08 February 2007

CALON PiILIHANRAYA MT GENG JURNAL 2007/2008.

kepada yg berkenaan.

salamz. saya dhani. nama saya ada tersenarai dalam senarai calon Pilihanraya MT 2007/2008. dan saya memohon untuk menarik diri dari bertanding atas alasan berikut:

1] saya dah tak duduk kl skang. skang saya dok kelantan. jadi, saya tak rasa saya boleh bergerak aktif bersama geju sekarang.[sebelum ni aku aktif ke?] :P
2] kat opis saya tak boleh buka web GEJU. tak tau kenapa ntah. tapi memang tak boleh. nak kata kena block, memang tak kena block. tapi ntah kenapa ntah... kadang2 jek kalo saya terlepak kat cc baru saya boleh singgah ke web GEJU. jadi, saya mmg tak boleh nak aktif dgn GEJU.
3] Tun Mahathir kata, populariti adalah salah satu alasan utk seseorang jadi calon UMNO. dan saya tak cukup popular utk jadi calon UMNO. eh, maksud saya, calon GEJU.

atas alasan berikut. saya memohon untuk menarik diri. sekian.


yang benar;
Dhani Ahmad
www.papakerma.com || www.bilik.blogspot.com

04 February 2007

JEMPUTAN MENULIS UNTUK GOBLOG#2.

Kepada:
anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.

tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini.

hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.

setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. hantarkan artikel dalam bahasa malaysia ok.

takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].

kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut: merahdanhitam@yahoo.com


daripada:
Dhani Ahmad

b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com



tarikh notis dikeluarkan: 4.2.2007
tarikh luput: 1.12.2007