29 November 2007

Dear friends,

You are Invited to Join the Preliminary National Youth Consultation Conference

aku dapat jemputan pergi konfrens kat atas ni. tapi dukacitanya aku tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. dengan itu, aku nak cari saper yang sudi untuk ke konfrens ni. yuran penyertaan cuma rm10 sorang. dan setiap sorang boleh bawak 2 orang kawan.

seperti yang tertulis di jadual, ada 2 sesi diskusi yang akan dibincangkan oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka, antaranya ialah Datuk Saifuddin Abdullah(Bekas Presiden MBM), Mr. Fahmi Fadzil (Youth artist), Dr. Azmi Sharom (Associate Professor in UM), Ms. Latheefa Koya (Political activist), Mr. Dipendra Harshad Rai (Deputy Chair of NYLC), Ms. Maimuna Merican (Representative from Empower ), Mr. Sheikh Omar (President of SMM) & Mr. Wan Nordin (Media activist).

so, kalau rasa berminat nak join konfrens ni, korang boleh kontek Mr Lee Khai Loon (013 397 0519, kllee78@gmail.com) atau Ms Chua Yee Ling (012 735 5025 or DL: 7783 1164) untuk maklumat lanjut.


27 November 2007

UMNO TENDANG PAS
"KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato' Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam"- petikan Harakah Daily

dah lama dah sebenarnya geng UMNO dok sepak geng PAS. tapi ni yang terbaru punya sepakan. korang boleh tengok aksi sepak kat sini: TENDANG

apa reaksi aku lepas tengok aksi ni? aku gelak jek.hehehe. ;p

26 November 2007

22 November 2007

GUA KENA CILOK BEB! ADUH!
kelmarin, masa aku berenti sedut minyak kat stesen minyak petronas, sedang aku menanti pekerja pam tu masukkan minyak, tiba-tiba aku didatangi sesorang lelaki yang tak aku kenali, berumur lingkungan awal 30-an. dia datang menghala ke kerata aku dgn penuh konfiden dan cakap dia kenal aku. dia tanya aku kenal dia ke tak. aku cakap tak kenal, dalam seminit dua aku dok cuba remember saperkah mamat ni, tiba-tiba dia membuka pintu kereta sebelah kiri aku, masuk dan duduk dalam kereta. aku sedikit terkejut. minyak siap di isi,aku kasi duit kat pekerja pam, dan menggerakan kereta sedikit kehadapan. dia masih lagi memusing-musingkan ayat untuk menerangkan siapa dia. beberapa ketika selepas itu, dia cakap secara sangat berkias (tapi bersungguh-sungguh) yang dia sebenarnya nak pergi ke suatu tempat untuk melawat sedara dia mati, tapi kereta dia habis minyak. sebaik saja mendengar ayat tersebut, terdetik sepantas kilat dalam kepala aku bahawasanya: AKU KENA PAU!. siot betul. terkena aku kali ni. tapi aku memang tak bajet. perwatakan dia langsung tak menampakkan dia adalah kaki pau. dan aku jugak tak bajet kaki pau skang dah advance. skills yang diorang guna dah makin hebat. cilakak betul. dah aku dah tau siapa dia dan apa yang dia nak, jadi aku tak cakap banyak. aku cakap, aku takdek duit. gaji pun tak masyuk lagi. jadi aku kasi jek yang mana aku ada. aku kasi rm7. still ada rm50 dalam wallet aku. fuh... nasib baik dia tak mintak wallet. kalo tak, licin beb. apa pun, berdasarkan apa yang aku dah alami, aku sarankan korang agar:
1. PASTIKAN KERETA SENTIASA DALAM KEADAAN BERKUNCI SEWAKTU DI
STESEN MINYAK.

2. JANGAN BUKA CERMIN LUAS-LUAS. BUKA SIKIT JE CUKUP.
3. JANGAN MELAYAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG TIDAK DIKENALI.
diulangi
JANGAN MELAYAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG TIDAK DIKENALI.

20 November 2007


14 November 2007

KETERBUKAAN MELAWAN KETIDAKTERBUKAAN.
langit terbuka luas. seluas luasnya. tidak ada sekatan untuk kita menjejak langit. pergilah ke langit, dan berjalanlah di sana, sebebas bebasnya. sebebasnya tanpa ada sekatan apa pun. ya, itu di langit. sangat kontradik sekali keadaanya bumi, yang penuh sekatan.

aku salah seorang mangsa sekatan. tentu sekali sekatan dari pemerintah yang aku maksudkan. terlalu banyak sekatan yang diwujudkan. sampai pergerakan jadi tak bebas sama sekali. seolah ada saja tangan pemerintah yang mengontrol setiap gerak geri aku.

sudahnya hidup di negara sendiri tak punya kebebasan, aku cuba untuk lari dari keadaan tersebut. dasar tertutup yang diapply pemerintah aku mahu buang jauh-jauh dari kelompok kecil keluarga aku. aku tak mahu jadi tertutup, aku mahu jadi sebaliknya. terbuka.

memangnya suami itu pemimpin keluarga. dan memang tidak mudah untuk menjadi pemimpin yang terbuka sifatnya. tapi aku cuba. itu yang aku mahukan untuk keluarga aku. dan pastinya aku perlukan isteri yang juga bersetuju dengan aku. yang bersetuju dengan keterbukaan yang cuba dibangunkan dalam kehidupan. ya, pastinya isteri aku juga harus terbuka. untungnya aku, dianugerahkan isteri yang terbuka sikapnya. opppsss! bakal isteri maksud aku.:). syukur kehadrat Ilahi untuk anugerah yang tak ternilai ini.

jika aku sikapnya terbuka, isteri aku juga terbuka, kami saling memahami. seharusnya keadaan jadi sangat indah. tapi, ego dalam diri aku ini masih tebal. sehinggakan sikap ke-ego-an kadang-kadang menutup keterbukaan yang aku amalkan. aku akui, aku masih lemah dalam mememimpin. masih juga lemah menguruskan ego diri. tapi aku akan cuba dan terus mencuba, untuk menjadikan diri dan keluarga aku sebuah keluarga yang autonomi bukan autoritarian. aku, tak mampu lakukan semua ini seorang diri, ya, aku perlukan sokongan isteri. yang senantiasa mengingatkan aku disaat aku leka melayan ego diri. hidup bersama untuk kepuasan bersama, bukan kepuasan diri sendiri. i need you. and i love you sayang.muahs!

09 November 2007

10 TAHUN : REVIEW
dah lama aku nak tulis review aku pasal cerita doku 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA [10TSM]. masa 1st time tengok 10TSM lagi aku dah terniat nak tulis review, tapi tak punya kesempatan. dan sekarang, setelah 3 kali aku tengok cerita ni, aku nekad mencuri waktu untuk review serba sedikit tentangnya.

10TSM, sebuah filem doku yang hebat. baik dari faktor kualiti gambarnya, muzik mahupun jalan ceritanya, semuanya tergabung dengan sungguh cantik. ternyata pengarahnya tidak mengambil masa yang singkat untuk menghasilkan filem yang cantik ini. meskipun ianya sebuah produk D.I.Y, namun, kualitinya sangat diluar jangkaan. masa aku tengok filem ni, kadang-kadang aku rasa macam tengok dokumentari filem kat channel Astro pulak.

dalam filem ni, selain konteknya, aku paling suka cara diorang [pengarah+krew filem] ni ambik gambar. sangat abstrak dan cantik! masa aku lepak dengan pengarah filem ni tempoh hari, terbuku satu soalan yang tak terluah dalam dada aku "kau guna berapa kamera ek?". tapi daripada pengamatan aku, lebih satu kamera digunakan.

konten dan jalan ceritanya seperti judul filem tersebut, iaitu satu pendedahan sebenar perkara yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka. keadaan kesedaran rakyat yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada British. pendedahan ini diceritakan semula oleh 5 orang tokoh utama yang terdiri daripada Lim Kean Chye, Yahya Nassim, Zainuddin Andika, Majid Salleh dan Hashim Said. dan kelima-lima mereka ini adalah para pemimpin parti kiri yang wujud pada waktu itu. paling dibanggakan, kesemua mereka ini dapat bercerita dengan baik, dan mereka semua berumur lewat 80-an. penerangan yang mereka utarakan sangat jelas. dibantu pula dengan sarikata bagi setiap bait-bait perkataan yang disebut. penerangan mereka diselang-seli dengan adunan muzik-muzik yang rancak yang bisa membuat kaki aku akan berdetak setiap kali mendengar muzik. kebanyakan muziknya adalah daripada band-band punk rock. muzik yang politikal dan sangat bersemangat!

filem dokumentari yang memakan masa 35 minit ini ada membuat perbandingan antara Perlembangaan Federasi dengan Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan Federasi dikeluarkan oleh parti kanan, dan Perlembangaan Rakyat dikeluarkan oleh parti kiri. alangkah beruntungnya kita sekiranya Perlembagaan Rakyat diterima oleh pihak British. aku ulangi, alangkah beruntungnya kita sekiranya Perlembagaan Rakyat diterima oleh pihak British. kenapa aku kata begini? nah! tontonlah filem ini dan dapatkan jawapannya.

masa aku tengok filem ni buat kali ketiga, aku tengok dengan ayah aku. ayah aku yang lahir pada tahun 1939 dan pada tahu 1947 ayah aku masih kecil, dan tak sempat mengingati apa yang berlaku pada tahun tersebut. masa selesai tengok filem ni, ayah aku berkata "patut bagi hadiah kat *orang-orang ni"




*orang-orang = pejuang kiri.



01 November 2007

KORANG NAK VCD 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA?
semalam aku tolong Fahmi Reza buat screening "10 TAHUN SEBELUM MERDEKA" kat Selimut Hati Cafe, KB. dah abis screening tu, Fahmi kasi aku satu copy vcd 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA. dia cakap citer dia no-copyright. so,korang nak tak vcd citer ni? kalo nak, aku boleh tolong burn-kan. tapi kena bayar rm1.50. singgit untuk cd kosong, lima posen lagi untuk harga setem nak hantar vcd ni ke rumah korang. kalo susah nak bagi rm1.50, bagi rm2 ringgit pun takpe gak.hehe. tapi kalo nak yang free punya, korang boleh download kat sini: www.10tahun.blogspot.com . apa yang aku nak cakap ialah: KORANG WAJIB TENGOK CITER NI. SERIUS!