29 July 2008
28 July 2008
mula-mula *diorang cipta isu LIWAT ANWAR.
>
>
>
lepas tu diorang cipta isu MUZAKARAH UMNO-PAS.
>
>
>
dan korang pun dah lupa isu minyak naik. dan korang dah tak marah lagi pun kat kerajaan sebab naikkan harga minyak. dan korang sedang asyik menantikan apakah yang akan berlaku seterusnya untuk isu LIWAT dan MUZAKARAH ni. dan aku ucapkan TAHNIAH KEPADA KERAJAAN SEBAB BERJAYA MENGALIHKAN PANDANGAN/TUMPUAN RAKYAT KEPADA ISU LAIN DENGAN JAYANYA.
*diorang = kerajaan BN
25 July 2008
Imminent downgrading of SUHAKAM:
Government must take action
We, the undersigned members of the Malaysian civil society, call on the government to initiate amendments to the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 to make the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) a truly independent and effective institution.
The International Coordinating Committee of National Human Rights Institutions (ICC)’s recent notice to SUHAKAM for its failure to comply with the Paris Principles and the consequent possibility of it being downgraded indicates the ICC’s grave concern with regard to the Malaysian government’s management of SUHAKAM. SUHAKAM has been confined by the provisions of the Act and has disappointingly fallen short in its mission to promote and protect human rights.
From 21 to 23 April 2008 , the ICC Sub-Committee on Accreditation carried out its periodic re-accreditation of national human rights institutions (NHRIs) based on the Paris Principles. The Paris Principles are the international standards for an independent and effective NHRI. In its review of SUHAKAM’s accreditation, the ICC Sub-Committee on Accreditation gave notice to SUHAKAM to “provide, in writing, within one year […], the documentary evidence deemed necessary to establish its continued conformity with the Paris Principles”, failing which, SUHAKAM would be downgraded from its current “A” status to “B”.
This means that SUHAKAM will lose its right to participate in the regular sessions of the United Nations Human Rights Council. It will also be stripped of its full membership in the Asia Pacific Forum of NHRIs (APF) and will be relegated to a candidate or associate member, which does not have voting rights in the APF’s decision-making body, the Forum Council.
The recommendations given to SUHAKAM by the ICC Sub-Committee on Accreditation reaffirms the concerns regarding SUHAKAM’s independence and effectiveness which have been articulated by various human rights NGOs in the country since the Commission’s establishment. The key recommendations and observations made by the ICC Sub-Committee on Accreditation in relation to SUHAKAM were:
The independence of the Commission needs to be strengthened by the provision of clear and transparent appointment and dismissal process in the founding legal documents, more in line with the Paris Principles.
With regard to the appointment, the Sub-Committee notes the short term of office of the members of the commission (two years).
The importance of ensuring the representation of different segments of society and their involvement in suggesting or recommending candidates to the governing body of the Commission.
The importance to engage with the international human rights system, in particular the Human Rights Council and its mechanisms (Special Procedures Mandate Holders) and the United Nations Human Rights Treaty Bodies.
Most of the recommendations are related to the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 (Act 597) under which SUHAKAM was established. These recommendations serve as a timely reminder that the government should reflect on the objectives of SUHAKAM’s establishment. If there is a perception that SUHAKAM was set up merely for the purpose of window-dressing the government’s poor human rights record, then its lack of independence must surely underscore that perception. The government should therefore act immediately to make the Commission independent and effective by implementing the measures proposed below.
Should the government ignore these recommendations, SUHAKAM’s status would be downgraded by the ICC. This will reflect poorly on Malaysia ’s human rights record at the international level for lacking in political will to promote and protect human rights. It will make Malaysia 's pledge to the United Nations in 2006 that it “will continue to take proactive and innovative measures to further promote and protect human rights” a mockery. The credibility and the stature of Malaysia as a member of the United Nations Human Rights Council will suffer if the government does not act immediately on the ICC Sub-Committee on Accreditation' s recommendations.
SUHAKAM's structural autonomy from the government
SUHAKAM should report to the Parliament, and not to the Prime Minister’s Department.
transparency in the selection of SUHAKAM Commissioners
Establish an independent Search Committee. This should comprise Members of Parliament from all parties, civil society groups, trade unions, concerned social and professional groups. The selection powers should not be left solely with the Prime Minister. The selection process should be transparent and fair, and with full consultation with civil society.
3. the setting of clear criteria for SUHAKAM Commissioners
Commissioners who are selected should be credible, independent and competent in the field of human rights. They should serve full time, and focus exclusively on human rights work.
4. longer tenure of Commissioners
The tenure of commissioners should be extended to five years and re-appointments should be dispensed with immediately so as to ensure autonomy.
The definition of “human rights” in Section 2 of Act 597 should be amended. SUHAKAM’s jurisdiction should be widened to cover rights relating to life, liberty, equality and dignity of the individual as embodied in the Universal Declaration of Human Rights and other international human rights laws and standards.
SUHAKAM’s powers under Section 12(2) of Act 597 should be clarified. This section is frustrating SUHAKAM’s work because when a human rights violation is taken to court, SUHAKAM has thus far refused to hold public inquiries.
that SUHAKAM’s reports are debated in Parliament, and its recommendations implemented
SUHAKAM’s recommendations to the government should be implemented immediately. This includes those on the ratification of international human rights treaties. SUHAKAM’s reports should be tabled and debated in the Parliament.
This statement is endorsed by:
Alaigal
Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Amnesty International, Malaysia
All Women’s Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
Child Development Initiative
Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
Community Development Centre (CDC)
Education and Research Association for Consumers Malaysia (ERA Consumer)
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Group of Concerned Citizens
Human Rights Committee, Bar Council Malaysia
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Labour Resource Centre (LRC)
LLG Cultural Development Centre (LLG)
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Network of Solidarity Collective (NOSC)
Panggau, Sarawak
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Penang Watch
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Pesticide Action Network Asia Pacific (PAN-AP)
Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
PT Foundation
Research for Social Advancement (REFSA)
Save Ourselves (SOS)
Semparuthi Iyakkam
Sisters in Islam (SIS)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Tenaganita
TERAS
Women’s Aid Organisation (WAO)
Worker’s Organisation Malaysia
Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)
Yayasan Amal, Johor
Youth for Change (Y4C)
Youth Section of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
20 July 2008
19 July 2008
ini hari, aku mengemas BILIK aku yang dah lama tak dikemas. kalau korang tengok bahagian link kat tepi kiri ni, ada sedikit perubahan rupa bentuk. aku susun elok-elok link mengikut klasifikasi masing-masing. dan aku telah buang semua link yang mana web tersebut dah tak wujud lagi. jadi, sekarang aku rasa lebih selesa dengan keadaan BILIK aku sekarang. :)
lepas kemas BILIK, aku rasa nak makan roti canai. lantas aku ke bandar. 5 minit perjalanan, aku tiba di tengah-tengah bandar kota bharu. aku park kereta kat depan syarikat Jaffar Rawas. salah satu syarikat islamik yang terkenal kat kota bharu ni. segala macam benda dia ada jual. buku, cd, kismis, kain semayang, sejadah dan sebagainya. pendek kata, Jaffar Rawas ni lebih kurang macam MyDin ah. lepas park kereta, aku pegi pekena roti canai. dah abis makan roti canai, aku melangkah ke tempat parking kereta aku. aku tengok, waktu parking aku masih panjang. jadi, aku pun menghabiskan masa tu kat kedai Jaffar Rawas. aku pergi tengok2 buku kat sana. banyak giler buku kat situ. macam library. dan kebanyakkan bukunya berkenaan dengan hal-hal islamik. terdetik di hati aku untuk beli sekeping dua buku. aku pun dah lama tak beli buku. dalam dok merayau-rayau kat situ, aku tengok kat satu sudut, ramai orang dok membelek-belek buku kat situ. aku pun ke situ. aku tengok, buku-buku kat situ dijual dengan harga diskaun 50%. kebanyakan buku-buku lama. tapi tak jadi masalah. buku-buku lama pun bermanfaat jugak.
dan aku akan lama membelek buku-buku lama tersebut. akhirnya, aku memilih untuk membeli 4 naskah buku berikut:
+ 20 KESILAPAN IBU BAPA
+ TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MUSLIM
+ IBU SEJATI : KELAHIRAN, PENJAGAAN & PENDIDIKAN ANAK CEMERLANG
+ PENDINDING INSAN MUKMIN : SENJATA DARI MENAHAN HASUTAN SYAITAN.
aku beli buku-buku tersebut dengan harga RM14. murah kan. :)
kadang-kadang aku buat-buat tak faham dengan keadaan politik kat malaysia ni. aku faham sebenarnya. cuma buat-buat tak faham. tapi mungkin jugak orang ramai tak perasaan dengan keadaan tersebut. keadaan yang aku maksudkan ialah:
KES PERTAMA.
Raja Petra telah membuat laporan polis bahawasanya Najib dan Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. dan Raja Petra (sebagai pelapor) telah ditahan polis untuk siasatan. Najib dan Rosmah (suspek) tidak diambil sebarang tindakan.
KES KEDUA.
Mohd Saiful telah melaporkan kepada polis bahawasanya Anwar telah meliwat beliau. dan Anwar telah ditangkap untuk siasatan.
jadi, aku kadang-kadang tak faham dengan keadaan politik kat malaysia ni. dan aku rasa banyak benda yang tak betul dengan semua institusi kerajaan sekarang. aku rasa macam nak buat laporan polis ah. tapi kalau aku buat laporan polis, mungkinkah aku di tangkap?
17 July 2008
Kontra-budaya Punk - Yunus Ali
Dalam realiti sosial, tidak ada satu bangsa satu budaya. Apatah lagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan yang terbuka kepada pengaruh global, maka berganda-gandalah budaya yang ada.
Masyarakat bangsa Melayu lama pun boleh dikenalpasti dengan beberapa budaya yang menghiburkan mereka: budaya istana dengan makyong dan bahasa istananya; budaya rakyat dengan joget dan tukang carutnya.
Justeru, dalam masyarakat mutakhir ini, janganlah hairan dan terkejut pula apabila bersua atau terserempak dengan beberapa budaya pada bangsa Melayu, dan juga pada bangsa-bangsa yang lainnya.
Kerana tidak memahami realiti sosial ini, maka ramailah yang pening kepala, berang, panik moral dan ada pula yang mengamuk apabila dihadapkan dengan persembahan kumpulan muzik punk ‘Carburator Dung’, dalam perhimpunan PROTES pada 6hb Julai 2008 yang lalu. Isu harga minyak naik ‘dah berubah menjadi naik minyak.
Sebenarnya, Joe Kidd dan kumpulan ‘Carburator Dung’nya tidak boleh dipersalahkan, meski menayang bontot sekali pun (atau banyak kali!), kerana apa yang mereka lakukan, itulah dia jati diri punk.
Punk ini bukan sahaja merupakan sub-budaya, tepatnya ia adalah kontra-budaya dari budaya remaja.
Ia budaya remaja kerana ditaja, didokong serta dihayati oleh remaja belasan tahun. Tapi kini ada juga orang tua, seperti Joe Kidd tu, yang masih berpunk dan berhati remaja – kerana dulu zaman remajanya 1980′n dia punk, sepertilah Mick Jagger yang masih ber”rock and roll “di hari tuanya sekarang ini.
Punk adalah sub-budaya kerana ia tidak mengikut arus budaya perdana. Punk ini bukan sahaja melencong dan tidak mengikut arus, punk sejati bertentangan dengan budaya perdana – kontra budaya. Jadi apa yang kita lihat dalam PROTES itu tidak lain dan tidak bukan ialah punk sejati yang menampar akal-budi awam (perdana).
Tunjuk bontot merupakan perlakuan biadab dalam norma perlakuan masyarakat kita, apatah lagi dalam suasana isu liwat ketika ini, ia mempunyai pertambahan konotasi yang menghentak jiwa. Tetapi, tidak adakah makna lain kepada bontot?
Begitu juga pada lirik. Dalam lagu punk, sememangnya pun lirik tak jelas kedengaran. Dalam stadium perhimpunan PROTES lalu, yang kedengaran hanyalah “Jilat! Jilat! Jilat!…” Ini sangat menampar akal-budi orang ramai. Dalam minda awam normal, perkataan jilat itu terus sahaja secara spontan dikaitkan dengan aktiviti seks, tak terbayang pun aksi aiskrim yang biasanya dijilat dan dikulum!
Sekarang mari pula kita cuba baca kata-kata yang dinyanyikan:
-
- MARI NYANYI MENJILAT
-
- Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati
-
- Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada di tangan anda
Hidup yang senang penuh jaminan
Jangan bertanya, serahkan pada saya
-
- Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
-
- “Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!”
-
- Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
-
- Wahai pemuzik, underground rockers,
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,
Marilah mari, sain kontrak kami,
-
- Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengoklah saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya
-
- Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat
jangan tak jilat
Jilat, jilat,
jubur korporat sedap!
-
-
© 2004 Carburetor Dung
-
Tidaklah perlulah dihayati lirik lagu ini sebagaimana kuliah kajian puisi di universiti. Ianya jelas menempelak industri muzik arus perdana. Intipartinya: kalau hendak kaya harta benda dan hidup mewah senang lenang, jual jati diri dan ikut sajalah arahan penerbitnya – badan korporat seperti Sony, Warner MUsic dan agen-agennya.
Ampulah mereka itu, jilatlah! Ganjarannya lumayan, meskipun produk yang mereka keluarkan itu busuk, sebusuk yang keluar daripada bontot..Inilah konteks perkataan ‘jilat’ dan tunjuk bontot persembahan punk Carburator Dung.
Orang yang bukan punk pun selalu guna perkataan jilat dengan maksud yang sama. Di bawah ini diturunkan cebisan respons pembaca dalam blog Chegubard:
- Menurut ceritonyo….. Si Ejam ni lor yang perkenalkan dio pada si Najib (Najib lagi…. Altantuya pon dio…)
Hek eleh…. tak kan lo nak mintak biasiswa pon keno jumpa najib???
Kan pegawai dio banyok…. Takkan ler sonang2 nak jumpo dio…
Dah ler ko ni kat U kantoi…..
Si Ejam ni…. dia sokarang… sanggup buek apo sajo…. Kasut Pak Lah dia jilat… kasut Najib dio jilat… Kasut KJ pun dio jilat…. Almaklum… nak ambik kepocayaan orang2 beso UMNO…
Tentang muzik yang hiruk-pikuk pula. Bayangkan bunyi saban hari yang menyumbat masuk telinga anak-anak yang membesar di sebuah unit flat di bandar-bandar: terdengar dengusan ohh..ahh..ohh..ahh ibu dan bapa bersenggama, adik bayi meraung mahukan susu, kereta-lori mengaum dari lebuhraya, ketukan cerucuk berdentom mendiri pangsa, jiran bergaduh bertengkar, gelombang bunyi telivisyen dan hi-fi tak menentu irama dan suara datang dari segenap penjuru.
Mana ada Beethovan atau Mozart. Keroncong pun jauh sekali. Tidak ada kedengaran bunyi angin yang menderu, jika ada dahan jatuh menimpa batu pun tidak kedengaran. Pokok kelapa tiada, pokok durian tiada – bagi anak-anak ini bunyi buah luruh pun tak tahu bagaimana bunyinya.
Dalam suasana bunyi dan suara yang caca-marba, anak-anak ini dibesarkan. Jadi, kalau muzik remaja punk hingau-bingau layaknya, itu mencerminkan kehidupan mereka, kehidupan masyarakat yang dikonstruk oleh negara. Ia menepati ungkapan bahawa seni merupakan bayangan masyarakat. Seni kita wajah kitaI
Yakni, muzik dan gaya hidup punk itu adalah hasil yang timbul dari proses masyarakat kita sendiri. Persekolahan, keluarga, media, budaya (arus perdana) dan tradisi serta institusi sosial yang lainnya dipandang oleh remaja tidak telus dan penuh dengan kepuraan – menyimpang dan bertentangan dari realiti pengalaman hidup remaja. Manakala nilai dan norma yang ditunjuk ajar oleh ibu-bapa, orang tua, pemimpin masyarakat, ketua agama, ahli politik dan elit masyarakat dirasakan oleh remaja mengongkong dan hipokrit. Bagi mereka semua orang itu, cakap tak serupa bikin: pencegah rasuah terima rasuah, polis merogol, pencegah maksiat ditangkap khalwat, ustaz memperkosa dara sunti, hakim terima sogokan, badan korporat merompak dana negara/negeri….
Maka itu, dalam proses pensosialan generasi baru yang dicanaikan masyarakat supaya remaja kononnya untuk menjadi harapan bangsa dan menjadi pemimpin masa hadapan, ada remaja yang nampak akan kepincangan usaha itu. Mereka inilah remaja punk!
Bila berhuma di bukit menanam padi, jangan panik ada lalang yang tumbuh.
Yunus Ali adalah seorang aktivis sosial dan ahli sosiologi.
nota : tulisan asal di ambil daripada : http://aminiskandar.wordpress.com
15 July 2008
macam-macam benda yang berlaku sekarang. macam-macam maksud tersurat dan tersirat. macam macam tafsiran dan andaian. yang menonjol sekarang adalah PAK LAH, NAJIB dan ANWAR IBRAHIM. masing-masing punya pengaruh dan masing-masing punya strategi. dan masing-masing telahpun melulakan percaturan tersendiri. yang cepat mengatur langkah akan menang dan yang lambat akan kalah.


