27 November 2008

KELANTANESE DIY PUNK ROCKER
yang aku kenal, yang aku tau, cuma ada Ayen (grindcore future doktor gigi), Sabri (cikgu punk), Pessa (fulltime digital punk), Jera (electro hippies) dan aku. cuma ini teman-teman punk rock yang ada kat kelantan sekarang. kat kota bharu maksud aku. punk rocker yang lain aku tak pasti ada lagi ke tak. tapi yang pastinya, (setidak-tidaknya) masih ada 5 orang pemuda punk yang ada kat bandaraya islam ni. masing-masing dengan kesibukan masing-masing. 5 orang belum cukup untuk mengoncang dunia. kena 10 orang baru boleh goncang dunia.hehe.:p. apa pun, we must do sumthin! boring ah duduk kelantan ni. takdek aktiviti langsung. pegi keje, balik keje. itu jek rutin harian. kadang-kadang nak jugak beraktiviti di hujung minggu. so, aku dengan Ayen ada plan nak buat ala-ala flea-market. nak jual barang-barang 2nd hand kat orang. jual by donation. kitorang letak barang pastu pengguna akan ambik dan beli barang yang diorang berminat dan bayar pada kitorang pada kadar yang diorang rasakan patut. tapi semua ni masih dalam perancangan ah.masih di peringkat awal ah.hehe.:p

20 November 2008

HABIS EXAM, TERBITLAH CUTI SKOLAH.
yeah... setelah bertungkus lumus bergelumbang dengan dunia peperiksaan, akhirnya semuanya selesai. setel sudah! exam dah abis. dan sekarang adalah masa untuk bersuka ria. :). dua minggu bergelumbang dengan peperiksaan menyebabkan kitaran hidup aku tak menentu. kadar tidur dalam kehidupan amatlah kurang. kadang-kadang tido 2 jam jek sehari. giler tul. inilah bahana stadi last minit. siapa suruh stadi last minit? kan dah kena! hehe. apa pun, semua tu dah lepas. semalam aku dah balas dendam dah untuk semua tidur aku yang tak cukup sebelum ni.

tapi, tido banyak pun tak sedap jugak. sebab dalam kepala aku ni asyik terbayang bayang antara-muka website website yang aku rasa cun. aku bermasalah sikit dalam nak design website ni. dan aku dah berjanji dengan fadiah untuk menyiapkan sebuah website bagi satu grup NGO yang fadiah sangat aktif beraktiviti di situ. jadi, dalam kepala aku sekarang ni ligat mencari design mana yang aku nak apply. hmmmmm....

buat web satu hal. dan hal yang seterusnya adalah bulan depan aku nak melangkah ke rumah baru. jadi, banyak benda nak kena buat. nak kena mengecat rumah. nak beli perabut serba sedikit, nak buat majlis naik rumah baru, nak itu, nak ini. soal lain pasal rumah baru ni tak de hal sangat. cuma yang letih sikit adalah, untuk mengecat rumah ni. boleh tahan besar jugak rumah tu. dan aku kena cat sorang sorang! (tapi memang sebelum ni aku sorang jek yang cat rumah tu.hehe). tak de masalah pun sebenarnya. cuma nak start tu liat sikit.heheee

dan satu lagi perkara yang bermain dalam kepala aku adalah untuk meriliskan cd Homicide. projek ni dah tertangguh dah pun. sepatutnya lepas raya puasa itu hari dah rilis. tapi di sebabkan masalah2 tertentu, dateline baru untuk riliskan cd Homicide ni adalah hujung tahun ni. samaada time christmas ataupun masa sambutan tahun baru. harap-harap projek ni tak tertangguh lagi. tapi kos untuk rilis cd Homicide ni boleh tahan mahal beb. untuk 1 ribu copy, kosnya mencecah rm 9 ribu. ada sesiapa yang nak invest dalam projek ni tak? kalo ada, bitau aku okeh. :)

harapnya, semua benda ni berjalan lancar. amin...

19 November 2008

Rangkaian Hidup



07 November 2008

Tahniah Barack Hussein Obama.
aku ucap tahniah kepada Barack Hussein Obama yang baru saja memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat. Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. tahniah juga buat seluruh rakyat Amerika yang sudah keluar dari tembok perkauman. bila agaknya rakyat malaysia boleh menerima orang bukan melayu menjadi perdana menteri?


06 November 2008

Sony Ericsson W660i
setel! selesai mencari. sudah memiliki. kini Sony Ericsson W660i berada dalam genggaman. dan ianya bakal menjadi peneman hidup aku, bermula 6.11.08 hinggalah hari yang seterusnya. :)




















maklumat lanjut mengenai W660i : klik sini