29 June 2008

DEMONSTRASI ATAU FESTIVAL RAKYAT?
semalam punya demo "sejuta rakyat", aku tak pergi. sejak duduk kat kampung halaman ni, aku langsung tak pergi demo. dah lama sangat. dah dekat dua tahun kot. tapi, demo semalam aku teringin nak pergi. sebab aku rasakan, demo semalam bakal menjadi sejarah rakyat malaysia. namun, setelah berlaku beberapa perubahan tarikh dan lokasi demo, aku jadi tidak yakin dengan demonstrasi yang mensasarkan sejuta rakyat turun bersatu. dan aku paling terkejut apabila lokasi akhir yang dipilih oleh pihak penganjur adalah di stadium.

berdemonstrasi di stadium? setahu aku, cuma pernah sekali demonstrasi yang dilakukan di stadium yaitu demonstrasi yang di anjurkan oleh pihak (kerajaan) Aman Malaysia yang mana format demonstrasinya sama seperti demonstrasi pihak Protes anjurkan semalam.

aku tidak tahu apa spesifikasinya maksud demonstrasi. namun keadaan demonstrasi itu lebih sinonim dengan bantahan rakyat yang berlangsung di jalan raya. dan yang lebih sinonim dengan stadium adalah konsert hiburan.

jadi, untuk PROTES/DEMONSTRASI SEJUTA RAKYAT semalam, aku tukar nama jadi FESTIVAL SEJUTA RAKYAT.

26 June 2008

25 June 2008

24 June 2008

Ayuh turut serta dengan menandatangani "Online Petition"
di http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html
atau lawati http://www.geramm.org untuk maklumat lanjut!




11 June 2008


05 June 2008

Harga minyak di Malaysia sebelum
ni adalah RM1.92 per liter.
dan setelah berlaku kenaikan
sebanyak 70 sen, maka harganya
menjadi RM2.70 per liter.
bagaimana dengan harga
minyak di negara-negara lain?








MINYAK OH MINYAK.
pertengahan tahun 2006, harga minyak naik sebanyak 30 sen. sebahagian rakyat tidak senang dengan kenaikan ini. makanya, sebahagian rakyat tersebut mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan ketidaksetujuan mereka terhadap kenaikan harga minyak tersebut. dan sekumpulan rakyat tersebut menamakan diri mereka Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes). masa tu aku still duduk kat KL. dan aku salah seorang daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi anjuran pihak Protes. walaupun banyak kali demonstrasi di lakukan, dan ramai protester ditangkap, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak kerajaan. harga minyak tetap dengan kenaikan sebanyak 30 sen. masa tu, Timbalan Perdana Menteri kita, Pak Cik Najib cakap, "UBAH CARA HIDUP".

dan sekarang, sekali lagi harga minyak dinaikkan. dan kali ni kenaikan sangat tinggi berbanding sebelum ni. iaitu sebanyak 78 sen. gila punya kenaikan. pihak kerajaan tahu yang rakyat akan tersentap dengan kenaikan ini. makanya, sekali lagi ulang tayang berlangsung. namun heronya bukan lagi Pak Cik Najib, hero barunya ialah Pak Lah. Pak Lah cakap, "UBAH CARA HIDUP".

aku rasa nak tergelak jek dengar ucapan ulang tayang "ubah cara hidup" ni. hehe.:)

apa pun, pasti pihak Protes akan mula megadakan demonstasi untuk membantah kenaikan minyak yang gila ini. aku harap, demonstrasi ini akan disertai oleh ramai rakyat (bukan hanya sebahagian seperti sebelum ni). dan aku harap demonstrasi ini akan menjadi titik mula kepada peyatuan rakyat tertindas untuk menentang kerajaan yang jahat. Tolak dan Lawan Kerajaan Yang Menindas Rakyat!!!