23 April 2008

ini
gambar
gua
jumpa
di
alam
maya.

gambarnya
kelihatan
cantik.
lalu
gua
letakkan
di
sini.
:)

22 April 2008




satu dunia dah tahu pasal Kempen Bebaskan Tibet. satu dunia dah tahu China akan jadi tuan rumah sukan olimpik kali ni. api obor olimpik akan diarak berlari ke seluruh dunia. agaknya kat mana api obor tu akan dipadamkan oleh aktivis free tibet?


FREE TIBET NOW!
BABI PUNYA KHINZIR!
bahasa melayu memang masih kekurangan perkataan. makanya banyak perkataan Inggeris yang dimelayukan. itu aku tak kisah. yang aku kisah, kenapa kerajaan ubah perkataan BARU menjadi BAHARU? dan satu lagi, yang mana satu nak guna, BABI ke KHINZIR?

20 April 2008

TEORI
aku berpendapat bahawasanya kita tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. makanya, perselisihan sesama manusia akan tetap dan terus berlaku pada bila-bila masa. begitu juga dalam skop perhubungan orang berkasih, suami isteri, mahupun keluarga. ketidaksefahaman akan terus wujud mengeruhkan keadaan. itu tidak dapat kita elakkan. walaupun sebaik mana kita cuba menafikan keadaan tersebut, ketegangan pasti akan berlaku. oleh kerana itu, aku tidak lagi melihat bagaimana cara untuk mengelak ketegangan berlaku. aku melihat, BAGAIMANA CARANYA KITA MEMULIHKAN KEADAAN agar ketegangan yang dihadapi dapat diatasi SECEPAT MUNGKIN. kerana, lebih lama kita berada dalam keadaan tegang, lebih buruk implikasi buruk yang akan kita hadapi. makanya, MEMULIHKAN KEADAAN SECEPAT MUNGKIN perlu dilakukan.

17 April 2008

HARAP
sejak dari musim pilihanraya itu hari orang desak Pak Lah supaya letak jawatan. geng pembangkang, geng mukhriz tun mahathir, geng najib, geng mahyuddin dan geng anti pak lah semuanya desak supaya Pak Lah letak jawatan. dan desakan tu tak habis-habis sampai sekarang. aku rasa, Pak Lah dah mula goyang sekarang. tak pasti berapa lama Pak Lah boleh bertahan. tapi Pak Lah dah mula bercakap mengenai peralihan kuasa. jika peralihan kuasa berlaku secara tersurat, yang akan naik ganti beliau (Pak Lah) adalah Najib Tun Razak. dan Mahyuddin Yasin akan ganti tempat Najib sekarang. itu secara tersurat, sepertimana yang puak-puak umno mahukan. secara tersirat pulak aku tak tahu. mungkin Pak Lah akan lantik orang lain selain Najib jadi Perdana Menteri. sebarang kemungkinan boleh berlaku. keputusan di tangan raja. siapa yang berkuasa, dia lah raja. jika rakyat berkuasa, rakyat lah raja. tapi buat masa sekarang, Pak Lah adalah raja. jadi, apa saja boleh terjadi mengikut kemahuan Pak Lah. tapi, sekiranya peralihan kuasa seperti tersurat berlaku, Najib jadi Perdana Menteri. bagaimanakah Malaysia di tangan Najib? aku tak nampak apa yang positifnya ada pada si Najib ni. sejak aku dari zaman sekolah lagi orang dok cakap mengenai keburukan Najib. najib itulah. najib inilah. dan yang paling menonjol adalah, najib adalah kaki pompuan. dan zaman sekarang yang menonjol adalah dia suka beli peralatan perang yang mahal-mahal. jadi, aku sangat berharap Pak Lah letak jawatan. tapi aku tak harap Najib yang ganti Pak Lah. aku harap geng Pakatan Rakyat yang akan jadi Perdana Menteri nanti. macam mana geng-geng Pakatan Rakyat boleh jadi Perdana Menteri? itu kita tak payah pikir. biar diorang pikirkan macam mana.

16 April 2008

SETEL AUDIT EPISOD PERTAMA.
semalam, segala kerja-kerja audit telah selesai dilakukan oleh panel audit yang didatangkan khas dari shah alam. secara keseluruhannya, tempat kerja aku dapat gred A-. kira ok lah tu. dapat A lah jugak walaupun ada "tolak" kat tepi A tu.hehe. ada beberapa perkara perlu kami perbetulkan sekiranya kami berhasrat untuk memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri ni sebelum pihak MAMPU datang buat audit penilaian terakhir sebelum keputusan dikeluarkan.

14 April 2008

SIAPA YANG LAYAK MENENTUKAN HIDUP KITA?
semalam gua tengok rancangan Jemputan Umrah kat cenel Astro Oasis. cerita dia mengenai sepasang suami isteri yang memenangi hadiah untuk pergi umrah setelah menghantar surat tunjuk sebab kepada rancangan tersebut kenapa mereka nak pergi umrah. sepasang suami isteri ni nama dia Pak Cik Mokhtar dan Mak Cik Azizah.

kisahnya berlaku setahun lepas, bilamana anak sulong (lelaki) pasangan ni yang sekarang berusia sebaya dengan aku memberitahu mak ayah dia yang dia minat dan nak berkahwen dengan sorang awek cun dimatanya. menjadikan keadaan lebih dramatik adalah, si ibu tidak berkenan dengan pilihan si anak. hancur hati ibu dengan pilihan anak. hancur hati anak dengan keputusan si ibu. si anak dan si ibu masing-masing berkeras dengan keputusan masing-masing. si anak tetap dengan pilihan dia. dan mak dia pulak tetap tak berkenan dengan awek pilihan anaknya. selepas kejadian tersebut, si anak membawa rajuk diri sebagai protes kecewa terhadap keputusan si ibu. tidak ada komunikasi aktif seperti biasa, banyak berdiam diri, banyak menyendiri di bilik. si ibu sedih dengan keadaan ini.

APA ALASAN SI IBU SEHINGGAKAN TIDAK BERKENAN DENGAN PILIHAN ANAK?

alasan mak cik azizah ni langsung aku tak boleh terima. kalo aku jadi anak dia pun, aku tak dapat terima. mak cik azizah ni tak berkenan dengan pilihan anak dia disebabkan AWEK TERSEBUT SEBAYA DENGAN ANAK DIA. dikatakan juga, AWEK TERSEBUT NAMPAK EGO. dan dituduhnya juga AWEK TU HANYA NAK KAN HARTA/KEDUDUKAN ANAK DIA yang berpangkat kapten. atas alasan ini, mak cik azizah beranggapan, KALAU MEREKA KAWEN SEKALIPUN, MEREKA KOMFOM TIDAK AKAN BAHAGIA. "dia [lelaki] buat kerja dia, dia [perempuan] buat kerja dia. masing-masing buat kerja masing"-mak cik azizah berkata. "kita sebagai orang tua kita dapat tengoklah kan orang tu macam mana perangai dia kan. kita sebagai ibu ni lebih tahu menilai yang mana baik yang mana buruk..." - kata mak cik azizah lagi.

aduhhhhhhhhh... menyirap jek gua dengar alasan mak cik azizah ni. dan secara spontannya di hadapan mak ayah aku,aku mengeluar perkataan "ekeleeee... dia yang ego cakap orang lain pulak ego". aku tengok rancangan ni bersama mak ayah aku. mak ayah aku yang beria-ria mahukan aku tengok rancangan ni sebenarnya. sebab, mak cik azizah dan pak cik mokhtar ni sedara kami. sedara jauh. tak kiralah dia sedara ke tak. yang pasti pada aku makcik azizah ni ego. kenapa aku cakap dia ego? sebab dia nak puaskan hati dia tanpa menghiraukan kehendak anak dia.

lama jugak rancangan Jemputan Umrah ni. sejam. jadi, banyaklah diorang cover cerita dilemma si mak cik azizah ni. diorang ada buat temubual dengan orang ramai tanya pasal nak kawen ikut pilihan sendiri atau pilihan keluarga. rata2nya jawab ikut pilihan sendiri. diroang ada tunjuk sudutan ceramah Dato' Dr Fadhilah Kamsah berkenaan mencari jodoh, dan diorang ada tanya pendapat ustaz mengenai perkara ni. aku paling suka dengan statement sorang ustaz yang diorang wawancara tu. kata ustaz, jika keluarga tak berkenan mestilah dengan alasan-alasan yang munasabah mengikut lunas-lunas Islam. maksud dia, alasan kena berpandukan ajaran Islam, bukan sebab peribadi.

jadi, persoalan diri mak cik azizah " kenapa Allah bagi ujian sebegini kepadanya. apa salah silap yang dia buat selama ni" adalah perlu difikirkannya secara lebih mendasar. kerana, masalah ini pada aku bukan berpunca dari anak dia, tapi berpunca dari dia sendiri.

menyentuh mengenai pendirian suami mak cik azizah, pada dasarnya, pak cik mokhtar tidak kisah dengan pilihan anak. cumanya, dalam keadaan ini, beliau mengambil keputusan untuk bersama isterinya. beliau memilih untuk bersama isteri dia kerana, kalau dia pilih untuk bersama anak dia, nanti dia akan merasa bersalah dengan isteri dia pulak. jadi, peranan pak cik mokhtar sebagai bapak terhenti di situ. keputusan terletak di tangan isterinya.

aku dan mak ayah aku sependapat. masalah ni senang jek nak setel. ikut je pilihan anak. habis citer. "zaman sekarang ni mak ayah ikut pilihan anak. biarlah mereka pilih. lagi pun, mereka yang nak kawen. mereka yang nak mendirikan rumah tangga. bukan kita.hehehe" - kata salah seorang orang awam yang ditanya dalam rancangan tersebut.

aku, kalau jadi anak pak cik mokhtar dan makcik azizah ni, yang tersepit dalam masalah ni, pasti lepas tengok rancangan Jemputan Umrah semalam, pasti aku akan kecewa yang teramat sangat dengan tindakan si ibu. sudahnya si ibu tidak bersetuju dengan pilihan hati atas alasan-alasan yang tak masuk akal, diberitahu pulak satu malaysia tentang masalah mereka. aduh.... hancur hati beb.

entahlah. tidak semestinya idea dari orang muda itu tidak bagus. dan tidak juga idea dari orang dewasa bagus semuanya. hidup sememangnya berat untuk ditempuhi. namun, seberat mana sekalipun harus dilalui. ibu, ayah dan keluarga memang penting untuk kita. tapi, yang lebih penting pada aku ialah, kesefahaman antara satu dengan lain. dan, toleransi harus menjadi titik keseimbangan dalam mencapai keadaan yang bahagia. saling-saling berkorban untuk kesenangan bersama. hidup kita di tangan kita. pilihan kita. kebahagian kita. kebahagian kita untuk sama-sama dirasai.

12 April 2008

*R.I.P
terlalu banyak kekecewaan dialami
sebermulanya di bangku sekolah
hinggalah sekarang
tidak kisah aku jika ianya tidak melibatkan orang lain
tapi
sangat kecewa aku jika aku membuat orang lain kecewa
membuat orang lain kecewa adalah sangat mengecewakan
apatah lagi yang aku kecewakan itu orang yang aku sayang
mak, ayah, isteri, anak, saudara mara, kawan kawan dekat,
aku sayang semua
dan membuat mereka kecewa,
mengingatkan aku untuk tidak lagi wujud di dunia ini
membuat aku untuk menghapuskan aku
agar mereka tidak lagi kecewa kerana aku
benar-benar aku kecewa dengan keadaan sebegini
aku tidak sanggup begini lagi
maafkan aku sayang.
semoga aku *pergi
dan tidak mengecewakan kamu lagi.
...

10 April 2008

ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI [AKPM]

minggu ni aku sedikit sibuk. sebab minggu depan geng juruaudit dari shah alam datang nak buat audit dokumen dan fizikal untuk bangunan tempat aku kerja. ada empat perkara yang geng jawatankuasa AKPM ni akan buat audit, iaitu audit dokumen, audit fizikal, audit ICT dan audit keselamatan. oh dem!!! departmen aku tak terkecuali tu. diorang nak datang buat audit ICT lah pulak. aduh...

departmen ICT kat tempat aku cuma ada dua orang staf jek. cuma 2 orang staf jek yang nak kena jaga 130 bijik komputer. nasib baik dua orang. kalau tidak, cuma aku sorang jek. nasib baik kawan aku ditempatkan sama tempat dengan aku. tapi, disebabkan dia baru ditempatkan, jadi, kebanyakan barangan yang berkaitan dengan ICT aku yang handle. aku bos. aku kuli. dan minggu ni aku jadi kerani pulak. jadi kerani yang buat kerja-kerja kemaskini file-file. minggu ni jugaklah aku buat kemaskini borang-borang yang berkaitan dengan komputer ni. kawan-kawan aku ada tolong sikit2. tapi, 90% aku yang buat ah. letih!

apapun, sekarang, tinggal nak upgrade dokumen-dokumen dalam file tu jek. kerja-kerja labeling pc, upgrade pc, dan sebagainya dah setel. tunggu nak kena audit minggu depan jek ah. TAKUT!!!
CAKERA PADAT

ini perbualan jarak jauh aku dgn kawan aku. melalui meduim sms.

AKU : assalamualaikum sahabat. mintak alamat. aku nak antar surat. :)
KAWAN : kalau nak panggil kenduri tak yah la surat... msg je...
AKU : bukan kenduri. aku nak bagi cd yang aku rilis untuk dibagi percuma kat kawan-kawan.hehe
KAWAN : ada unsur politik dan lucah x?
AKU : [aku tak reply sms dia sbb tengah drive. baru kuar nak gi ofis]
KAWAN : [dia sms alamat dia]
AKU : ok cun. nanti hang tengok sendiri ah cd cerita apa.hehe
KAWAN : mesti politik ni...

aku senyum je bila baca teks kawan aku yang terakhir tu. dan aku meneruskan pemanduan. :)

07 April 2008

Sufiah (Cute) Yusof

Sufiah Yusof memang cute. memang panas. memang mengiurkan (slurp~ slurp~). macam-macam cerita aku dengar pasal si sufiah ni. sebelum ni aku buat tak kisah jek. tapi, lepas aku baca dan lihat pengakuan sufiah mengenai keadaan dia sekarang, aku tengok dia happy je dengan life dia sekarang sebagai pekerja seks. as long as dia enjoy dengan life dia, aku tak ada masalah dengan perkara tersebut. masalah dia dengan Tuhan itu urusan dia lah. dia tahu yang mana baik yang mana buruk. dia boleh fikir. dia pun bukan calang-calang orang. cuma aku rasa si sufiah ni memang seorang yang sukakan aktiviti-aktiviti seks.hehe.:p. dan dia pandai mengambil "peluang" dalam melakukan kerja-kerja yang dia suka. maksud aku, disamping melakukan perkara yang dia suka, dia juga dapat duit. hehe. jadi, tak ada masalah. kau bebas untuk tentukan hidup kau. kau boleh pilih jadi pekerja seks. kau boleh pilih jadi pensyarah matematik. kau boleh pilih syurga. kau boleh pilih neraka. suka hati kau lah nak pilih yang mana.


:::: klik sini untuk baca berita mengenai sufiah

:::: klik sini untuk tengok pengakuan sufiah
PAKATAN RAKYAT
PAS sama KEADILAN sama DAP dah bergabung di bawah satu nama PAKATAN RAKYAT. sampai hari ni belum wujud lagi satu logo/lambang yang menggambarkan PAKATAN RAKYAT. jadi, kat bawah ni, kawan aku si Mat Jan ada buat satu logo cadangan untuk PAKATAN RAKYAT. harap pihak PAKATAN RAKYAT dapat pertimbangkan logo ni.hehe. :p.

06 April 2008

DIREKTORI BLOG MALAYSIA
tadi, dalam dok merayau-rayau tu, aku terjumpa blog direktori. nama blog ni, SoPo Sentral of Malaysia, dengan tajuk utama blog adalah, "This Blog is a Directory of Blogs & Websites on Society, Politics, and Economy of Malaysia". aku pun cuba mendalami blog sopo ni. nak tengok ada tak dia masukkan blog aku dalam direktori ni. cari punya cari punya cari, akhirnya aku terpandang perkataan "Dhani Ahmad d- Bilik.Blogspot". aku tersenyum sambil berkata (dalam hati) "nasib baik dia masukkan jugak blog aku. kalo dia tak masukkan blog aku, aku nak suh dia datang menuntut dengan aku macam mana cara nak buat direktori.hehe. :p.". si sopo ni letak blog aku dalam kategeri blog in Alphabatical Order. apa maksud dia pun tak tau. tak kisah lah, yang pasti, gara-gara si sopo ni letak link blog aku dalam direktori dia telah menyebabkan aku kembali bersemangat untuk menulis kat blog ni.hehe. eh, korang tau tak aku pernah buat directori newsletter bernama PUNK PAGES? mungkin korang tak pernah dapat newsletter ni. aku buat PUNK PAGES ni dengan kawan aku, si isma. kalo nak tengok PUNK PAGES versi online, korang boleh klik kat sini. sila masuk jugak blog si sopo ni. cuba try tengok mungkin blog korang ada tersenarai kat blog direktori si sopo tu. klik sini untuk ke sopo.

SELAMAT PAGI AYAH.
rutin pagi aku. lepas solat subuh, aku bersiap nak pergi opis. bila dah siap bersiap, aku turun dari bilik. macam biasa, aku lihat ayah aku tengah layan tv tengok berita pagi. itu rutin pagi ayah aku sekarang sejak matanya mulai kabur. dulu ayah aku langgan surat khabar. setiap hari ada orang datang hantar surat khabar kat rumah. dan setiap hari bapa aku baca berita terkini kat surat khabar tu. tapi sekarang ayah aku tak baca surat khabar lagi, dia layan tengok berita kat tv jek. kat tv tetiap pagi pun ada review pasal surat khabar jugak. makanya, ayah aku suka tengok tv. sebelum pergi kerja, aku minum pagi sekejap. selalunya mak aku sediakan roti berintikan telur ditengah roti tersebut. mak aku buat sarapan untuk ayah aku sebenarnya. dah alang-alang aku ada, mak aku sediakan sarapan untuk aku sekali. TERIMA KASIH MAK. dah siap menjamah sarapan pagi, aku mencapai dan menyarungkan sepatu kulit pada kaki sebelum melangkah keluar untuk ke pejabat. tadi pagi, sedang aku memakai stokin, bapak aku bertanya, "blog blog tu apa?". ayah aku tanya soalan ni sebab setiap hari kat berita sekarang ni dok sebut mengenai blog. aku jawab "blog tu website". ayah aku tanya lagi "website tu apa?". "website tu lawan web ah", aku jawab.. "wek-wek tu muntah", ayah aku. "hehehehe"- kami ketawa. ayah aku ni bukan dari zaman pendrive. bukan jugak dari zaman disket. pendek katanya, ayah aku bukan dari zaman komputer. dia dari zaman mesin taip. dulu, dalam ofis dia ada komputer, tapi tak pernah dia bukak. menyambung perbicaraan pasal blog tadi, aku sambung cakap, "alah diorang ni lambat ah. sekarang baru nak sembang pasal blog. kita dah lama dah ah buat blog. siap buat goblog lagi dah.hehehe". ayah aku gelak jek dengar pasal goblog. hehe. :)

05 April 2008

TAK KEDENGARAN.
ada 2 benda yang jarang aku dengar lepas kekalahan teruk BN dalam pilihanraya tempoh hari, iaitu:

ISLAM HADHARI.
.
.
.
.
.
CEMERLANG. GEMILANG. TERBILANG.
MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN ZINE.

episod satu.
dah kurang membaca. dah jarang menulis. dan jarang berfikir tentang politik. dan jarang berpolitik. ini keadaan aku sekarang. keadaan aku di kelantan. sangat berbeza dengan keadaan ketikamana aku di kuala lumpur.sangat berbeza.

episod dua.
baru baru ni aku dapat 2 zine baru yang kawan-kawan aku buat. satu zine dari johor yang aku beli. dan satu lagi zine dari sabah yang aku dapat secara percuma. ini pertama kali aku sentuh zine dalam tahun 2008.

episod tiga.
minggu lepas, aku pergi kl. jumpa kawan-kawan lama kat tempat gig. aku tak masuk gig tu. aku cuma lepak luar. ramai kawan-kawan terkejut jumpa aku kat gig. terkejut sebab dah lama tak jumpa aku kat gig. keadaan kat gig masih macam biasa. masih punk rock. masih ramai yang menngenakan pakaian hitam pada hari tersebut.tapi aku tak pakai baju warna kelabu. warna kelabu kelihatan sedikit tidak punk rock. tapi, apa ada pada pakaian? punk in my blood la beb!

episod empat.
rindu. aku rindukan zaman kegemilangan zine seperti di era awal 90-an. pada zaman tu, kalau seratus orang ada kat gig tu, hampir 80 orang yang buat zine masing-masing. aku tidak terkecuali. berikut merupakan zine yang aku hasilkan: Sebutir Bintang Merah (politikal punk). Abstained Agogo(politikal punk). Roti Dan Ros (anarko punk). Epitome Of My Life (emo). Forget My Name (emo).

episod lima.
dulu, aku lebih dikenali sebagai Dhani Sebutir Bintang Merah. ini kerana, aku adalah orang yang mengeluarkan zine Sebutir Bintang Merah yang berjaya dikeluarkan sehingga tiga issue. di atas faktor keselamatan, aku hentikan penerbitan Sebutir Bintang Merah buat seketika, yang kemudiannya aku menghasilkan zine-zine yang berlaian nama.

episod enam.
niat asal aku untuk menghentikan pengerbitan Sebutir Bintang Merah buat seketika adalah gagal. kerana, setelah bertahun-tahun masa berlalu, zine Sebutir Bintang Merah tetap tidak diterbitkan dengan issue baru. ternyata niat asal aku gagal.

episod tujuh.
bukan cuma aku gagal. tapi ramai yang gagal menerbitkan zine mereka. sehinggakan kewujudan zine dalam komuniti punk hampir pupus sama sekali. namun, masih ada yang gagah berusaha untuk meyambung-nyawa zine-zine mereka agar dunia punk di malaysia ini tidak kepupusan zine.

episod akhir.
setelah membaca dua zine pada tahun ini, terlintas di fikiran aku untuk menerbitkan semula Sebutir Bintang Merah. aku tak nak tulis pasal personal stuff dalam zine aku ni. aku nak tulis pasal politik punk. dan aku bercadang nak buat kupasan mengenai punk dan kesan sampingannya pada masyarakat. soalan yang aku nak masyarakat jawab adalah:

apa yang anda faham / tahu mengenai punk ?