25 January 2009

Menara Gedembai: Dekaden dan Berdosa
oleh:
NA Yahya

Selepas membaca novel Menara Gedembai, seseorang patut menelaah novel-novel dekaden (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Decadent_movement ) yang muncul pada akhir abad ke-19. Dekaden, seperti yang Apsanti Djokosujatno rakamkan dalam buku kajiannya, Cerita Fantastik: Dalam Perspektif Genetik dan Struktural bahawa Dekaden itu beristilah ... :
"... pseudo-medikal yang bererti degenerasi, iaitu suatu kondisi yang menurun menuju kematian atau kehancuran. Dalam kaitan dengan dekade, pada akhir abad, sebagaimana yang terjadi pada akhir setiap abad, bangsa Eropah memang dihantui kecemasan akan kemusnahan kebudayaan dan ras Eropa yang dianggap sudah sangat tua, seperti yang terjadi pada Babilonia dan Bizantium pada abad X. Semangat zaman yang pesimis seperti itulah yang mewarnai Eropah pada masa itu. Keterangan lain menyebutkan bahawa nama itu mengacu pada seniman-senimannya yang berperilaku atau berpenampilan eksentrik, dan berfikiran serba anti terhadap semua hal yang dianggap lazim pada waktu itu. Contoh yang jelas adalah Oscar Wilde, pengarang pemberontak Inggeris yang lebih diterima di Peranchis, dan akhirnya menetap dan meninggal di negara itu. Dia adalah seorang yang dandy dan homoseks, meninggalkan isteri dna keluarganya untuk mengikuti panggilan hatinya pada kebebasan ..."
(Djokosujanto, 2005: 28)
"(Dekadentisme) anti-naturalis dan dengan sendirinya anti-feminis, kerana wanita merupakan lambang alam. Wanita bukan lagi makhluk yang agung, sumber ilham yang disanjung oleh penulis Romantik, melainkan penghambat atau perosak kerjaya seniman ... Gambaran wanita selalu dilambangkan sebagai "femme fatale", 'wanita pembawa maut'. yang dilambangkan dengan Salome ..."
(Djokosujanto, 2005: 30)
"Mereka mengalami keresahan jiwa yang dalam, pesimis, dan cenderung menutup diri; dalam istilah perubatan, mereka memperlihatkan gejala neurosis yang agak parah, bahkan cenderung bersifat patologis. Tokoh-tokoh semacam itulah yang dapat mengalami halusinasi, merasa atau bahkan yakin melihat atau mengalami hal-hal aneh yang sebenarnya tak ada dalam kenyataan ... mengingkari tradisi Realisme dan Naturalisme."
(Djokosujanto, 2005: 30)

Hal rumusan di atas memang mengena dengan kebobrokan Menara Gedembai(MG), sebuah novel separa fantasi dan seram, diistilahkan oleh penerbit bawah tanahnya, Sindiket Sol-jah sebagai "sebuah satira seram". Jika dilihat daripada novel Wilde, The Picture of Dorian Grey, kita boleh lihat unsur-unsur tertentu di dalam novel itu yang disenangi oleh MG. Di dalam novel Wilde itu, unsur pemujaan terhadap hasil budaya, penolakan terhadap alam dan hal yang alami (kematian), dan penolakan terhadap wanita - Dorian Gray tetap membujang sampai mati (Djokosujanto, 2005:11). Di dalam MG, hal sebegini juga berlaku apabila wanita-wanita yang dikaitkan dalam MG secara prasedar menyebabkan terbunuhnya (atau koma) beberapa watak lelaki utama dalam novel itu. Terdapat juga hal penolakan alamiah apabila watak utamanya di"cemar"kan kematiannya, atau secara sinis, kematiannya tidak berlaku. Terdapat juga beberapa imej dan sentuhan watak yang menyentuh penghayatan "hasil budaya" melebihi perhubungan antara manusia. Malah novel ini, dengan mengikut semangat dekaden, memuaskan nafsu individualisme melebihi sosialisme, apa yang penting terletak dalam watak-watak individunya yang menafikan keprihatinan dan kebajikan masyarakatnya (seperti Dorian Gray). Mat Jizat mengikut hatinya untuk membunuh, atas kerana hati untuk memuaskan diri sendiri (walaupun hal insaf), Rosleen menjalankan keinginan memenuhi keinginan hati. Ini belum termasuk hantu Agus yang bermisi dan Adam yang tidak mahu disakiti lagi.

Novel MG juga mempunyai ciri neurosis yang akut, mencampur baurkan cerita dengan selingan, dan kadang-kala menyampuk pembaca, dengan hal moralis yang sangat bobrok. Moral dan nilai murni tampak "dicemar" dalam novel ini dengan gambaran dan keterangan yang menyakitkan kepada sesiapa yang percaya kepada "kebenaran moral". Di dalam novel ini, tiada sesiapa yang suci (kalau suci pun, membawa maut kepada yang hidup, seperti Datin Jannah) dan kesemua aksi mereka dipenuhi "guilt" yang tinggi. Malah, memang banyak berlaku hal-hal halinusasi yang mengganggu perjalanan watak-wataknya, menyebabkan watak-wataknya mengalami neurotik. Dan hal-hal ini berlaku tanpa diberitahu. Paling menarik sekali, novel ini (yang mungkin tidak sepropaganda atau sebahaya Shit) diterbitkan sewaktu ketidaktentuan dan kecelaruan yang berlaku terhadap isu Ketuanan Melayu, semasa Ketuanan Melayu dicabar oleh beberapa kumpulan pendesak, juga hal tsunami yang berlaku terhadap tompok pimpinan kerajaan. Ketidaktentuan dan semacam rasa "kedatangan kiamat" ini yang menggerakkan beberapa wataknya untuk memberontak terhadap "kotak selamat" yang mereka duduki (atau dipaksa untuk berubah), baik yang berhaluan kanan/konservatif/Melayu lama (Mat Jizat) atau kiri/liberal/Melayu pascamoden (Adam). Keadaan ini benar lagi dengan sebuah adegan halinusasi seorang watak yang melihat bagaimana kota Sodom(?) yang terbalik di awan, mengaitkan dengan kondisi watak-wataknya yang menuju kehancuran.

Cerita MG bertitik tolak daripada tokoh Mat Jizat, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah bangunan separa pejabat-pangsapuri, Menara Olya yang dikatakan berhantu. Di situ, Mat Jizat menjalankan kerja menyimpan mangsa-mangsanya (kesemuanya lelaki) yang kemudian dibunuhnya. Pada awal novel, kelihatan penulis cuba 'mensamar'kan plot selari dengan pembukaan mitos Sang Gedemai (atau Kelembai), yang kemudiannya dengan pembunuhan seorang pengawal keselamatan bernama Badri, dan berikutnya dengan adegan lif berhantu yang disaksikan oleh Rosleen dan Salimah. Adegan lif ini yang bersangkutan dengan adegan Mat Jizat yang sedang dalam proses membunuh mangsa lelaki seterusnya, Adam di dalam Menara Olya. Pembukaan plot ini memang sedikit 'berselerak' dan semacam disengajakan untuk melawan konvensi. Kadang-kala, hal ini membawa kepada kecelaruan. Tetapi oleh sebab setiap adegan ini semacam boleh bergerak dan bercerita "dengan sendiri", walaupun separa berkait, menyebabkan pembacaan daripada satu babak ke satu babak tidak terganggu. Sebenarnya pembacaan novel itu mungkin boleh menyebabkan "kesesatan" oleh sebab berselerak watak-wataknya. Tetapi hal ini diselamatkan dengan "suara ketiga", seorang "narator" yang bercerita akan hal watak-watak dalam novel ini. Semacam, "suara ketiga" ini pembaca sendiri, yang memang akan mengejutkan pada akhir babak.

MG mempunyai beberapa kelemahan, mungkin dalam hal-hal bahasa dan penjagaan tempo naratif. Terdapat gaya Reinaldo Arenas di dalamnya (ini dibuktikan dengan pemecahan bab dengan tulisan-tulisan kuota puitis yang serupa dengan Singing In The Well Arenas). Penulis semacam bergerak dan bergerak menulis tanpa mengambil sedikit nafas, malah beberapa struktur ayat kelihatan diulang dan meleret. Tetapi banyak hal-hal wit yang dimainkan dengan baik, menimbulkan perasaan "komedi gelap" kerana keterangannya. Ia sekali gus sinikal terhadap ceritanya dan terhadap "penciptaan"nya. Sememangnya MG bukan untuk semua orang. Pembaca biasa yang menyokong novel nilai-nilai murni dan keIslaman yang menentang MG oleh sebab banyak hal anti moral dan anti lazim yang dinyatakan dalam novel ini secara "in your face". Ini menyebabkan novel ini bobrok dan berdosa sekali gus.

22 January 2009

19 January 2009

05 January 2009

salam komrad. ni nak promote sikit. saya tolong kawan saya untuk jual buku dia. Menara Gedembai nama bukunya. info detail pasal buku ni boleh dibaca kat bawah.

cumanya saya nak bitau, buku ni bukan semua orang boleh baca. bukan buku biasa nih. orang yang suka baca buku pelik jek boleh baca buku ni. saya tak tipu tau.hehe. dan buku ni tak dijual kat mana-mana kedai buku. hanya boleh dibeli di pasaran gelap sahaja. itu pun kalau bernasib baik.

kalau berminat, sila kontek saya ok.
===========================================================






"Entah kemarahan apa agaknya yang ditaburkan di dalam novel ini. Bagaikan dendam yang membarah, ia terpacul menyerak ke serata yang mahu dan mampu dicapainya. Aku termenung beberapa kali, cuba mengunyah karyanya yang keras dengan perlahan-lahan. Sesekali aku cuba mengintai dari mata sang helang untuk memandang maksud yang tersirat dalam belantara kata-katanya . Seakan-akan terjahit di antara pohon kata-katanya tidak berpuashati pada apa yang berlaku di sekelilingnya. Kadang-kadang bait-bait perkataan cerpenis Azman Husin bagaikan melintas di benak.

Tajuk : Menara Gedembai
Penulis : Penulis Ini Tidak Mahu Dikenali
Penerbit : Sindiket Sol-Jah
Harga : RM 20
Halaman : 203 m/s

Sekali pandang pada kulit luar yang menghiasi novel ini bagaikan sudah terbayang isi kandungan yang bakal terbaca. Itulah perkataan yang menghenyak benakku. Tambahan pula dengan blurb yang berwarna merah dan komentar Joyah and The Mempelas yang terbalik menambahkan kekusutan yang mengitari isi kandungan novel ini. Bila diselak halamannya, maka nombor mukasurat berlawanan arah. Dengan gaya bahasa yang santai, watak Mat Jizat mendukung seluruh pergerakan plot yang mendasari novel ini. Boleh dikatakan bahawa watak Mat Jizat adalah manusia yang melakukan segala macam kebobrokan dunia dan akhirnya bertaubat pada nafasnya yang terakhir.

Ada elemen-elemen mistik yang menjadi watak sampingan di sini. Bagaimana hantu-hantu (dibunuh oleh Mat Jizat) mmebayangi benak Mat Jizat yang membunuh segala macam manusia yang hilang akan, gila dan melekat pada isi keharuman dunia yang sementara ini. Bagi pembaca yang gonjeng, ini bukanlah satu novel yang enak untuk dirasakan. Tiada kehalusan bahasa, hanya maki cerca, mencarut dan ketelusan dalam memuntahkan segala kemarahan yang membarah. Ada sesuatu yang disembunyikan dalam watak-watak itu. Dan Menara Gedembai itu bagaikan satu manifestasi dunia kita yang penuh dengan manusia yang bermacam ragam.

Pembacaan secara keseluruhan novel ini memerlukan penelitian yang halus, tanpanya anda pasti merasakan penulis ini adalah seorang psiko yang menghadapi tekanan jiwa yang melampau, walhal ada sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat. Memang tidak dinafikan dalam naskhah yang ditulis itu ada pengalaman penulis yang ditumpah dan diisi, namun ianya sebagai satu perlambangan untuk menyatakan sesuatu yang terbuku di dalam hati. Ianya harus dengan hati yang terbuka, jangan sesekali perkataan dan bahasanya yang kesat menafikan diri anda dari meneruskan pembacaan novel ini.
Terus-terang aku katakana bahawa selesai membaca novel ini, aku dapat bayangkan bagaimana kita menonton wayang kulit; yang wataknya ada di dalam diri kita yang kerdil ini. Boleh juga aku katakan bahawa novel ini merupakan satu terapi drastik dalam menguja pembacanya untuk menilai semula seluruh kehidupan yang telah, sedang atau akan kita lalui. Lantas ia membawa maksud apakah sebenarnya tujuan kehidupan kita di atas muka bumi ini? Untuk apa sebenarnya? Jawapan itu ada dalam diri kita sendiri..." - FSSF [http://ketikamembaca.blogspot.com/2008/06/menara-gedembai.html]



"Fascinating writing, a psychopath whose point of cleansing the earth of evil is through evil it self. he find ways to murder in the most horrendous way the lives of men who he deems evil, and yet his actions is neither saintly nor saviour. the plot involves complex characters each with their own uniqueness that seems to amaze that they could intertwine together. its a myriad of personalities and problems one who would think that you were reading a socialogy text books. its a book of the supernaturals that got caught in the modern world. the narrator suprisingly is not the writer...

well its a start for me, in reading bahasa melayu novels. id usually go for the really old text of 'hikayats' with its interesting words and phrases. so i hope this will be the first of the many..." - Elros [http://aoshi09.blogspot.com/2008/08/apa-apa-lah-labu.html]