05 September 2010

Abstained Agogo #8 Beredar Sekarang


ini zine hafeez yang punya. ayeh dan dhani adalah co-editornya. jadi, sila dapatkan zine ni untuk membaca tulisan kami bertiga. sudah lama saya tidak menghasilkan zine. sudah lama jugak tidak menulis untuk zine. jadi, adalah sangat rugi kamu sekiranya tidak membaca tulisan saya pada zine ini kerana saya sudah lama tidak menulis untuk mana-mana zine. haha. :p

Merasai [sedikit] Keindahan Window 8

mari ubah aplikasi window komputer kita menjadi window 8. bagai mana caranya? cara-caranya di sini:

http://silentmuffler.blogspot.com/2010/02/windows-8-professional-edition.html

agar rumit juga sebenarnya. tapi takpe, boleh cuba. selamat mencuba! :)

Bendera Baru Malaysia

umum telah mengetahui bendera malaysia dan lagu negeraku adalah hasil "plagiat" tunku abdul rahman and the geng 53 tahun yang lalu. mungkin pada masa itu mereka tidak pernah terfikir bahawasanya kerja-kerja plagiat mereka dapat dibongkar oleh kita pada masa sekarang. tapi hakikatnya begitulah.

sudah ada suara-suara yang mencadangkan agar lagu kebangsaan dan bendera malaysia perlu diubah. yang terkini saranan hisham rais pada ucapan perutusan kemerdekaannya pada 53 tahun merdeka yang lalu. hehe. lihat disini: Negara Ciplak
jadi, sudah ada beberapa cadangan mengenai bentuk baru bendera malaysia. diantara cadangan-cadangan yang ada, aku memilih cadangan berikut untuk diangkat sebagai bendera malaysia yang baru:

alasan aku memilih bendera di atas adalah kerana ianya mempunyai persamaan dengan Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada tahun 1947 yang lalu. detail mengenai Bendera Rakyat boleh baca di sini: Bendera Rakyat


masih ingat kempen bendera terbalik yang pernah wujud dalam blogsfera dulu? jadi sekarang, apa kata kita mulakan kempen meletak bendera sang saka merah putih ini di blog masing-masing. :)

Ketua Angkatan Muda Malaysia

dah lama aku tak tulis pasal politik kepartian kat sini. bukan tak tau nak tulis apa sebenarnya, tapi sengaja tak nak tulis. sebab, ada mata-mata tempat kerja aku yang selalu "perhatikan" blog aku ni. jadi, aku slow kat sini (tempat aku 'berpolitik") dan aku cuba aktif di blog koleksi zine (tempat aku berpunk rock.).:).

ok. berbalik kepada tajuk di atas. mengenai pertandingan 4 penjuru untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia. antara Shamsul Iskandar (penyandang jawatan skarang), Rafizi Ramli, Badrul Hisham dan jugak Hasmi Hashim.

secara personalnya, aku tidak begitu kenal rapat dengan keempat-empat calon tersebut. tapi, aku pernah bertemu dan lepak dengan mereka semua kecuali Rafizi.

Shamsul Iskandar aku kenal masa pertama kali aku dengar cerita yang Ezam Mat Nor nak letak jawatan dari PKR. masa tu ezam and the geng datang KB ada program apa ntah. dia ajak aku lepak kat kopitiam. aku ingatkan ezam dgn kawan-kawan dia 2-3 orang jek. skali, satu gerombolan. dan masa tu ezam perkenalkan pada aku shamsul yang akan ganti dia selaku Ketua AMK Malaysia. itu kali pertama aku tengok dan kenal shamsul secara tak formal. dan perjumpaan2 seterusnya adalah perjumpaan formal.

oh ya. lupa nak cakap, aku agak baik dengan Ezam. baik tak baik, kalau dia datang KB, mesti dia kontek aku ajak lepak. dan kalau aku pergi kl pun, aku cuba utk jumpa dia, kalau dia tak bizi.

disebabkan perhubungan aku dengan Ezam, aku mengenali Badrul Hisham, anak didik Ezam. Ezam dan Badrul sama-sama mewujud dan menggerakkan ngo yang bernama GERAK. aku kenal Badrul melalui GERAK. pertama kali berjumpa pada siri demonstrasi kenaikan minyak di KLCC. tak sempat nak berkenalan, chegubad dah kena tangkap polis. jadi, aku berkenalan secara ringkas diluar penjara pudu sebaik beliau dan teman-teman lain dibebaskan. sejak itu, kami saling berhubung. walaupun tidak sekerap mana, tapi ada pertalian hubungan pertemanan berlaku.

dan aku sangat rapat dengan Hasmi Hashim sebenarnya. dari sudut latar belakangannya, dari sudut pandangan politiknya, dari sudut lepak kedai mamak sampai 2-3 paginya, dari sudut jaringan pertemanannya, keadaan kami hampir sama. dan perhubungan kami agak rapat sewaktu aku mula menghasilkan sebuah buku yang bernama GOBLOG. buku ini menghubungkan kami secara dekat setelah beliau bersetuju untuk menjadi penulis pengantar buku tersebut. sehinggakan cover buku tersebut juga nyaris-nyaris mengguna ilustrasi seni ciptaan hasmi. secara ringkasnya aku agak rapat dengan hasmi seketika dulu. sewaktu aku menetap di kl.

jadi, untuk keempat-empat calon tersebut, aku melihat chegu bard sebagai calon femes yang mendahului persaingan berbanding calon-calon yang lain. namun, dari segi berpidatonya, raking peribadi aku meletakkan hasmi hashim sebagai pemenang diikuti chegu bard.

secara keseluruhannya, secara peribadi maksud aku, dan bersandarkan alasan-alasan di atas, aku menyokong HASMI HASHIM dan BADRUL HISHAM untuk memenangi jawapan Ketua AMK Malaysia.