24 July 2007

aku terjaga. kedengaran alunan lagu memuji Yang Esa di masjid sebelah rumah. handphone dicapai. melihat waktu yang terpapar pada handphone, menunjukkan waktu tempatan adalah 6 pagi. hari masih gelap. rumah masih gelap. bilik aku masih gelap. cuma diterangi cahaya lampu handphone.sebelum melangkah melakukan rutinitas pagi, aku mengetik butiran nombor pada papan kekunci handphone. ditaip: "good morning sayang...:)". ku hantar teks ringkas ini kepada gadis yang dicintai yang berada nun jauh diseberang sungai dihujung kampung sana. di waktu sebegini, dia masih tidur. itu pasti.selang beberapa minit kemudian, alunan lagu-lagu di masjid bertukar kepada azan yang dilaungkan sang bilal.waktu subuh menjelma. namun, seruan sang bilal jarang aku endahkan. ternyata syaitan tidak tidur di pagi hari. dan aku tewas (lagi) kepadanya. mencapai tuala yang tersidai di hampaian. melangkah ke kamar mandi. untuk membasahi tubuh, membuang hajat (sambil membaca buku), menyisir gigi dan berwuduk.selalunya aku lama di lokasi ini. setidak-tidaknya, setelah satu bab buku habis dikhatam.atau separuh bab. mengikut kesempatan waktu yang ada. selesai di kamar mandi, melangkah semula ke bilik.di bilik, aku mendapatkan kacamata di atas meja. disematkan ke mata. atas tujuan memperjelaskan pandangan yang kabur. terus, handphone di penjuru katil dicapai. menyemak kalau-kalau ada mesej balasan dari si dia. dan ternyata ada. aku membaca teks mesej tersebut dengan perasaan yang gembira.:). kain pelikat diambil dari lipatan dalam almari. disarung pada kedudukan yang betul.diketatkan secukup rasa. mencapai kemeja yang bakal aku peragakan di pejabat nanti. kopiah diletakkan dikepala. menyiapkan diri, mengadap Dia Yang Satu. selesai mengerjakan kewajipan, aku menyiapkan diri untuk ke pejabat. kain sarung ditukar dengan seluar slack berwarna biru kehijauan. sesuai dipadankan dengan kemeja hitam yang dikenakan. kemeja disematkan kedalam seluar. sebelumnya, boxer disarung kan. seluar diikat dengan tali pinggang yang kepalanya berbentuk huruf G. mengingatkan aku kepada gadis yang bernama G setiap kali aku mengenakan tali pinggang. aku tersenyum.:). lantas pandangan terarah kapada frame gambar yang tergantung di dinding bilik. mata hitam mengecil. memfokus pada bentuk gambar seorang gadis yang bernama G. oh cantik! aku tersenyum lagi.:). sebentuk jam disematkan di pergelangan tangan. melihat waktu sudah hampir jam 7 pagi. mengambil dokumen-dokumen yang sering aku simpan dikocek kemeja. sebatang pen dan sebuah buku nota kecil.mengapai sikat dan digerakkan berulang-ulang pada rambut. selesai. mengambil botol pewangi yang kecil molek itu, penutupnya dibuka, dituangkan pewangi tersebut pada pergelangan tangan, pada baju, dan sedikit pada tengkuk. ditutup semula botol pewangi kecil itu. diletakkan pada tempat yang selamat. selesai. keluar dari bilik.menuju ke ruang dapur untuk meneguk sedikit air. selesai. jarum pendek jam menunjuk tepat pada nombor 7. jarum panjang tepat pada nombor 3. sekarang adalah waktu untuk aku berangkat ke pejabat. sejambak kunci untuk menghidupkan enjin kereta yang tergantung di kotak kunci diambil. kemudian melangkah ke pintu utama. memulas tombol pada pintu. menguak pintu untuk melihat alam raya yang lebih luas yang sudah mula dilimpahi cahaya sang suria. hari yang indah..... SELAMAT PAGI MALAYSIA! :)

23 July 2007

19 July 2007

POLITIK CINTA
memang. memang benar aku sudah tidak berpolitik di sini. maksud aku, aku sudah tidak banyak menulis perihal yang berkaitan politik. tentu saja aku menjadikan corak kehidupan aku sekarang yang mempengaruhi gaya penulisan aku. pembetulan, sebenarnya, aku sudah tidak menulis seperti dulu. malah, aku juga sudah tidak menulis di dada Akhbar Mahasiswa seperti mana sebelumnya.

jika ada yang mengatakan penceritaan aku disini sudah tidak dramatik, aku akui. malah, gaya hidup aku sekarang sangat tidak se-dramatik seperti sebelumnya. di kampung halaman ini aku jadi kurang membaca. kurang membaca aku jadi kurang berfikir kritis. kurang berfikir kritis aku jadi kurang mengelamun. kurang mengelamun aku jadi kurang mengarang. kurang mengarang aku jadi kurang mencatat tulisan yang dikarang di blog ini. semuanya jadi kurang.

tapi ada kelebihan disebalik kekurangan. yaitu CINTA.:)

[bersambung...]

15 July 2007

MABUK
aku adalah pemabuk
pemabuk cinta
ternyata mabuk cinta itu
sangat menyenangkan... ;)


12 July 2007

HIDUP YANG BERUBAH.
BAB SATU

12.7.07, hari khamis, ini kali pertama aku meluncur ke internet setelah 12 hari tidak berbuat demikian. puncanya, aku telah berpindah ke tempat kerja yang baru. kedudukan posisi kerja aku di tempat baru ini masih sama dengan posisi kerja di tempat lama. tapi corak permainan kerja berubah total. daripada taktik 2-4-4 kepada 1-1-1. maksud aku, aku adalah pemain tunggal di tempat kerja yang baru ini. di posisi aku, cuma aku.


BAB LAPAN
di tempat kerja baru ini, tidak punya apa-apa. bermula dari bangunan kosong kepada tidak kosong. daripada tidak aku perabut, kepada ada perabut. daripada duduk bersila, kepada duduk bersilang kaki di atas kerusi empuk, daripada bangunan berwarna putih buruk, kepada warna purple bercampur biru bercampur putih.


BAB DUA PULUH
tempat kerja baru aku ini, namanya UiTM KAMPUS KOTA BHARU. kampus cawangan kepada UiTM KELANTAN.kewujudannya diinspirasi oleh Dato' Mustapa Mohamed, menteri pengajian tinggi Malaysia. dan pada 8.7.07 yang lepas, Dato' Mustapa datang melawat Kampus Kota. di iringi oleh Dato' Profesor Dr. Ibrahim Shah, Naib Chanselor UiTM Malaysia. 8.7.07, hari paling gila buat semua staf UiTM Kampus Kota Bharu. sudahnya kampus baru ini tidak lengkap fasiliti sepenuhnya, terpaksa pula menyiapkan diri untuk kunjungan orang besar ini pula. namun, semuanya berjalan lancar dengan bantuan Tuhan maha kaya. alhamdulillah.


BAB DUA PULUH DUA
di tempat kerja baru ini, hidup aku berubah. segalanya berubah. diulangi, segalanya berubah. contohnya, jika dulu aku lunch bersama teman seperjuangan, tapi sekarang aku lunch bersama teman hati. sayang G! :).