29 June 2009

rest in peace bro...
terima kasih untuk lagu-lagu yang sedap didengar.

16 June 2009

GADOH AT KOTA BHARU?


Gadoh adalah sebuah filem yang mencabar isu-isu perkauman yang sering menjadi halangan dalam persabahatan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.

Arahan Brenda Danker dan Namron, Gadoh adalah sebuah terbitan Big Pictures Production untuk KOMAS, sebuah lembaga hak asasi manusia.Dibintangi: Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis, Amerul Affendi, and Maya Tan Abdullah.
................................................................................................


nota kaki: insyaAllah Gadoh akan ditayangkan di KB bulan depan.

11 June 2009

VIDEO KLIP TERBAIK DARI KB!
hehe. memula aku tengok video ni dari blog Siti Jenar. aku bantai gelak jek bila layan video ni. hehe. tapi memang terbaik beb! serius! hehe.:)

lokasi dalam video ni adalah kat tengah-tengah bandar kota bharu, kat tempat bersejarah, kat Padang Merdeka.


AMBALAT: MUNGKINKAH PERANG MELETUS?
sedarkah kita bahawasanya terlalu banyak fakta yang telah disembunyikan oleh kerajaan BN? tidak cuma hal-hal yang berkaitan dengan komunis, malah hal-hal kebangkitan rakyat menentang penjajah juga turut disembunyikan oleh BN. yang kita tahu cumalah perkara yang mengangkat kebaikan mereka (BN) sahaja.

masih ingatkah kita dengan isu perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dan Indonesia? tahukah kita bahawasanya penduduk indonesia telah siap bersedia untuk memerangi malaysia gara-gara perebutan tersebut? tahukan kita bahawa berpuluh demonstrasi anti-malaysia telah dilakukan di kedutaan besar Malaysia yang berada di Indonesia itu?

ternyata, kerajaan BN berjaya menguruskan hal ini secara "cool" sehinggakan kita di malaysia tidak merasakan adanya ancaman besar dari Indonesia yang telah siap untuk menyerang kita. jika isu sebesar itu kerajaan BN mampu menyembunyikan dari kita, apa lagi hal-hal perjuangan yang sememangnya bertentangan dengan mereka. ternyata kerajaan malaysia melakukan management dengan "baik".:)

bibit kebencian rakyat indonesia ke atas malaysia tidak pernah berhenti. malah, perasaan membenci malaysia semakin kuat apabila mereka (indonesian) menganggap malaysia cuba mencuri pulau ambalat yang diklaim milik mereka.

kes kapal perang malaysia yang dikatakan menceroboh kawasan perairan di Ambalat benar-benar meletakkan indonesia berada dalam keadaan siap untuk berperang dengan malaysia.

"Kalau negara kita sudah terganggu, dengan siapa saja kita bisa berperang. Kalau memang ada pelanggaran, tentu kita akan bertindak tegas. Dan itu memang harus ditindak tegas"- Jusuf Kalla (Wakil Presiden Indonesia)

kelmarin, 10.6.2009, sekali lagi puluhan massa yang berasal dari Laskar Merah Putih dan belasan orang dari HMI menyerbu Kedutaan Besar Malaysia dari pagi hingga petang. Mereka memprotes tindakan Tentara Laut Diraja Malaysia yang melakukan pelanggaran batas wilayah di Ambalat untuk sekian kalinya.

persoalannya? adakah pihak pemerintah malaysia cuba bermain api? persoalan lagi, sekiranya api tersebut marak, perang meletus, apa kita sedia untuk menghadapi perang?

apapun yang berlaku (akibat kerajaan malaysia), semoga kita saling berbaik antara sama dengan lain. HAPUSKAN RASISME! HAPUSKAN NASIONALISME!











bacaan tambahan:
AMBALAT
Ambalat Berdaulat
Demo di Kedubes Malaysia Ricuh
Soal Ambalat, Panglima Malaysia Akui Salah
MALINGSIA.COM
LASKAR MERAH PUTIH
GANYANG MALINGSIA

09 June 2009




tiba-tiba aku rasa macam ada "sesuatu" jek yang menarik perhatian aku bila tengok gambar-gambar kat atas ni. aku cek harga barang dalam gambar ni kat amazon dia tulis 599.99 USD seunit. kalau duit malaysia kita dalam rm2,110 lebih sikit. cantik kan benda kat atas ni?
KERAJAAN PERPADUAN?
aku kadang-kadang tak paham lah dengan pendirian Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang ni. itu hari isu muzakarah, sekarang kerajaan perpaduan pulak.

tak tau lah apa yang ada dalam kepala Haji Hadi tu. ya betul lah kata dia, kita tak boleh tutup pintu perbincangan dengan orang lain. tapi kalau musuh memang dah tentu tentu nak bunuh kita, kita nak berbincang lagi ke? (boleh lah kasi chance sebelum kita dibunuh!)

serius lah, aku tak berapa selesa dengan cara Haji Hadi. aku lebih selesa dengan cara Tok Guru Nik Aziz yang tegas dan berperinsip.

walaupun aku suka dengan cara Tok Guru Nik Aziz, tak bermakna aku sokong kerajaan PAS mahupun PR. sebab aku tak pernah pangkah mana-mana parti pun. cumanya, aku cenderung kepada pihak yang melawan kejahatan.


kepada Haji Hadi:

"kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut"




.................
bacaan tambahan: sini
POTONG KAPLA ABG JIB!



ini video aku tengok dari laptop Fahmi Reza masa kitorang dok lepak lepak kat Hayaki KB tempoh hari. lepas tu aku tanya, ko yang buat eh? pastu dia gelak. sambil menunjukkan gambar kat bawah ni.



















cerita lebih lanjut, lihat sini

01 June 2009

HAPUSKAN PERKAUMAN!

T-Shirt kat bawah ini dikeluarkan oleh Chetak Syndicate sempena dengan Pilihanaya Kecil yang akan berlangsung di Manek Urai tak lama lagi.

T-Shirt berharga RM 30 dan mempunyai pelbagai warna.

Tempahan yang melebihi 10 helai akan diberikan diskaun yang berpatutan.

Siapa yang berminat, sila email Pengurus Pemasaran Chetak Syndicate, En. Hakim di farmhouse_14@hotmail.com