23 November 2009

Parti Rakyat Malaysia

aku tak paham lah. kenapa Hassan Karim (ex-presiden PRM) sanggup naik turun court fight dengan Dr Syed Husin Ali semata-mata nak hidupkan PARTI RAKYAT MALAYSIA, tapi last-last dia letak jawatan sebab majoriti perkawikilan PRM tak nak bergabung dengan Pakatan Rakyat. dia (Hassan Karim) just nak hidupkan PRM untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat ke? satu soalan lagi, perlu bergabung ke? Parti Sosialis Malaysia relax jek tak bergabung.



bacaan lanjut: klik sini

22 November 2009

Sekolah Idealogi

aku skang ni tengah baca Manifesto Parti Komunis. siap baca Manifesto Parti Komunis, aku nak baca Manifesto Parti Rakyat Malaysia pulak. finish baca Manifesto Parti Rakyat Malaysia, aku nak baca Anarkisme Dan Sosialisme.




16 November 2009


APA ITU SOSIALISME?

perkataan sosialis tidak begitu asing dari kuping telinga saya. dan saya yakin, ramai orang pernah mendengar perkataan SOSIALIS. malah, saya yakin juga masih terlalu ramai yang tidak faham apakah sebenarnya maksud perkataan SOSIALIS tersebut. oleh yang demikian, atas dasar perkongsian ilmu, saya membuat saranan kepada pihak PARTI SOSIALIS MALAYSIA agar menghasilkan sebuah buku kecil yang ringkas dan padat yang menerangkan maksud sebenar SOSIALISME. ini (sangat) penting dalam memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat mengenai SOSIALISME. secara tak langsung ianya juga dapat mempromosi kewujudan Parti Sosialis Malaysia.

GUA GUNA NO TEPON BARU.

20 Oktober 2009 yang lepas, bermula lah episod baru talian henpon gua. gua dan awek gua bulat hati untuk menukar plan talian kami yang kami fikirkan lebih berbaloi baloi jika dibandingkan dengan plan yang kami gunakan sebelum ni. sebetulnya, plan talian henpon yang gua guna sebelum ni pun memang berbaloi. tapi, since gua dengan awek gua dah tinggal sebumbung, plan yang sebelum ni memang berbaloi bagi kami sudah jadi plan yang agak merugikan. oleh yang demikian, kami ambil keputusan untuk tukar plan.

POWER TOLL 38
sebelum ni, gua dengan awek gua guna nombor dibawah plan Power Tolls 38 - Office Pax. guna plan Power38 ni kira mcm pakej pejabat lah (dah nama pun Office Pax!). maksudnya, kalau semua officemate kita tu guna plan Power38 - Office Pax, kita dapat call "free" jek antara kawan-kawan kita yang guna plan sama dengan kita tu. bergayutlah selama mana pun. tiap-tiap bulan cuma perlu bayar rm50. tapi, kalau kau tak bergayut sekali pun, kau tetap kena bayar rm50 jugak sebulan. dengan kata lainnya, kau guna ke, tak guna ke tepon ko tu, bil bulan bulan tetap, rm50. tapi, kalau kau gayut sampai lebih dari rm50, sampai rm100 lah misalnya, jadi, kau kena bayar rm100 lah. faham tak? macam ni, bil bulanan untuk plan Power38 ni adalah rm50 sebulan. maksudnya, kalau kau guna talian kau tu kurang dari rm50 sebulan, contohnya kau cuma guna rm30 jek untuk bulan tu, tapi, kau tetap kena bayar rm50 jugak. dan sekiranya kau guna talian ko tu lebih dari rm50, misalnya rm100, jadi kau kena bayar rm100 lah. plan Power38 ni sangat berguna untuk mereka yang sering bergayut dengan awek mereka.dengan syarat, awek kena pakai plan yang sama ah.dan plan ni akan jadi merugikan bila mana kau jarang calling calling. sebabnya, tetiap bulan wajib bayar rm50. macam mana sekali pun keadaannya, kau kena guna sampai rm50 jugak lah baru kau akan dapat rasa term berbaloi baloi tu.

gua dengan awek gua start guna nombor plan Power38 ni pada 23.9.2007. masa tu kitorang tengah hangat bercinta. sebelum 23.9.07 tu kitorang guna nombor lain. guna nombor prepaid. punyalah hangat bercinta, top up sebulan nak cecah rm200. tak cukup mahal. tapi agak mahal.tapi time tu, mahal ke, tak mahal ke, main redah jek. maklum ajalah, hati tengah berbunga. hehe. masa tu mesej mesej jek. calling calling jarang sangat. maklum aja lah yek.hehe. agaknya, kalau time tu kitorang asyik calling calling gak, mau cecah rm500 top up sebulan. pastu, ntah macam mana ntah, tetiba gua dengar citer pasal pakej Power38 ni. ramai officemate gua ambil line Power38 ni.bila melihat keistimewaan yang ditawarkan Power38 ni, gua pun kasi tau awek gua. dan dia setuju untuk ambik nombor plan Power38 ni. jadi, bermula pada 23.9.2007 tu, kami dah jarang mesej mesej. kami calling calling jek setiap masa. time keje. time tak keje. time cuti. time tak cuti. time tak tido. time tido. call, call, call jek memanjang. dah nak buat macam mana, call lah banyak mana pun, paling banyak kena bayar rm50 jek sebulan.:). dan kitorang memang guna pakej Power38 tu dengan penggunaan maksimum. setiap masa yang ada mesti call. sampai tido pun tak letak talipon! sedar sedar pagi esok tengok henpon gayut dengan awek semalam tak letak lagi.hehe. maklum ajalah, dapat jumpa pun, kejap kejap jek. jadi, dengar suara ah sebagai pengubat rindu.hehe.

BERTUKAR

tapi lepas 2 tahun lebih guna Power38, lepas kami tinggal sebumbung (kahwin), kami mula merasakan plan Power38 ni merugikan. maklum ajalah, kami dah jarang calling calling.maklumlah, dulu tinggal jauh jauh antara satu sama lain.sekarang dah tido satu bumbung dah. satu katil lagi.hehehe. :p. disebabkan kami dah tinggal sebumbung, kami dah jarang calling calling. sejak tinggal sebumbung, rasanya, sebulan tak lebih rm40 pun. walaupun guna kurang dari rm40, kita tetap kena bayar rm50 jugak. berlaku kerugian disitu. mau tak rugi, guna 40 sen. tapi nak bayar 50 sen. dah rugi dah seposen. dah rugi dah tu kan. cuba kira jumlah kerugian sebulan didarab 12 bulan, tak pun 24 bulan, dapat apa jawapannya? jawapannya, kita akan rugi besar! dan itu yang berlaku pada kami. jadi, untuk mengelak kerugian terus berlaku, kami tekad untuk tukar plan!

PRA BAYAR
gua pergi ke ibu pejabat celcom untuk bertanya perihal nak tukar plan ni. sebelum tu, gua dah call dah operator celcom, tanya dia boleh tak nak tukar plan dari plan Power38 kepada plan prepaid (tanpa menukat nombor baru). operator tu cakap boleh. dia cakap, "encik boleh pergi mana-mana cawangan celcom dan mintak mereka tukarkan plan nombor talian encik". dengar jek ayat tu,esoknya aku engan konfidennya pergi ke pejabat celcom untuk tukar plan tanpa menukar nombor telefon. sampai celcom, staff celcom kat situ cakap tak boleh nak tukar plan daripada Power38 kepada plan pra bayar tanpa menukar nombor. dengan kata lainnya, kena guna nombor lain untuk plan prabayar. diorang tak boleh nak convert plan Power38 kepada plan pra bayar. masa tu gua dah frust dah. kena tukar nombor beb. masa tu aku dah mula frust. maklum aja lah, kena buang nombor lama kalau nak guna plan baru.aduhai...

TERPAKSA
nak tak nak, kena tukar nombor baru jugak. gua lebih rela gua guna nombor baru daripada terus mengalami kerugian kepada syarikat yang memang dah kaya raya. dan, sebab itu lah gua guna nombor baru sekarang. jadi, kepada teman-teman gua yang masih belum sedar dengan perkembangan terbaru gua ini, gua harap korang akan update phone book korang dengan nombor baru gua.gua tak nak publish nombor baru gua kat sini. (takut ramai awek yang kontek gua nant.huhhu.:p). pepehal nanti gua mesej nombor baru gua  ke henpon korang ok. chow.

04 November 2009






 



03 November 2009

BERUBAH

skang ni aku manage 5, 6 blog. blog aku dan blog kawan kawan. blog blog lain semua aku guna features terbaru yang blogger sediakan. blog aku (bilik) jek yang still dengan old templete old features. dalam dok guna yang baru dan yang lama ni, aku kena akui yang baru lagi sempoi. makanya, setelah sekian lama aku guna templete katil tu, hari ini, dengan begitu nekadnya, aku nak simpan gambar katil tu. aku tekad untuk berubah! i will miss u my old templete. terima kasih kerana menemani hidupku untuk kesekian lama. aku sayang kamu~





 

BERCUTI SAMBIL BERAMAL

dua bulan yang lepas, kawan aku dari DBP call aku mintak tulis satu artikel pasal kolektif.untuk majalah Dewan Siswa. kawan aku dah bagi guideline ah nak tulis pasal apa. memandangkan dia dah bagi guideline, aku terima tawaran menulis tersebut. aku ni susah sikit nak menulis kalo takdek guideline. otak aku sering bermain dengan perkara-perkara besar. sampai aku tak dapat capture benda benda kecik depan mata. itu masalah aku.

dia mintak aku tulis pasal SATU kolektif jek. jadi, aku pun pilih HUMAN FIRST COLLECTIVE sebagai subjek untuk aku menulis. aku kontek cikgu fazri mintak nombor tepon "bos" HFC. cikgu fazri cakap dalam kolektif mana ada bos, sambil tu dia kasi nombr aniq. hehe. maka, bermula lah perhubungan aku dgn aniq melalui medium sms. aku banyak rfer aniq mengenai apa yang HFC buat. finally, aku siap tulis satu artikel pasal HFC. siap sebelum dateline.

aku submit kat kawan DBP aku tu. dia baca, dan dia cakap artikel aku tu agak "keras". dia mintak aku lembut kan sikit artikel tu. jadi aku edit sikit. lepas tu aku submit lagi skali. dan kawan aku suka dengan artikel baru tu.dia suka, aku pun suka lah.hehe. tapi artikel lepas aku edit ni memang aku pun suka jugak. aku berpuas hati dengan artikel ni.

tiba-tiba, kawan aku email cakap 2nd editor dia nak suruh aku edit lagi artikel tu. 2nd editor Dewan Siswa call aku cakap apa yang sebenarnya dia nak aku tulis. lepas calling calling tu, baru aku tahu bahawa berlaku salah faham antara editor Dewan Siswa dengan kawan aku tu. editor Dewan Siswa nak suh aku tulis berkenaan dengan banyak kolektif. dia tak nak artikel yang totally tulis mengenai HFC jek. dia nak ada banyak-banyak kolektif.dia cakap artikel sebelum ni dah ok dah. cuma nak kena tambah citer mengenai kolektif kolektif lain jugak. aku cakap, aku boleh buat. cuma nak kena extend dateline lah. sbb aku agak sibuk on that time. dia kasi masa lagi seminggu untuk siapkan artikel. seminggu tu lebih dari cukup dah sebenarnya. tapi korang nak tau tak, aku edit artikel tu pada tarikh akhir artikel tu kena submit. bukan sengaja nak buat mcm tu, tapi kesibukan kerja aku membatasi proses penulisan.

dah edit pun last last minit. aku memang tak puas hati dengan artikel aku tu. memula pikir, macam tak nak submit jek artikel aku tu. tapi pikir pikir balik, diorang dah sediakan space untuk aku, jadi aku pun submit jugak lah. pukul 8 pagi aku start edit. pukul 9 dekat dekat nak pukul 10 siap edit. edit lebih kurang jek. jam 2 aku submit artikel tu.

aku submit artikel tu kat kawan aku. aku cakap kat dia, aku memang tak puas hati dengan artikel tu. so, pepandai korang ah nak edit kasi best macam mana. pun tak follow up dengan perkembangan artikel tu. malu nak tanya sebenarnya. sbb artikel tak best.

tup tup, pertengah bulan 10 lepas, kawan aku cakap, artikel aku masuk dewan siswa. dia cakap tahniah. dia kata artikel aku akan keluar majalah dewan siswa keluaran bulan 11 nanti. aku tersenyum jek baca teks dari dia. tapi berdebar debar jugak. aku takut diorang edit artikel tu sampai mesej jadi lain. aku tak kisah diorang nak edit artikel aku, asalkan mesej yang aku nak sampaikan diorang tak kacau. ko nak edit struktur ayat ke, nak edit tatabahasa ke, nak edit ejaan ke, silakan. janji mesej asal yang aku utarakan tak terpesong.

dan skang dah bulan 11. on the way nak gi opis, aku singgah kedai buku dan beli majalah Dewan Siswa. pastu aku baca artikel yang aku tulis tu. aku tengok ada sedikit perubahan. tapi aku puas hati dengan artikel tu walaupun dah berubah serba sedikit. pastu aku mesej aniq: "ko dah beli majalah Dewan Siswa? :)"




[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]


nota: terima kasih kepada encik fadli (kawan dari DBP) kerana sudi menjemput aku menulis.