22 April 2007

BOSAN DI PETANG JUMAAT YANG SURAM
hari jumaat di tempat aku, hari cuti. ditempat kau, mungkin tidak. dan sekarang adalah hari jumaat.dan aku bosan dengan keadaan sekarang. kosong. sepi. dan tak tahu nak buat apa. selalunya, hari jumaat aku bangun agak lewat. sekitar jam 11 baru bangun. balas dendam untuk hari-hari bekerja yang lain barangkali, yang memerlukan aku bangun seawal pagi. jam 11.30 baru menjamah breakfast.lepak-lepak kejap, masuk solat jumaat.selesai solat jumaat, jam 2 petang lebih, keluarga aku lunch. tapi aku tidak. kenyang breakfast tadi masih terasa. aku lepak tengok tv. dan bosan bertandang lagi. jam 3 petang, kemuncak kebosanan. resah. gelisah. mau bikin apa ya untuk hilangkan bosan? membaca barang kali boleh mengindahkan hari. aku melangkah ke bilik. menggapai sebuah buku kecil yang bertajuk I.S.A : Ia Sah Aniaya. buku baru yang aku beli 2 minggu lepas. aku membaca dalam posisi kuak lentang. tidak habis satu bab aku membaca buku, buku pula membaca aku. aku tidur.

12 April 2007


10 April 2007

BLOGOVERNMENTERIFOBIA.
posting pertama aku dalam dunia blog adalah pada 25 September tahun 2002. pada zaman tu, blog sangat tidak menarik minat banyak orang untuk menggunakannya. termasuk aku juga. 2 tahun selepas posting petama aku tadi, aku kembali berblog. dengar kadar yang sangat konsisten. dari tarikh 21.4.2004 dan sehingga sekarang aku terus menulis di blog. baik di tahun 2002, mahupun di tahun 2004, tak pernah terlintas di fikiran aku bahawasanya isu blog akan dibahaskan di Dewan Rakyat, sepertimana yang berlaku sekarang. malah aku juga tidak menjangkakan 3 step mudah untuk membina blog mampu membuat kerajaan berada dalam ketakutan yang amat sangat sehinggakan pelbagai usulan untuk mengekang aktiviti berblog. kita tunggu dan lihat apa yang kerajaan nak buat dengan dunia blog ni. ternyata tangan yang menaip keyboard mampu menggoncang dunia. :).


pautan: Blongong v4.0

05 April 2007

FADIAH NADWA FIKRI : Lahirnya Seorang Peguam Aktivis

fadiah atau fad ni kawan aku. kawan baik. kawan waktu suka. juga waktu menangis. kawan waktu pergi demonstrasi sama-sama. eh, tak sempat gi demo sesama. tapi sempat gi melancong kat indonesia sesama. eh, tak nak cakap banyak lah pasal fad ni. cumanya aku tumpang bangga dengan kawan aku yang sorang ni. kenapa aku bangga dengan fad ni? banyak sebab beb. salah satunya korang boleh baca kat sini:


gambar gambar indah <---- klik sini jugak.
TAKDE TAJUK [tak tau ah nak letak tajuk apa.]

"sal..you got tagged..tgk blog fad..wajib tulih 6 weird things about urself!!!" - fad
"fad. tak reti ah nak main tagged-tagged ni.hehe.:P"- aku

BAB PERTAMA
betul. aku tak pernah bernafsu nak layan tagged yang selalu aku dapat. dan skang ni aku rasa menulis. tapi aku tak tahu nak tulis pasal apa. aku tengah ngantuk ni sebenarnya. sbb dah dua mlm jadual tido aku terganggu dek proses pembacaan buku untuk exam. pedih rasa mata ni. nak tido rasanya.tapi tak boleh. ya aku tak pernah tido time opis hour. tadi 1st time aku cuba tido. dan aku gagal. ingat nak setelkan keje yang nak kena present minggu depan. tapi otak tak center nih. banyak dok pikir nak tido daripada nak keje. jadi, nak kasi otak segar skit, aku menulis. tapi nak tulis pasal apa ek?

BAB KEDUA
dah lama aku tak melawat blog kawan aku yang sorang ni. esis nama dia. dalam bosan-bosan dan kesangapan ni, aku menjengah masuk blog kawan2. dan sampai aku ke blog esis. aku baca tulisan dia pasal dia kena tagged tu. setelah membaca tulisan tu, tiba aku rasa nak tulis tentang tagged tadi. jadi, sekarang aku nak tulis pasal "6 weird things about urself". tulisan ni aku tujukan istimewa buat Fadiah Nadwa yang kini berada di kedah, dengan ucapan: dah mandi ke belum?. juga aku tujukan tulisan ni kepada Esis dengan ucapan: duit rm5 tu nanti aku bayar ok. aku tak lupa beb.

BAB KEDUA TERAKHIR
jadi, 6 perkara ganjil tentang aku adalah:

1] aku seorang yang berani dalam masa yang sama penakut.
- dah lama dah perkara ni membelenggu perasaan aku. ya aku berani pergi ke medan demonstrasi yang penuh dengan polis yang siap sedia untuk memukul orang tapi aku takut dipukul polis. aku takut dipukul polis tapi aku berani ke tempat yang sememangnya polis memukul orang. masa zaman dok skolah-skolah dulu pun sama gak. aku tau kalo kena tangkap kat medan demonstrasi aku akan dikenakan tindakan melalui akta AUKU. tapi aku tetap pergi [dalam ketakut-beranian].

2] yang bukan-bukan.
- bukan. aku bukan sekularis. bukan nasionalis. bukan juga aspirasi kerajaanis. juga bukan pembangkangis. bukan orang kanan-is. bukan orang kiri-is. ya aku bukan anarkis. bukan komunis juga. bukan sosialis. bukan juga Syeikh Siti Jenar-is. eh, ko kenal Ezam Md. Noor? bekas ketua pemuda keadilan tu. mesti korang kenal kan. masa abang aku lepak dgn Ezam kat jakarta tempoh hari, dalam dok sembang-sembang pasal politik anak muda kat malaysia, terkeluarlah cerita gerakan revolutionaris bawah tanah kat malaysia ni. pastu abang aku cakap kat ezam, aku ni underground aktivis. aku senyum jek bila dengar abg aku cakap mcm tu.:). tapi kalau korang tanya aku, betul ke aku ni underground aktivis? aku jawab: BUKAN-lah.:).

3] penulis songsang
- aku menulis kat paper pro aspirasi kerajaan yang selalu kutuk kawan-kawan aku. kawan-kawan student aktivis. dan aku memang tak paham kenapa aku boleh berkompromi dengan hal sebegini. ianya pilihan antara: mesej yang nak disampaikan, pendirian politik dan persahabatan. aku konfius!

p/s:- disebabkan kegilaan ini, dah 2-3 bulan aku tak submit tulisan kat paper tu.


4] aku memang pecinta wanita, tapi ku bukan buaya [baca mcm nyanyi gaya irwan shah]
- tiap-tiap hari aku jatuh cinta pandang pertama. ya tiap-tiap hari. terutamnya apabila melihat gadis yang sedikit berisi [gempal/chubby]. banyak orang lelaki nak kan awek yang slim mcm Anna Kournikova ataupun Jennifer Lopez. tapi aku lebih suka kalau dapat awek yang chubby mcm Preity Zinta ataupun Zizie Ezetty.

5] pakai cap [topi]
- aku senantiasa memakai cap. tak kira waktu. pagi.tengah hari. petang. siang. malam. mendung. hujan. ribut petir. musim lurun. musim salji. musim jerebu. musim pilihan raya. dan apa-apa musim sekali pun aku akan pakai cap. aku pun tak tau bila masa aku akan atak pakai cap. dah banyak kali aku berazam tak nak pakai cap lagi dah. tapi azam tetap tinggal azam. sampai aku rasa tak lengkap hidup aku kalau tak pakai cap. sampai ada orang cakap "pelik, malam malam pun pakai cap. orang pakai cap siang siang jek".

6] indie ke punk?
- ramai orang tau aku ni punk. tapi bila tgk fizikali aku, ramai yang akan rasa pelik dgn cara pemakaian aku yang langsung tak punk. "ko ni punk ke indie? nampak mcm budak indie jek" - orang lain. "aku memang budak indie.hehe" - aku.

BAB TERAKHIR
"apa keganjilan yang awak nampak ada pada saya? :)" - aku
"entah" - dyana
"kalau antara kawan2 saya,awak memang ganjil sikit sebab awak satu2nya kawan saya yang aktivis...hehe" - lynn