15 July 2009

POHON BANTUAN DARI KALIAN
sahabat. ada teman saya meminta bantuan dari saya agar menjawab soalan soalan di bawah dalam usaha beliau menjayakan sebuah projek yang berkaitan dengan Kelantan. dan saya, walaupun memang asalnya dari kelantan, namun hakikatnya saya tidaklah sangat mengetahui hal ehwal mengenai kelantan. oleh yang demikian, saya memohon jasa baik anda semua untuk menjawab soalan-soalan di bawah. terima kasih didahului atas bantuan yang diberikan.

Pertama:

tempat-tempat yang remaja selalu lepak, apa istilah yang digunakan oleh bebudak Kelate terhadap:

1. Hayaki Cafe dekat Langgar (dkt Bank Islam tu)

2. tempat makan kat hotel riverside tu, Benteng? Apa nama jalan kat situ, yg berpusing sikit tu (Dataran Merdeka)

3. KB Mall? Ada istilah istimewa?

4. Kafe Internet bebudak selalu lepak tengah malam (aku tahu ada, tapi apa namanya dna kat mana), serta jalannya

5. Tempat2 gig (kalau ada), serta jalan2nya

6. Nama2 Istana (yang mana diletakkan lampu2 cantik pada hari Keputeraan Sultan Kelate), serta jalan2nya sekali.

7. Nama2 tempat bebudak "berendek"

8. Jalan dekat wakaf Che Yeh

9. Tempat bebudak KB dapat syabu?

10. Lain2 tempat bebudak suka lepak minum2.

KEDUA:

1. Nama2 kumpulan indie kat Kelate

2. Nama2 pendikir yg terkenal

3. Nama2 tok guru yg meletups, not just Nik Aziz

4. Nama2 "penderhaka" Kelantan, dan kenapa

5. Kalau tahu, tempat2 bapok lepak kat KB

6. Beberapa istilah Kelate untuk org muda (yg mungkin masih digunakan, atau yg baru) serta contohnya sekali


SELSEMA BABI

Assalamualaikum,

Saya baru saja menghadiri mesyuarat berkaitan H1N1 di Pejabat Kesihatan Daerah Machang. Antara kandungan mesyuaratnya adalah - dengan perkembangan semasa, selsema h1n1 dianggap sama seperti selsema biasa (seasonal flue). Pihak kesihatan tidak lagi 'mencari kes', dan semua kes selsema yang datang ke klinik diberi rawatan yang sama. Hanya kes - kes yang mempunyai komplikasi sahaja (ie: jangkitan paru-paru dsb) akan dimasukkan ke wad dan dijalankan penyiasatan. Penekanan sekarang adalah lebih kepada kebersihan diri.

Semoga dapat membantu.

Sekian, terima kasih


DR. NIK MUZAIMAN MUSTAPHA
Pegawai Perubatan
UiTM Kelantan


PENGEMIS (di tengah) JALANAN
gambar kat bawah ni merupakan satu senario yang biasa ditemui sekiranya anda berada di bandar Jakarta mahukan bandar Bandung. tapi gambar kat bawah ni bukan aku shot kat bandung/jakarta, tetapi kat bandar Kota Bharu, Kelantan.

kerajaan indonesia sekarang bergelut dengan masalah pengemis jalanan dalam usaha mereka "membersihkan" imej bandaraya mereka. aku harap situasi seperti di jakarta mahupun bandung tidak berlaku di malaysia.


12 July 2009

08 July 2009

PPSMI DI MANSUHKAN
akhirnya, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan setelah menerima desakan yang kuat daripada rakyat. tahniah kepada semua rakyat yang menentang PPSMI.

atau lebih spesifiknya;

tahniah kepada SEMUA DEMONSTRATOR JALANAN yang berdemonstrasi beramai-ramai menentang kewujudan PPSMI itu.

siapa kata JALAN RAYA tidak dapat menyelesaikan masalah? (setelah tiada lagi JALAN lain yang boleh digunakan)

01 July 2009

PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SAMA AJA KOT?
Tindakan kerajaan DAP ke atas penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang mengingatkan aku kepada tindakan kerajaan BN yang telah banyak merobohkan rumah-rumah para peneroka bandar (mereka panggil, SETINGGAN) di sekitar bandar KL dan JB. sekarang, di Kampung Buah Pala, kerajaan DAP mahu mengambil tindakan yang sama sepertimana kerajaan BN sering lakukan sebelum ini.

apakah sememangnya, siapa saja yang berada di tampuk kerajaan akan melakukan perkara yang sama walaupun dari latarbelakang yang berbeza?