17 July 2013

hidup bukannya yang baik baik saja

muka depan akhbar nombor satu negara (semua paper nak claim jadi nombor satu), terpampang berita mengenai pelbagai berita yang selalunya tidak baik. tajuk utamanya: kes bunuh, kes rogol, kes rompakan, kes peperangan lahad datu, kes buang bayi, kes anak buang mak bapak dan segara macam kes yang tidak baiknya. menjadi tajuk utama berita pulak tu.

ini jelas menunjukkan kita senantiasa berada dalam radar kehidupan yang cenderung menjadi tidak baik. logiknya, ini normal, kerana baik dan tidak baik adalah saling melengkapi. untung nasib, yang baik menemani kita. tak berapa nak untung, hampa duka nestapa bersama kita. walaupun setiap apa yang berlaku memang sudah ketentuan pencipta, namun ruang untuk memilih ditangan kita. pilih lah nak pilih yang mana pun. asalkan tidak menyusahkan orang lain.

tapi tetap sama. hidup ini antara baik dan tidak baik.

ini resam kehidupan. tak merasai apa yang tidak baik, kita cuma mampu berteori mengenainya tanpa merasai. tidakkah ini satu kerugian? ya pastilah kita tidak meminta yang tidak baik, tetapi yang tidak baik itu mendewasakan kita.

jangan berduka kalau melalui kehidupan yang tidak baik. kerana ianya adalah pelengkap kepada yang baik. dan semoga kita menjadi lebih baik setelah melalui kehidupan yang tidak baik.

semoga akan baik-baik sajalah hendaknya. amin.

No comments: