28 August 2008

TAMAT
fuhs... akhirnya tamat sudah pilihanraya kecil permatang pauh. letih, muak, bosan aku nak tunggu proses pengundian selesai. bermacam-macam fitnah, bermacam-macam kaedah digunakan untuk berkempen, sehinggakan terpaksa menjual agama sekalipun. dan keadaan ini sangat memualkan hidup aku. dan aku sangat lega setelah segalanya selesai. siapa menang dan siapa kalah, aku tak ambil kisah. yang aku harap adalah, keadaan kehidupan kita akan jadi lebih baik selepas ini.

24 August 2008

SESUMPAH DAN KATAK
Saiful dah bersumpah. tak cukup dengan Saiful, Najib pulak bersumpah. Tapi Anwar tetap kental dengan pendiriannya yang tidak akan bersumpah. lepas ni saper pulak yang akan bersumpah agaknya ya.

kadang-kadang macam kelakar lah pulak bila aku tengok keadaan politik kat malaysia sekarang ni. bermacam-macam perkara yang di buat dan di cipta atas tujuan politik. tak cukup dengan liwat, sekarang main sumpah sumpah pulak. main bab sumpah sumpah ni pada aku dah tahap kritikal. kenapa aku cakap kritikal? sebab, mereka dah mula melibatkan Tuhan untuk kepentingan politik masing-masing. kenapa perlu sampai tahap itu? soalan ni tak perlu jawab. alasannya jelas, untuk menyelamatkan karier politik masing-masing. yang penting sekarang kedudukan politik. soal dosa pahala itu lain cerita. maksudnya sekarang, politik dulu baru agama.

tak kisahlah apa pun yang berlaku. di pihak aku, untuk benda politik kepartian ni, aku cuma mahu tunggu 2 tarikh keramat, iaitu 26 Ogos 2008 dan juga 16 September 2008.

pada tarikh 26 Ogos 2008 aku nak tengok siapa yang akan menang dalam pilihanraya di Permatang Pauh tu. Jika Anwar menang, aku nak tunggu tarikh 16 September 2008 pulak.

sebab, Anwar kata dia dan geng geng dia akan "rampas kuasa" untuk menjadi kerajaan pada 16 September 2008. jadi, berjaya atau tidak, aku akan tunggu dan lihat.
BUKU-BUKU TERBARU YANG AKU BELI.
dah lama aku tak beli buku. atau ayat lainnya, dah lama aku tak baca buku. tapi entah kenapa, tiba-tiba, pada bulan ni, bulan Ogos 2008, semangat aku untuk membaca buku berkobar kobar. makanya, aku membeli 3 buah buku berikut:

Pengalaman Bertuhan




Ketika Internasionale Bergema Lagi: Koleksi Rencana Kritis



Islam Melayu Komunis – Wawancara dengan Abdullah CD, Rashid Maidin & Abu Samah



kalau ko tanya aku beli kat mana buku-buku ni, aku jawab, aku beli kat http://www.kinibooks.com

06 August 2008

04 August 2008



















Homicide's "Illsurrekshun" Will be Released in Malaysia on Papakerma Records


Due to our limitation in distributing our records overseas and keep it in the fair price at the same time (the local postage rates is a killer when you have to send stuff overseas), we have decided to work with several local labels in several states in re-releasing and distributing our CD outside Indonesia. Papakerma Records in Malaysia will release and distribute “Illsurrekshun” in Malaysia/Singapore, when Diseased Records helps us doing the task for USA region, and perhaps this would be a vinyl one. This answers some questions from Malaysian friends who asking us on how to order the “Illsurrekshun” CD. More details will be updated soon as possible. Visit Papakerma here.

words taken from : http://www.nekrophone.blogspot.com



BLOG DI TELEVISI
cuma dengan 3 langkah, blog siap dibina. anda boleh menulis apa saja yang anda mau. kebebasan menulis milik anda sepenuhnya. ini perkara yang bagus. yang tidak bagusnya adalah, apabila sesuatu cerita di blog mula dijadikan bahan berita televisi. dan bahan blog yang dijadikan berita untuk tontonan umum itu pastinya bukanlah suatu sumber yang benar-benar milik pemilik blogger tersebut. mungkin juga orang lain yang cuba mengeksploitasi blog untuk tujuan tertentu.

ah, cakap banyak pun tak guna. cuba anda tengok kedua-dua blog kat bawah ni dan cuba korang nilai yang mana satu benar dan yang mana satu tidak benar. :)

klik sini dan juga sini. :)

03 August 2008

Network of Solidarity Collective (NOSC)

Dear all,

In order to safe keep the info and as documentation purposes, Network of Solidarity Collective (NOSC) which was founded in the year of 2000 in Kota Bharu, Kelantan are now in myspace.


Add them here! Those already listed, go mad and mark! [opps, that would be envy's song title!]

www. myspace.com/nosc2000

Go promote to your friends especially those who involved directly or directly with the collective.


For the start, we need contribution such as articles, reports, photos, songs, videos etc that documented the collective activities and kota bharu scene in general. scene reports that appeared in your zines, photos of friends and bands are among the items we may have lost over the period.


We are also looking forward to organize activities in the future.


Do feel free to drop your opinions and ideas!

Thanks.


Co-moderator
Network of Solidarity Collective on myspace

------------------------------------------------------------------------------------------------

versi bahasa melayu:


Kehadapan semua,

Bagi menyimpan maklumat serta atas tujuan dokumentasi, Kolektif Jaringan Solidariti (NOSC) has di asaskan pada tahun 2000 di Kota Bharu, Kelantan kini di myspace.


Tambah mereka di sini!

www. myspace.com/nosc2000

Bagi mereka yang sudah, sila promosi kepada rakan-rakan terutama mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan kolektif.


Sebagai titik mula, kami perlukan kontribusi seperti artikel, laporan, gambar, lagu, video dsb yang mendokumentasi aktiviti kolektif dan scene kota bharu secara am nya. laporan scene yg terbit di zine kamu, gambar teman2 dan kumpulan antara item2 yang kami mungkin sudah hilang dalam tempoh yang sekian ini.


Kami juga merencana untuk menganjurkan aktiviti di masa hadapan.


Sila kongsi pendapat dan idea kamu!

Terima Kasih.



Co-moderator
Network of Solidarity Collective di myspace