18 February 2008

JOM LEPAK DENGAN EZAM. ADA BERANI?
gambar kat sebelah ni adalah Saudara Ezam.
korang kenal siapa Ezam?
korang nak jumpa dengan Ezam tak?
Ezam nak datang KB minggu depan.
kalo nak jumpa dan lepak dengan dia,
bitau aku okeh. nnt kita gi lepak dengan dia.
dia datang KB untuk lancar buku baru dia.
bukan dia yang lancar, tapi dia mintak
Tok Guru Nik Aziz tolong lancarkan.
tu pasal dia datang KB.
dan Ezam ada jemput aku datang
Majlis Pelancaran buku dia nanti.
dan aku ajak korang. korang nak join tak??
KAWAN - KAWAN YANG HEBAT.
ada 2 kawan aku yang masuk tv disebabkan kehebatan mereka.

kawan aku yang nama glamernya Vovin telah menghantar sms berikut kepada aku. sms-nya menyatakan beliau akan keluar dalam tv rtm dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia untuk mempromosi novel terbaru beliau. jam 9 pagi, aku tonton rancangan tersebut. dan aku lihat Vovin sedang diwawancara dalam mengupas novel terbaru beliau yang berjudul Opera Angkasa. setakat pengetahuan aku, Opera Angkasa merupakan novel kedua beliau selepas novel Aliya Elyana. bro, mintak novel free satu. jangan lupa sign kat buku tu okeh.hehe. sila lawat Vovin di sini: http://dunia-vovin.blogspot.com

semalam, aku tengok berita. isu pilihanraya hangat diperkatakan. dan sedikit terkejut apabila aku melihat, kawan aku akan menjadi calon pembangkang dalam melawan Khairi Jamaludin (menantu Pak Lah) nanti. "wah! hebat!". getus suara hati aku. kawan aku yang bernama Badrul Hisham ini merupakan anak buah kepada Ezam Md. Noor yang merupakan aktivis kepada sebuah badan ngo yang bernama GERAK. tak tahu pulak aku si Chegu Bard ni masih bersama parti Keadilan. aku ingatkan dia sama-sama keluar dari Keadilan masa Ezam keluar dari Keadilan tempoh hari. apa pun, semoga berjaya aku ucapkan kepada kawan aku yang sorang ni. kalau menang, jangan lupakan gua beb. belanja roti bakar okeh! :). sila lawat Chegu Bard di sini: http://www.chegubard.blogspot.com

aku pulak bila nak keluar tv? aku tak keluar tv beb. aku tak pilih jalan itu. :)

14 February 2008

BAHANG PILIHANRAYA (1)
semalam kerajaan bubar parlimen.
aku baca berita pembubaran parlimen
kat paper :
http://www.mstar.com.my
http://www.malaysia-today.net
http://www.hmetro.com.my
http://www.utusan.com.my
http://www.harakahdaily.net

hari ni, aku buka kesemua paper-paper
kat atas. aku dapat buka kesemua paper
tersebut, kecuali paper Harakah Daily.

Harakah Daily kena block?
Harakah Daily kena hack?

aku tersenyum. :)

13 February 2008

masa untuk memilih warna apa yang anda suka.












08 February 2008

BILA NAK MENGUNDI NI? GUA TAK SABAR NAK CUTI.
gua tak paham lah. memang tak paham. bila gua baca surat kabar, gua dah rasa macam nak pilihanraya.sana sini dah kecoh citer pasal calon perwakilan mereka, pasal nak tampal poster dan segala macam cerita pasal pilihanraya. tapi, pak lah still tak nak cakap bila tarikh pilihanraya tu. sekadar cakap dapat ilham. kadang-kadang aku bersetuju jugak lah dengan orang ramai yang kata pak lah ni slow. tapi tak kisah lah bila masa yang pak lah nak buat pilihanraya pun. aku tak ambil kisah pun. sebab, aku tak daftar diri aku sebagai pengundi pun. dengan kata lainnya, aku tak akan mengundi pun. bapak aku ada tanya, "dhani tak daftar mengundi ke?". aku jawab, "tak. malas ah. selagi ketelusan SPR diragui, selagi tu lah orang tak nak mengundi". aku menjawab soalan bapak aku tanpa mengoyak gambar pengerusi SPR.