28 September 2008

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

27 September 2008

Mohon maaf lahir batin!! Maafin gue atas sikap atau perkataan
gue yang
kurang berkenan, selagi menuju hari yang fitri dgn
kerendahan hati mohon
maafkan kekhilafan diri temanmu ini



21 September 2008



18 September 2008

politik kat malaysia makin pening ah sekarang. masing-masing desperet berubut nak jadi BOS. tak kira ah saper bos pun. gua tetap kat sini. tertindas...


nota : lu boleh jamin ke kalo pembangkang jadi bos lu tak tertindas?

17 September 2008

"jangan tak membaca. kalau tak membaca otak jem" - lecturer aku
16 SEPTEMBER 2008
"guano kerajaan baru tak jadi lagi ni.. bila Anwar nok umumnya?" - teks sms kawan aku kepada aku
"pakat keno tipu jah blako" - teks sms aku kepada kawan aku

16 September 2008

11 September 2008

09 September 2008

PERGI MAMP*S SAMA PENDUKUNG RASISME!
personali gua sangat dukacita dengan apa yang Ahmad Rasis Ismail dan kuncu-kuncunya lakukan sekarang. tapi, gua tak heran sebenarnya. sebab, memang masalah perkauman tak akan selesai selagi Barisan Nasional (baca: Barisan Perkauman Nasional) wujud. cuma gua rasa kecewa sebab, setelah 51 tahun Malaysia merdeka, slogan "hidup melayu" masih bergema. dan gua kecewa sebab kerajaan BN tak pernah nak ambik inisiatif untuk menghapuskan perasaan perkauman sesama kita rakyat malaysia, baik cina, baik melayu, baik india, baik bangsa lain-lain. gua, memang tak boleh bagi harapan tinggi untuk isu perkauman ni. susah nak dihapuskan, ini gua akui. cumanya, gua rasa meminimakan rasa tersebut tidak mustahil. jadi, perkara pertama yang gua pikir untuk mengatasi masalah perkauman ni ialah: MENGHAPUS DAN MENGHARAMKAN SEBARANG PARTI YANG BERDASARKAN KAUM. itu langkah pertama. bila dah berjaya dengan langkah pertama baru gua akan cerita langkah seterusnya ok. apa pun, MANUSIA RASIS YANG BAIK ADALAH MANUSIA RASIS YANG MATI.

03 September 2008

16 SEPTEMBER 2008
proses pengundian di Permatang Pauh telahpun selesai. dan segala isu-isu berkaitan dengannya telah pun tamat. tiada lagi isu sumpah laknat. tiada lagi isu liwat. yang ada sekarang hanyalah isu lompat parti dan pertukaran kerajaan pada 16 September 2008 ini. Anwar Ibrahim kata cukup bilangannya ahli parlimen BN dari Sabah & Sarawak yang akan melompat ke Pakatan Rakyat. aku tak pasti akan perkara ini samada ianya akan berlaku atau tidak. cumanya, berdasarkan keyakinan Anwar yang menjaja isu ini, nampaknya, kemungkinan besar akan berlaku perubahan kerajaan pada tarikh tersebut. dan kerana keyakinan Anwar itu juga menyebabkan pihak BN sedikit tergugat, walaupun mereka merasakan pertukaran kerajaan mustahil untuk berlaku. namun, kegusaran BN terserlah. acara menandatangan surat jaminan taat setia ke atas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun dianjurkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Afdal yang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen petang Khamis bersama lebih 20 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

pada firasat aku, Anwar mungkin berkata benar dalam hal ini. kerana pengaruh Anwar bukannya sedikit. dan akan jatuh teruk kredebalitinya Anwar sekiranya pertukaran kerajaan tidak berlaku seperti yang dicanangnya. cumanya aku tak merasakan yang akan melompat adalah ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. aku lebih merasakan yang akan melompat parti adalah ahli parlimen dari semenanjung malaysia. itu yang aku rasakan.

aku tidak di pihak yang mana-mana dalam perkara ini. cumanya, jika benar pertukaran kerajaan akan berlaku, aku (mungkin) rasa gembira, kerana aku sudah bosan duduk di bawah kerajaan yang ada sekarang.