun baru?

Selaku pengguna berteknologi tinggi 😆😅, saya biasanya guna lorong scan & shop. Tapi, kaunter tu pun ramai gila orang beratur.

Saya tengok kaunter self checkout. Nampak mcm tak ramai sangat. Saya pun beratur kat situ.

menunggu jugak lah walaupun tak ramai mana. dok tunggu pembeli tgh buat kerja staff lotus. Dok scan barang masing2. 😅. 

Sampai giliran saya, dengan penuh bergaya dan berteknologi tinggi, saya letak barang, seluk poket, keluarkan hp, dan letak hp saya pada auto-mesin pembayar. pergh, dengan sekali scan, semua barang saya tersenarai pada screen. Saya tekan button pay, select payment method, terus bayar dgn kad. setel dengan sangat bergaya.

Kedengaran suara brader kat belakang berkata : oh dia dah scan. 

lupa nak cakap, beratur di belakang saya ada dua orang awek. mesti awek tu kagum dengan teknik saya. 😎😆😅

paling penting, saya dah banyak menjimatkan masa ramai orang yang beratur. power kan saya. 😎😅

KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Tak pernah terlintas di fikiran nak kerja Pegawai Tadbir Diplomatin (PTD). paling vitalnya, sebab english tak power. so memang tak ah nak apply ptd. ptd memang nak english power kan. tapi, dah alang alang update borang mintak kerja kat SPA tu, kita klik je semua jawatan yang layan di pohon dengan kelayakan akademik kita. termasuklah ptd. huhu.


1.12.2023, dapat email dari SPA untuk duduki ujian psikometrik. kalo jawatan u41 soalan psikometrik 165 soalan, tapi untuk jawatan ptd ni nak kena jawab 564 soalan. bapok banyak soalan.



bukan stakat ujian psikometrik banyak soalan, nak lepas masuk kadet ptd pun bukan senang senang.
banyak stage yang nak kena hadap.

sebenarnya, tak tau pun pasal kekosongan ptd ni. bila dah dapat email untuk ujian psikometrik, baru cari info pasal post ni. rupanya dia nak ambik satu batch. 120 orang satu batch. lelaki 84 orang, perempuan 36 orang.




macam ramai dia nak kan. tapi, takde spesifik kos yang boleh apply ptd ni. maksudnya, lebih kurang macam, ada je degree, boleh mohon ptd. dengan kata lainnya, beribu ribu lemon la yang mohon jawatan ni. so saingan tinggi. sebab tu la kot macam macam stage nak kena hadap untuk berjaya dapat kerja jadi ptd.

so ini first time pengalaman aku berhadapan untuk  jawatan ptd. tak expect banyak. harap lulus ujian psikometrik je pun dah bangga. huhu. yakin jugak sebenarnya jawapan soalan ni. sebab, dah berjaya jawab soalan psikometrik u41 tempoh hari.

tapi 165 soalan dan 564 soalan sangatlah banyak perbezaannya. 

14.12.2023 jawab ujian. 28.12.2023 keluar result. dan ternyata, CALON GAGAL. huhu.


macam tak sangka jugak gagal. sebab dah pernah berjaya jawab soalan psikometrik sebelum ni kan.baru nak berlagak, dua kali jawab psikometrik, dua kali berjaya. tapi allah tak bagi nak berlagak. huhu.

tapi ptd ni, memang tak harap banyak pun. cuba tengok flow ambilan ptd ni:


memang jauh panggang dari api nak dapat jawatan ni. stage kedua pun dah sangkut. huhu. stage ketiga tu ujian kecergasa. ujian fizikal. kena lari lari bagai. stage ke empat tu kena public speaking. english dan bm. dan kena buat karangan english dengan bm.

nak lepas 4 stage ni pun dah susah. kalo lepas 4 stage, baru dapat interview. kalo lepas interver, baru dapat masuk kadet. masuk kadet pulak bukan sekejap. 10 bulan. hampir setahun. 

fasa ni paling susah. susah bukan apa. susah nak handle anak kat rumah. nak pegi hantar ambik anak sekolah. huhu. selama ni kita  yang buat, tak tau la nak lepas ke bini untuk handle macam mana. btw, tak perlu fikir sampai sini. stage dua pun dah sangkut. huhu.

takpe. kita cuba lagi tahun depan. bukan nak apa sangat. saja nak challenge diri. dapat jadikan benchmark untuk anak anak bagus juga. chow.












Sebuah Perjalanan Akhir Tahun 2023

 Dah berkurun tak ambik port untuk cari kerja baru. Dah dah bertahun tak update mintak kerja kat SPA. lebih tepat, mungkin dah 4 tahun. Ntah macam mana, tiba-tiba tertengok iklan kekosongan jawatan ni:



tengok syarat kelayakan, boleh apply ni.kekosongan pun banyak. 6 kekosongan. bukan 1 kekosongan. ada peluang ah maksudnya. simpanan pun 15. dapat calon simpanan pun ok. apply je lah. nothing to lose pun. so kita apply.

lepas isi mohon jawatan ni, 26.10.2023 dapat email dari SPA untuk ambik ujian psikometrik. ujian prikometrik ni ramai orang tak lepas. kita pun tak tau skema apa yang di pakai untuk berjaya dalam ujian ni. sebab basically, soalan ujian prikometrik takde jawapan salah. ianya adalah betul berdasarkan peribadi kita.


3.11.2023, sabtu, menjawab soalan psikometrik sebanyak 165 soalan. soalan senang. tp tak tau menepati ke tak apa yang SPA mahukan.

7.11.2023, terima email Keputusan Penilaian Psikometrik - Calon Berjaya. Alhamdulillah.


14.12.2023 terima email dari SPA untuk diadakan simulasi temu dulu sebelum temu duga sebenar berlangsung.


lepas buat simulasi, terima email tarikh sebenar untuk temu duga real punya.


27.12.23. khamis, tarikh yang dinantikan telah tiba. dan alhamdulillah proses temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Terima kasih tuhan atas kelancaran.