23 March 2009

[KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS]

nota: aku nak tulis report pasal benda ni. tapi belum sempat lagi lah. bizi sikit. hehe.:p

19 March 2009

KOTA BHARU YANG SIBUK
sejak awal bulan tiga lagi aku tengok geng pekerja majlis perbandaran kota bharu dah mula sibuk menjalankan kerja-kerja mencantikkan bandar kota bharu. dan sekarang mereka semakin bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja disaat akhir. tak cukup siang, malam pun mereka berkerja. yang pasti, kota bharu sekarang semakin bermandikan cahaya neon. pintu-pintu gerbang mula memenuhi setiap jalan-jalan di sekitar kota bharu. lanskap roundabout utama di bandar kota bharu totali telah bertukar wajah. electronic board kecil yang menyambut tetamu yang berkunjung ke bandar kota bharu telah bertukar dengan electronik board yang besar giler macam screen panggung wayang. dalam sekelip mata kota bharu telah bertukar wajah. dan semua ini dilakukan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Yang Teramat Mulia Al-Sultan Kelantan pada hujung bulan ini, yaitu pada 30 dan 31 haribulan 3. aku tak pasti bila tarikh sebenar Sultan Kelantan lahir. tapi yang pastinya, rakyat kelantan akan bercuti selama 2 hari bersempena hari ulangtahun sultan kelantan ni. slogan untuk hari ulangtahun sultan kelantan pada tahun ni ialah: KESETIAAN DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG. ampunnnn tuanku~

18 March 2009

ABOLISH PPSMI! :)
"Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.
" - malaysiakini.com

baca berita penuh di sini: Kajian: 4% kuasai BI melalui PPSMI

17 March 2009

oh lupa pulak nak bitau. para pelajar lepasan spm boleh check program apa yang diorang layak pohon untuk masuk ke uitm kat web ni:

www.selangkah.uitm.edu.my
www.selangkah.uitm.edu.my
www.selangkah.uitm.edu.my
www.selangkah.uitm.edu.my
www.selangkah.uitm.edu.my
www.selangkah.uitm.edu.my

16 March 2009

Jumaat (13.3.09) dan Sabtu (14.3.09) yang lepas, aku berkampung kat supermarket KB Mall. bukan melepak kat KB Mall, tapi sebab kena kerja sempena dengan program Ekspo Selangkah Ke UiTM yang dianjurkan majikan aku.

program ni dianjurkan bertujuan untuk memberi keputusan sebenar kepada para pelajar lepasan SPM untuk memilih kursus yang betul betul layak mereka pohon untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti. sistem yang dibangunkan pihak uitm ini sangat-sangat membantu pelajar dalam membuat pilihan kursus pengajian mereka. dengan hanya memasukkan keputusan peperiksaan spm mereka, sistem tersebut akan menjana senarai kursus yang layak dipohon dan jugak yang tidak layak dipohon. dengan ini, pelajar akan memohon kursus yang betul-betul mereka layak memohon. tiada lagi keadaan salah memilih kursus yang akan menggagalkan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat universiti.

sistem ini sangat bagus. menjimatkan masa kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keputusan mereka. dan meminimakan kejadian salah pilih kursus. rasanya sistem ini harus digunapakai oleh kesemua universiti lain. kerana ini salah satu lagi transformasi baru alam pendidikan dan dunia ICT.

seawal jam 10 pagi hari Jumaat, sebaik saja KB Mall dibuka, para pengunjung menyerbu tapak ekspo kami. setup laptop pun tak siap lagi, pengunjung dah serbu dah.hari pertama ekspo ni berjalan dengan agak kelam kabut disebabkan management time dan preparation yang tak cukup. dan jugak masalah teknikal. aku dan kawan-kawan aku tak sempat nak setup laptop dan printer dengan baik. kesemua laptop yang kami bawak adalah 20 bijik. laptop dah jadi masalah, line internet pun tak jadi masalah. cumanya printer yang bermasalah. kami tak boleh nak install driver printer tu. bukan masalah apa sebenarnya, cuma window vista tu yang merumitkan keadaan. ya, laptop kami semuanya guna window vista. dan vista memang lembab dan rumit. tak salahkan laptop jugak. salah pihak pengurusan jugak yang lambat serah laptop kepada kami yang menyebabkan kami tak sempat nak siapkan laptop tu awal-awal sebelum program berlangsung. nah, inikan soal pengurusan. pengurusan masa! apa pun, keadaan pada hari pertama berjalan dengan tidak begitu lancar. pohon maaf aku ucapkan kepada para pengunjung yang tidak berpuas hati dengan servis yang kami sediakan. apa pun, keadaan hari pertama, fuh... umat manusia datang ramai giler.

keadaan pada hari sabtu pun sama. pengunjung yang datang 3 kali ganda lebih ramai dari hari jumaat. memang keadaan tak dapat dikawal langsung. nasib baik hari kedua ni kami dah setup keadaan laptop dan printer dengan baik. jadinya, keadaan berjalan lancar seperti yang kami inginkan. cumanya, keadaan bersesak sesak menyebabkan para pengunjung terpaksa menunggu lama untuk memasukkan result mereka kedalam sistem mahupun untuk tujuan berjumpa kaunselor.

oh ya, selain daripada bertujuan mengenalpasti kursus apa yang layak dipohon, ekspo ini juga menyediakan khidmat nasihat berkenaan dengan sebarang pertanyaan tentang kursus yang ditawarkan mahupun mengenai peluang pekerjaan sekiranya memilih kursus tersebut. malah, pihak kaunselor juga akan memberi penjelasan yang jelas mengenai apa saja soalan akedemik mahupun non-akedemik yang diajukan para pengunjung. ini merupakan kaedah pendedahan dan penjelasan yang patut diketahui oleh para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

apa pun, program seperti ini sewajarnya diteruskan untuk kebaikan bersama. tahniah kepada pihak uitm yang berinisiatif mewujudkan program seperti ini.

05 March 2009


artikel kat bawah ni aku baru jumpa sambil dok usha usha web yang menarik. dan aku rasa artikel yang ditulis satu artikel yang menarik untuk dibaca walaupun tulisannya bukanlah hal yang berkenaan dengan menyokong idealogi Anarkisme. apa pun, ianya baik untuk minda. aku pos artikel ni tidak bererti aku bersetuju dengan artikel ini. cuma, aku rasa perkongsian hal-hal yang berkenaan dengan Anarkisme itu sendiri satu benda yang perlu dibaca tanpa mengira samaada ianya menyokong atau menolak Anarkisme. bacalah~
---------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 22/08/2008

Anarkisme golongan kiri baru

KEINGINAN untuk melihat bagaimana sejarah menilai politik dan ahli politik memerlukan kesabaran. Interpretasi ahli sejarah dan saintis sosial terhadap sesuatu insiden dan pergolakan politik yang terjadi dalam tempoh tertentu, khususnya cerita sebenar di sebalik intrik-intrik yang berlaku, selalunya perlu ditunggu selama bertahun- tahun.

Kita sebenarnya dicabar oleh masa. Mungkin kita kena menanti selama beberapa dekad sehingga personaliti-personaliti yang terlibat meninggal dunia, sebelum pemeriksaan rapi dapat dibuat terhadap peristiwa-peristiwa politik yang dilaluinya.

Kita ambil contoh gerakan radikal dan perkembangan golongan kiri di Malaysia. Apabila para pengkaji meneliti sejarah awal gerakan radikal Melayu pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua, mereka menemui kaitan yang rapat antara pemimpin berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestaman dengan tokoh-tokoh komunis dari Indonesia.

Ibrahim Yaakob, misalnya, mempunyai hubungan ideologi dan peribadi dengan nama-nama seperti Djamaluddin Tamin dan Sutan Djenain, dua orang pelarian politik dari Indonesia. Malah, nama Kesatuan Melayu Muda (KMM), menurut Ibrahim, diberikan oleh Sutan Djenain pada satu mesyuarat di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1938.

Dr. Ramlah Adam yang menulis buku mengenai golongan kiri menceritakan bagaimana Sutan Djenain lari dari Indonesia selepas kegagalan pemberontakan komunis tahun 1927. Ahli Parti Komunis Indonesia itu menetap di sebuah perkampungan Cina di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Menurut Dr. Ramlah, kesan pengaruh pemberontak itu dan rakan-rakannya menyebabkan KMM dan para pemimpinnya kemudian mengambil sikap politik yang radikal.

Djamaluddin Tamin dan Sutan Djenain merupakan orang kepercayaan Tan Malaka, tokoh komunis Indonesia yang bersama-sama temannya pernah menubuhkan sebuah parti berhaluan kiri Indonesia di sebuah kawasan candi di kota Bangkok, Thailand "di bawah mata sekian banyak patung Buddha."

Menurut biografinya yang diterbitkan di Jakarta, nama sebenar Tan Malaka ialah Ibrahim, seorang anak Minang dari Payakumbuh, Sumatera yang separuh daripada hidupnya berkiblatkan Moscow, pusat gerakan komunisme seluruh dunia.

Pada tahun 1938 ketika KMM ditubuhkan, para penyokong KMM di luar inner circle Ibrahim Yaakob mungkin tidak menyedari pengaruh orang asing terhadap perkembangan awal pertubuhan politik itu.

Hanya kemudian, apabila ahli-ahli sejarah memeriksa secara terperinci mengenai susur galur KMM, baru pertalian tersebut terungkap, direkodkan dan difahami. Ia membuatkan kita terfikir alangkah bahayanya jika negara jatuh ke tangan golongan itu, yang implikasinya ialah kita mungkin perlu menukar kiblat politik ke Moscow.

Dalam tempoh 70 tahun lalu, sejak zaman Ibrahim Yaakob, politik kumpulan radikal dan golongan kiri Melayu di Malaysia telah melalui saat-saat lemah dan kuat, ada masa disukai dan tidak kurang dibenci. Kadangkala ia bergerak secara bawah tanah dan ada waktunya ia menyelinap menggunakan organisasi-organisasi tertentu.

Pada satu ketika pernah menjadi satu trend di negara ini bahawa wartawan yang bekerja dengan akhbar-akhbar juga perlu berhaluan kiri - fenomena yang membuktikan betapa berpengaruhnya kumpulan itu.

Haluan kiri ialah istilah yang berasal daripada amalan dalam Parlimen Perancis selepas kejayaan revolusi menggulingkan raja pada 1789. Ketika itu wakil-wakil 'radikal' duduk di sebelah kiri dewan manakala wakil-wakil 'konservatif' berada di sebelah kanan.

KawalanDaripada kepercayaan bahawa gerakan demokratik perlu mempunyai lebih banyak kawalan ke atas institusi-institusi sosial, keradikalan kumpulan yang berada di kiri dewan Parlimen bertukar warna apabila sosialisme mula mengukuhkan cengkamannya ke atas ideologi politik dan berkembang ke serata dunia.

Di Malaysia, kumpulan politik berhaluan kiri tidak pernah dapat menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan sungguhpun pada satu ketika pada tahun 1960-an, tokoh-tokoh berhaluan kiri di Malaysia, termasuk seorang bekas pemimpin Pas, didakwa berkomplot menggunakan dana asing dan bantuan kuasa luar untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan Melayu Raya bagi menggagalkan usaha Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia.

Selepas dilemahkan, pada tahun-tahun 1970-an gerakan berhaluan kiri Melayu tidak lagi relevan, ia berpecah-pecah dalam parti-parti kecil yang gerakannya bersandarkan kononnya pada perjuangan rakyat.

Dalam dekad berikutnya, pada 1980-an, ketika politik Melayu tertumpu kepada pergelutan kuasa dalam UMNO, kumpulan berhaluan kiri langsung tidak memberi impak kepada politik. Kehadiran kumpulan itu dalam kehidupan bernegara tidak dirasakan dan tidak penting, seolah-olah para penganjurnya hidup dengan nyawa-nyawa ikan.

Kumpulan berhaluan kiri cuma diberi sedikit nafas yang dipinjamkan kira-kira 10 tahun lalu apabila mereka bersekongkol menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Parti Rakyat Malaysia yang berhaluan kiri sanggup meminggirkan faham sosialis untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kes cantuman PKR pada 2003, daripada asalnya Parti Rakyat pada tahun 1950-an, ia kemudian menjadi Barisan Sosialis, sebelum berubah kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia, bertukar rupa menjadi Parti Rakyat Malaysia pula sebelum bergabung membentuk sebahagian daripada PKR sekarang.

Daripada idealisme yang bersifat antarabangsa dan sumpah untuk bergelut mempertahankan rakyat marhain, ia beralih menjadi gerakan tempatan untuk mengangkat dan mendewa-dewakan personaliti tertentu. Pemujaan individu berlangsung tanpa dapat dikawal.

Prinsip-prinsip politik berhaluan kiri untuk menggerakkan pembaharuan demokratik dan menubuhkan kerajaan sosialis kini digantikan dengan perjuangan bagi menegakkan kerajaan individu bernama Anwar Ibrahim.

Dalam kumpulan berhaluan kiri mutakhir itu - yang matlamat pertarungan barunya adalah cita-cita individu - muncul kembali anarkisme (anarchism), iaitu falsafah politik yang menganggap autoriti kerajaan dan undang-undang sebagai "tidak sah, dan dengan itu tidak perlu dipedulikan, harus dilawan dan diketepikan."

Beberapa insiden politik yang tercetus sejak akhir-akhir ini, yang mengingatkan kita semula kepada peristiwa-peristiwa berdarah di Malaysia dan Indonesia beberapa waktu lalu, memperlihatkan wujud anarkisme di peringkat individu dan di peringkat kolektif dalam kalangan tokoh-tokoh baru berhaluan kiri.

Tindakan-tindakan dibuat secara berani, konsisten dan penuh lagak untuk tidak tunduk kepada undang-undang - dengan perlakuannya juga mendapat sokongan tenaga luar, iaitu satu ulangan kepada sejarah lama campur tangan kuasa asing.

Arahan polis, perintah mahkamah dan apa sahaja peraturan tidak diendahkan kerana ia dianggap suatu sekatan kepada utopia yang mereka fikirkan. Apabila perbuatan individu berhaluan kiri memukul orang lain secara fizikal dalam rapat-rapat umum dianggap sah, dipertahankan dan diterima oleh para pemimpin dan penyokong, maka makin berleluasalah anarkisme.

Rakyat Malaysia, jika mereka tidak berhati-hati, mungkin akan tersihir dengan politik berhaluan kiri baru ini yang rona sebenarnya berada di belakang topeng-topeng. Malangnya, sebahagian daripada mereka sudah pun terpedaya kerana masing-masing terlupa untuk belajar daripada sejarah.

sumber: sini
Allah Peduli
Allah Peduli adalah judul lagu baru Agnes Monica. ironiknya, lagu ini tampaknya begitu Islamik bilamana ianya memaparkan perkataan Allah dalam bait-bait liriknya. tapi siapa bilang perkataan Allah itu cuma milik orang Islam? yang cuma ada dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu ini agamanya Islam. dan perkataan Allah itu bukan hak ekslusif untuk orang Islam cuma. lagu terbaru Agnes ini cukup jelas menggambarkan bahawasanya perkataan Allah juga digunapakai oleh mereka yang seagama dengan Agnes. harus diperdebatkan lagi hal ini? jika perlu, tanya ustaz ya. jangan tanya saya.

----------------------------------

Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

boleh download lagunya di sini: http://www.mp3central.blogspot.com