
19 September 2007
12 September 2007
11 September 2007
BERANI BELI CINTA DALAM KARUNG?
selesai. akhirnya habis juga aku membaca sebuah novel setebal 319, dalam tempoh kurang lebihnya 2 bulan. novel berjudul BERANI BELI CINTA DALAM KARUNG? berharga Rp38,000. awalan muka surat depan pada novel ini, aku lakarkan sebaris tulisan: "dihadiahkan oleh Ucok". dan dibawah tulisan tersebut ada lakaran tandatangan aku. dibawah tandatangan ada nombor: "7.9.06".di bawah nombor itu ada perkataan: "Bandung".
buku BERANI BELI CINTA DALAM KARUNG? aku terima daripada Ucok sewaktu aku ke seberang sana setahun yang lepas.namun, sepanjang tempoh masa yang ada, baru cuma sekarang aku bisa meratah semua tulisan dalam buku ini. setelah setahun! setelah setahun aku memilikinya.
kadang, aku sengaja memilih alasan struktur sosio persekitaran dan politik aku di kelantan ini menyebabkan aku tidak aktif membaca seperti dulu. padahal sudah 11 bulan aku menetap di kelantan. harusnya aku sudah selesa dengan keadaan persekitaran sekarang.dan tidak perlu lagi dikaitkan dengan keadaan ketika aku di kuala lumpur dulu. aku sudah lama di kelantan dan akan tetap di kelantan. tidak lagi di kuala lumpur. jadi, hargailah hidup aku sekarang seadanya. titik.
apapun, paling tidak aku berjaya menelaah novel tersebut dalam proses pembacaan yang panjang di tempat sangat sempit, sesempit tandas. ya, aku membaca buku ini di tandas.sambil membuat massa dengan duduk berishtirehat di ruang tersebut, aku membaca buku. :).
novel BERANI BELI CINTA DALAM KARUNG? ini secara ringkasnya adalah berkisar kepada kehidupan seorang penulis. tidak pasti siapakah nama sebenar penulis yang diceritakan, namun olahannya menggambarkan kejadian sebenar kepada pengarang buku tersebut, Phutut EA. mengisahkan kepada kehidupan seorang penulis yang banyak menghabiskan sisa hidupnya di depan komputer dan mengarang, dan mengedit, dan menyunting tulisan tulisan sendiri mahupun kerja-kerja yang ditempah. seorang penulis yang cuma membuka handphone sebaik saja bangun dari tidur dan selebihnya menutup handphonenya. seorang penulis yang tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.seorang penulis yang mempunyai masalah percintaan yang mana orang yang dicintainya berkahwin dengan orang lain. seorang penulis yang senantiasa dicarikan jodoh oleh ibunya. seorang penulis yang sangat liberal sewaktu zaman kuliahnya yang sering menyertai demonstrasi jalanan. dan segala macam rutinitas kehidupan seorang penulis ada dalam buku BERANI BELI CINTA DALAM KARUNG? ini. menarik untuk dibaca dan mengalami sendiri kehidupan seorang penulis. alur ceritanya santai. gaya bahasanya biasa dan kadang-kadang bombastik.
yang pasti, buku ini memerihalkan bahawasanya CINTA ITU TIDAK PERNAH DATANG TEPAT PADA WAKTUNYA. benarkah begitu keadaanya?
Dengan membaca aku melepaskan diri dari kenyataan yaitu kepahitan hidup. Tanpa membaca aku tenggelam sedih. Tapi sebentar lagi akan datang saatnya dimana aku tidak bisa lagi lari dari kenyataan. Kenyataan yang pahit tidak bisa dihindari teris-menerus berhubung dualitas diri yaitu jasmani dan roahani. Sebentar lagi kenyataan akan menangkapku dan aku belum tahu bagaimana saat itu harus kuhadapi. Saat itu adalah saat yang paling pahit. -AHMAD WAHIB (Catatan Harian 20 April 1970)
10 September 2007
Maaf Gauthama, Anak Muda Ini Adalah Bakunin Muda
“Saya bukanlah seorang komunis karena komunisme mempersatukan masyarakat dalam negara dan terserap di dalamnya; karena komunisme akan mengakibatkan konsentrasi kekayaan dalam negara, sedangkan saya ingin memusnahkan negara --pemusnahan semua prinsip otoritas dan kenegaraan, yang dalam kemunafikannya ingin membuat manusia bermoral dan berbudaya, tetapi yang sampai sekarang selalu memperbudak, mengeksploitasi dan menghancurkan mereka” - Mikhail Bakunin09 September 2007
KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM
5 dan 6 haribulan 9 yang lepas, aku menghadiri kursus kawen selama 2 hari bertempat di Dewan Irama Inn, Bachok. aku tidak keseorangan. aku ditemani Siti Marshila Haslinda [lynn]. tidak, sebetulnya aku yang menemani lynn.:). kenapa aku bilang aku menemani lynn? kerana, idea asal untuk mengikuti kursus ini adalah datangnya daripada lynn. beliau mengajak aku kerana beliau sudah semakin menghampiri gerbang perkahwinan yang dijangka akan berlangsung tahun depan. namun beliau masih belum menghadiri kursus perkahwinan. makanya, beliau mengajak aku.untuk pengetahuan, lynn sudahpun bertunang. bukan bertunang dengan aku, tetapi dengan orang lain.:).
jadi, selama 2 hari aku dan lynn ke Dewan Irama Inn, Bachok. pergi bersama. dan pulang bersama. dengan motokar masing-masing menuju ke lokasi yang cantik. lokasinya sudah pasti cantik kerana dewan tersebut terletak di tepi Pantai Irama. pendek kata, lepas abis kursus memang boleh terus dating kat tepi pantai tu. menikmati angin pantai sambil menikmati makanan laut bersama kekasih. oh asyik! hehe. :)kursus selama 2 hari ini dihadiri kurang lebih seramai 150 peserta. kebanyakannya datang secara berpasangan. begitu juga dengan aku, berpasangan dengan tunang orang.hehe.:p. dipendekkan cerita, selama 2 hari tersebut, kami hanya sekadar mendengar ceramah tentang segala macam hal yang berkaitan dengan alam rumah tangga mengikut panduan Islam. semua hal yang berkaitan alam perkahwinan diperbincangkan. daripada seremeh-remeh isu sehinggalah isu yang paling sulit. dan diulangi, kursus ini hanyalah kursus mendengar ceramah. tidak ada soal jawab mahupun menjawab ujian, tetapi sekadar mendengar ceramah. itu saja.
dalam dewan tersebut aku mengambil tempat baris ketiga dari depan. agak depan. lynn juga berada di posisi depan, di barisan kedua. lokasi yang sangat baik untuk aku melihat paparan yang ditunjukkan pada screen paparan. dan aku pasti peserta yang duduk di belakang tidak akan nampak jelas apa yang terpapar di skrin sepertimana aku melihatnya. jadi, pastinya pemahaman aku lebih jelas berbanding peserta yang duduk dibelakang. ini kerana, pihak penganjur tidak mengedarkan nota kepada peserta setiap topik yang dibincangkan. ini aku rasa kekurangan yang ada dalam kursus ini. seharusnya, untuk pemahaman yang lebih jelas, pihak penganjur harus mengedarkan nota yang akan dipersembahkan oleh para penceramah supaya peserta dapat memberi lebih penumpuan keatas topik yang dibicarakan. selama 2 hari, kami diperkenalkan dengan 10 orang penceramah dengan 11 tajuk. para penceramah adalah terdiri daripada imam masjid, tuan qhadi, doktor kesihatan dan juga kaunselor. topik-topik yang dibentanghuraikan adalah seperti berikut:- AKIDAH- IBADAH- AKHLAK- KOMUNIKASI SUAMI ISTERI- PERKAHWINAN DAN PROSEDUR- HUBUNGAN DALAM KELUARGA- PENGURUSAN KESIHATAN- PENGURUSAN SUMBER KELUARGA- PENGRUSAN KONFLIK- PENGURUSAN TEKANAN/STRESS DALAM KEHIDUPAN- PENGURUSAN TALAK, FASAKH DAN PROSEDUR PERCERAIAN
kesemua topik telah dihuraikan dengan begitu cemerlang oleh para ceramah. sama sekali tidak membosankan. malah, kadang-kadang aku merasakan seperti cerita lawak dipanggung wayang.asyik gelak jek memanjang.hehe.lucu beb. memanglucu.tak percaya tanya lynn.hehe.:). untuk ini, aku ucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mencari para penceramah yang lucu.:). cuba korang bayangkan kalau penceramah tu bentangkan isu dengan gaya membosankan, komfom korang tido punya...
jadi, secara keseluruhannya, aku simpulkan bahawa KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan ini adalah satu langkah yang sangat bijak sebagai pendedahan awal kepada kita semua sebelum menempuh alam perkahwinan. cumanya, aku sangat berharap kelemahan-kelemahan kecil yang ada dalam kursus ini dapat ditangani dengan segera agar kursus ini menjadi lebih baik di masa akan datang. apa pun, aku dah ada sijil kawen. dah dapat satu lesen kawen. yey!!!! hehhehe.:p
03 September 2007
ARTIS: OPICK
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadamu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namum cinta dalam jiwa
hanyalah padamu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertahta
oooo ooo ooo
maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padamu...