28 December 2006

Tajuk Lama: MASUK BARISAN JIWA KACAU. BUKAN MASUK BARISAN NASIONAL.
Tajuk Baru: MASUK BARISAN YANG SATU LAGI.
buku Masuk Barisan (bukan buku Masuk Barisan Nasional) dah keluar. siap untuk dijual. tapi aku tak nak beli. aku nak yang free. aku mintak dengan Basri. Basri mintak alamat aku untuk dia pos Masuk Barisan kepada aku. dan 16.12.2006 yang lepas, buku Masuk Barisan sampai ketangan aku. yey! aku dapat buku free. hehe.:P. terima kasih ya Basri sebab bagi buku Masuk Barisan secara percuma kepada aku. nanti aku buat buku lagi, aku kasi free kat ko pulak okeh.:).biasalah, adab hidup berjiran, kena saling beri memberi.hehe.:).

seperti biasa, aku akan komen buku yang aku baca tu secara bertulis kalau aku rajin. tapi selalunya aku tak rajin. tapi kawan-kawan punya pasal, ku gagahi diri ini untuk mereview sedikit sebanyak hasil kerja kawan-kawan. maka, dengan itu, sambil membaca sambil aku mencari kekurangan yang terdapat dalam buku MB tu. aku tak nak cari kelebihan, sebab yang harus diper-elok-kan dimasa akan datang adalah kekurangan yang kita ada sekarang. tapi, aku tak jumpa banyak kekurangan. ternyata menggunakan khidmat 3 orang editor memantapkan lagi penerbitan sesebuah buku. shabas! tepuk tangan buat korang [tepuk-tepuk-tepuk].

tapi awal-awal lagi aku dah tau, dari mulut basri sendiri, bahawa Masuk Barisan ini akan jadi buku yang standart-nya diakui oleh DBP.dari segi susun atur ayat, tatabahasa, subjek dan predikat, semuanya dititik berat oleh pihak editorial. dinilai dan ditapis sebagus mungkin, sebelum dipublish untuk tatapan umum. dengan kata lainnya, semua tulisan yang ada di buku Masuk Barisan adalah tulisan yang terpilih. jadi, tak ada kelemahan yang aku boleh komen dari sudut tulisan yang terdapat dalam Masuk Barisan. semuanya bagus. walaupun gaya bahasa agak formal, mood membaca blook masih ada.

kalau tang tulisan tak ada kekurangan, kat mana lagi aku nak cari kekurangan? tang susun atur buku? kalau bab susun atur aku tak ada masalah. memang begitulah keadaan susun atur sebuah buku. sekeping-segi empat-macam biskut cream creakers. tapi bagus juga kalau kadang-kadang kita cuba susun teks dalam buku dengan keadaan yang sedikit berbeza dari buku-buku yang biasa kita baca. mengenai kreativiti maksud aku. apa pun, aku jarang nampak masalah timbul disebabkan susun atur.

cumanya, kalau aku jadi penyelenggara Masuk Barisan, aku akan besarkan sedikit saiz font bagi tajuk entri. biar nampak perbezaan antara TAJUK dan ISI.
BERES...
fuh...setel! alhamdulillah... semuanya berjalan lancar spt yg dirancang. giler cuak jugak aku kelmarin. maklum aja lah, 1st projek besar yang kena buat. projek ni plak nak ditonton oleh semua staf uitm kelantan. termasuk semua vvip uitm kelantan. giler cuak beb! apa pun, semuanya dah setel. jom kita makan!

oh, sebut pasal makan ni, aku dan krew-krew yang terlibat frust skit. ada ke patut diorang tak sediakan satu meja khas utk krew. krew dapat makan sisa-sisa jek beb. orang lain best jek makan kat depan. krew bz dok keje. aku dok kat belakang stage dok main komputer. bila majlis dah abis baru dapat makan. sedih! tapi aku tak kisah sangat. janji keje aku beres. aku dah
kenyang bilamana projek aku berjaya di-run dengan jayanya.:).


nota kaki:-
dua buah lagu dimainkan sepanjang majlis penganugerahan khidmat cemerlang berlangsung. lagu tak agak-agak beb. aku guna lagu "olsen olsen" dari Sigur Ros dan juga lagu "nasir bilal khan" dari Teenage Glory For The Wasted. vvip dengar lagu ni beb. giler gempak.hehe.:). korang nak dengar jugak eh? download kat sini:


24 December 2006

BOMOH.
sepupu aku. nama dia Sha. seorang gadis. baru grad dari itm. umur setahun muda dari aku. skang keje jadi receptionist hotel sementara tunggu dapat keje dalam bidang yang dia belajar.aku selalu gak gi hotel tempat dia keje tu. buat-buat nak gi jumpa sepupu aku. padahal nak gi tengok kawan dia. awek cun.hehe.:P. tak silap aku dah hampir 7-8 bulan Sha keje kat hotel tu. lama gak. ternyata susah nak dapat keje yang kita nak zaman skang ni. belajar bidang akaun, kerja jadi operator kilang. ini perkara biasa. zaman susah dapat keje. walaupun Sha tak dapat apa keje yang dia nak, aku tengok dia happy jadi receptionist kat hotel tu. tapi langit tak selalunya cerah.

semalam, makcik aku, mak kepada Sha, datang rumah aku. rumah aku dgn rumah Sha dekat jek.dia datang nak kongsi masalah yang Sha hadapi. kongsi dgn mak ayah aku dan juga dgn aku dan abg aku.rupa-rupanya Sha sedang hadapi dugaan hebat sekarang ni.

sepanjang Sha keje kat hotel tu, dia enjoy. itu yang aku nampak. tapi sekarang tak lagi. Sha tak lagi enjoy setelah ada kontraktor hotel tersebut,lelaki umur 30-an, minat kat dia. memang tak salah orang lelaki minat kat orang perempuan. tapi yang salah adalah bila kita memaksa keadaan. lelaki yang minat kat Sha ni dah kawin,dan dah punyai seorang anak. walaupun begitu, dia telah berhasrat untuk memperisterikan Sha. tapi Sha bertegas tak nak terima lelaki tersebut. tapi lelaki tersebut juga bertegas untuk menjadikan Sha isteri kedua dia. tak kira dengan apa cara sekali pun, dia tetap mahu Sha jadi isteri dia. dia siap cakap yang dia nak guna khidmat bomoh untuk buat Sha jatuh ketangan dia. gila punya lelaki. dah orang tak nak, blah ah!

bila masuk bab bomoh-bomoh nih, siapa tak cuak beb. aku pun cuak. aku tak sangka masih ada orang yang tak bertamadun zaman sekarang ni. masih nak main bomoh-bomoh. sebab lelaki tu nak guna khidmat bomoh untuk dapatkan Sha lah makcik aku datang rumah aku semalam. mak mana tak risau kalau anak nak kena bomoh. kalau aku pun, aku risau. makcik aku datang nak kongsi masalah dan juga nak tanya pendapat mak ayah aku. banyak jugak pendapat yang keluar. sekarang aku nak tanya pendapat kau pulak. kalau kau berada dalam situasi Sha, apa yang kau akan buat?

20 December 2006

18 December 2006

CERITA-CERITA

Hari Anugerah
ya memang benar aku orang komputer. makanya segala hal yang berkenaan dengan komputer adalah barang-barang permainan aku. jika sebelumnya aku diminta untuk buat banner bagi website UiTM Kelantan, aku tak cuak sangat. tapi untuk 27 hb ni, di Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan UiTM Kelantan, aku diminta untuk menghasilkan slide presentation. giler ko. semua VVIP UiTM datang hari tu beb. dan hasil kerja aku akan diorang tgk. giler cuak!

Beli Nombor
aku tak pernah main tikam nombor. tak pernah beli nombor. tapi last week aku beli no "DBA 5544" dengar harga rm350. boleh tahan mahal. aku sebenarnya nak beli nombor DBA 4455. tapi dah ada orang ambik no tu. jadi aku ambik nombor DBA 5544. kalau orang tanya kenapa 5544? aku jawab, sebab nama aku: FAI54. [padahal takde makna pepe pun.hehe.:p]

Transformasi Tarikh
semalam, kat tempat keje aku ada buat pameran alam sekitar. banyak syarikat2 yg berkenaan dgn alam sekitar buka booth. buat pameran. ada satu booth tu, dia ada kasi perkhidmatan men-transformasi tarikh maladiah kepada tarikh hijriah. tarikh lahir maksud aku. aku ambik borang. aku tulis tarikh miladiah: 22.10.1982. pekerja booth tersebut masukkan tarikh miladiah tersebut dalam program komputer. pastu dia tekan enter. pastu keluar tarikh hijriah. dalam tahun hijriah, aku lahir pada 4 Muharam 1403. pada hari jumaat. tak tahu lah program yang diorang guna tu boleh dipercayai ke tak. tapi mak aku cakap aku memang lahir pada hari jumaat.

Tol Punya Cerita
harga tol naik lagi. dan lagi. kerajaan tak ada duit ke apa nih? tak abis2 nak naikkan harga barang. tapi sebagai rakyat yang baik, aku nak ucapkan terima kasih kat kerajaan sebab naik kan harga tol, minyak dan segalanya.
PERNYATAAN SIKAP PERHIMPUNAN RAKYAT PEKERJA (PRP)

Junjung tinggi kebebasan berpendapat di Indonesia !!!
Hentikan tindakan premanisme di Indonesia !!!

Salam rakyat pekerja,

Pada tanggal 10 Desember yang lalu, rakyat Indonesia juga turut memeriahkan peringatan hari Hak Asasi Manusia (HAM) Sedunia. Namun tidak lama setelah itu, pada tanggal 14 Desember 2006, organisasi massa yang menamakan dirinya Persatuan Masyarakat Anti Komunis (Permak), membubarkan diskusi tentang Filsafat Sosial dan Ekonomi Politik di Toko Buku Ultimus, Bandung. Diskusi yang bertemakan tentang "Gerakan Marxist Internasional Kontemporer, Perkembangan dan Masa Depan Gerakan Marxist di Dunia, dan Sekilas Tantang Organisasi dan Gerakan Buruh di Kanada", digagas oleh Toko Buku Ultimus Bandung, Komunitas Rumah Kiri Bandung dan Himpunan Mahasiswa Hubungan Internasional Universitas Pasundan Bandung. Diskusi tersebut menghadirkan Marhaen Soeprapto (WNI Tinggal di Kanada).

Acara diskusi tersebut baru berjalan sekitar 20 menit, yang kemudian langsung dibubarkan oleh organisasi massa berbaju loreng kuning dan hijau tersebut. Di mobil yang digunakan oleh organisasi tersebut terpampang nama Pemuda Panca Marga. Sejak acara belum dimulai massa Permak sudah berkumpul di luar toko buku itu. Sepuluh menit setelah diskusi dimulai, setidaknya sepuluh orang dari Permak masuk ke halaman toko buku itu menuju tempat berlangsungnya diskusi.

Perwakilan massa Permak itu langsung memotong diskusi yang sedang berlangsung. Satu orang dari massa itu, mengaku bernama Adang Supriadi ketua Permak, maju ke tengah forum diskusi yang dihadiri puluhan orang. Dia merebut mike yang sedang dipegang Marhaen dan langsung mengumumkan pembubaran kegiatan itu. Dia menuding bahwa kegiatan itu berniat menyebarkan paham komunis.

Acara ini pun langsung berubah menjadi kerusuhan. Para anggota Panca Marga yang sejak semula berjaga-jaga langsung membalik-balikkan kursi yang sedang diduduki peserta diskusi.Massa lalu menyeret Sodikin penyelenggara diskusi itu berserta Marhaen. Keduanya sempat dibawa massa masuk ke dalam kampus Universitas Pasundan. Sodikin dan Marhaen kemudian dimasukkan dalam kendaraan berplat nomor B 57 XG, yang dipasangi bendera ormas itu di depannya. Mobil itu membawa keduanya ke Markas Polwiltabes Bandung.

Kepolisian dari Polres Bandung Tengah pun kemudian datang ke tempat kejadian dan turut membubarkan orang-orang yang masih tersisa di toko buku tersebut. Kemudian petugas dari Polres Bandung Tengah tersebut memasang police line dan menyita barang-barang yang berada di toko buku tersebut.

Sebelumnya pihak Intel Polwiltabes Bandung pada hari Senin, 11 Desember 2006 (2 orang) mendatangi toko buku Ultimus dan menanyakan izin kegiatan tersebut, untuk mengantisipasi maka pihak panitia memasukkan surat pemberitahuan (bukan permoohonan) yang dialamatkan kepada KaPolwiltabes Bandung mengenai diadakannya acara tersebut. Esoknya, kembali pihak Intel Polwiltabes Bandung mendatangi Toko Buku Ultimus yang. Mereka mengaku dari bagian "Urusan Imigrasi" (entah maksudnya gimana), mananyakan tentang status kewarganegaraan Marhaen Soeprapto.

Pagi, Rabu, 13 Desember 2006, kembali pihak Intel Polwiltabes Bandung mendatangi Toko Buku Ultimus dan meminta Sdr. SADIKIN (ketua panitia) untuk menemui Waka Intel Polwiltabes Bandung untuk dimintai keterangan berkaitan dengan diskusi tersebut. Pihak Intel Polwiltabes juga melakukan kontak telepon ke Kantor ULTIMUS, ke hand phone Sdr. Bilven (Dir. Ultimus) dan hand Phone Sdr. Sadikin (Ketua Panitia).

Semenjak Minggu, 10 Desember 2006 Ultimus juga menerima banyak telepon gelap yang mananyakan tentang diskusi tersebut, padahal sosialisasi diskusi tersebut baru dilakukan Selasa, 12 Desember 2006 secara terbuka, sebelumnya hanya melalui milist. Beberapa kali ULTIMUS didatangi oleh orang bertubuh tegap, dengan usia separuh baya, mendatangi ULTIMUS dengan menanyakan bagian buku-buku berbau kiri dimana ULTIMUS memproduksi dan menjual buku-buku tersebut. Ultimus mengkhawatirkan bertindaknya ormas-ormas islam dalam menyikapi hal ini, seperti biasa terjadi di Bandung.

Kasus di atas memperlihatkan bagaimana aparat polisi maupun ormas-ormas dan kelompok terorganisir masih terjebak dengan isu-isu komunisme, di tengah arus kebebasan dan keterbukaan informasi. Hal ini jelas mengancam proses demokratisasi.

Maka dari itu, kami dari Perhimpunan Rakyat Pekerja (PRP) menyatakan sikap :

- Menuntut pertanggungjawaban negara agar menjamin hak-hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat dan berekspresi.
- Menuntut pertanggungjawaban aparat penegak hukum dalam hal ini kepolisian agar melindungi hak-hak rakyat dalam kebebasan mengeluarkan pendapat dan berekspresi.
- Menuntut Kepolisian Republik Indonesia untuk menindak tegas kelompok-kelompok terorganisir yang melakukan tindakan premanisme atau bahkan membubarkan organisasi tersebut karena telah meresahkan masyarakat.Menuntut Kepolisian Resort Bandung Tengah untuk segera membebaskan orang-orang yang ditangkap dalam diskusi tersebut karena jelas hal itu melanggar proses demokrasi di Indonesia.

Perhimpunan Rakyat Pekerja juga meminta kepada seluruh rakyat pekerja untuk melawan aksi-aksi premanisme yang menggunakan kedok anti komunisme dan agama serta mendukung segala aksi perlawanan rakyat pekerja di Indonesia dan di dunia dalam melawan praktik penindasan yang dilakukan oleh negara maupun kelompok yang terorganisir.

Jakarta, 15 Desember 2006

Sekertaris Jenderal
Irwansyah

11 December 2006

AKU SENTIASA BERADA DISISI MU SAYANG.
aku tak isap rokok. tapi aku suka ayat yang ada kat flyers yang ada dalam kotak rokok Dunhill.

"kami telah sentiasa berada di sisi anda, dan kami akan terus berada di sisi anda. Semenjak 100 tahun yang lalu, kami percaya bahawa kami dapat memberikan yang terbaik buat anda. Kepercayaan itu tetap digenggam erat hingga ke hari ini dan di masa hadapan" - Dunhill.

:)

10 December 2006

HARAM
"dhani pun minat filem jugak?" - Osman Ali
"saya minat filem-filem haram" - Dhani
"hehehehehe" - Osman Ali, Dhani, dan Elmaaniq [watak sampingan].

hehe.:). kau kenal Osman Ali? kau mungkin tak kenal Osman Ali. tapi kau mungkin tahu citer Malaikat Di Jendela, Toll Gate Girl, Bukak Api. dan filem terbaru arahan Osman Ali yang bakal korang tengok adalah Anak Halal. eh. aku bukan nak cakap pasal filem. aku nak cakap pasal buku-buku Al-Arqam yang bakal diharamkan. aku nak cakap aku nak beli buku-buku haram tu. harap-harap buku tu ada lagi kat kedai. memang lumrah [fitrah?] manusia mahukan benda-benda yang haram kan. masa buku tu dijual dengan halalnya, tak sibuk pun aku nak beli. tapi bila dah haram baru nak gi beli. tapi buat benda haram seronok kan. :).

"keseronokkan sebenar adalah dengan berbuat dosa"-angelina jolie [Original Sin]
DULU ALTANTUYA. KINI AL-ARQAM
kecoh satu dunia, bila ada awek cun mongolia kena bunuh. tak cukup kena bunuh, di bom pula. hancur lebur beb. logik akal, memang dah tak jumpa dah awek yang kena bom tu. tapi Tuhan punya kuasa, manusia mati dalam keadaan apa pun, mesti jumpa. penganalisis politik terkenal ditahan reman. bersabit kes ni. Razak Baginda nama dia. surat kabar cakap Razak ni penganalisis politik terkenal. tapi aku tak nampak kat surat kabar tulis yang si Razak ni orang kanan Najib, Timbalan Perdana Menteri korang. kecuali paper Harakah. kat Harakah ada tulis. masa aku lepak dengan Ezam ex-keADILan, orang-orang Ezam punya gosip kata Razak ni dikambing-hitam jek. yang sebenarnya terlibat dalam kes Altantunya ni adalah Najib. dengan kata lainnya, Altantuya ni awek simpanan Najib. tapi mana mungkin Najib bersalah. tak mungkin beb. mustahil sama sekali pemimpin peringkat tertinggi di Malaysia bersalah. perundangan perlembagaan Malaysia meletakkan pemimpin kita berada dalam kelompok maksum. maksud aku, kalau orang tu orang penting, dia buat salah, dan kesalahan dia buat boleh kasi efek buruk kat negara, kesalahan dia di sorok. ini fakta beb. kalau ko tak percaya, ko baca buku teks Pengajian Am yang budak form 6 dok blajar tu.

aku ingatkan musuh-musuh Najib jek cakap yang Najib orang sebenar yang bunuh Altantuya. rupa-rupanya, rakyat apolitikal yang duduk lepak minum teh kat kedai kopi [minum teh di kedai kopi? minum teh di kedai teh lah beb.hehe.:P] pun dok kecoh cakap Najib orang sebenar yang terlibat. rupa-rupanya gosip ni dah kecoh sampai akar rumput. ko ingat lagi tak kes awek yang dijumpai mati dlm keadaan bogel dalam apartment mewah kat Hartamas tu. yang mana pembunuh dan perogolnya tak dapat dikesan tu. ingat lagi tak? apa ntah nama awek tu. Norita kot. hah, kes tu pun nama Najib naik jugak. memang kalau bab-bab awek,nama Najib mesti naik. memang player-lah Najib nih. kalah aku.hehe.:P

bila dah jadi macam ni, Razak harus berkorban untuk bos dia. siapa bos dia? Najib lah. tapi aku dari awal-awal lagi yakin Razak akan dibebaskan. dan kes ni akan ditutup. dan aku juga yakin, kes Altantunya nih akan DITUTUP dengan kes baru yang akan dicipta untuk mengaburi mata rakyat.

dan sangkaan aku benar. kini semua orang dok kecoh pasal AL-ARQAM. kes Altantuya lenyap. surat kabar pun dah tak cover citer Altantuya. dah tak market beb. skang yang lagi naik daun adalah kes Al-Arqam. kes Abuya. kes Rufaqa. dan korang pun ikut sama. korang pun dah tak layan dan citer Altantuya. korang layan citer Al-Arqam jugak. Al-Arqam ni dah lama ah. diorang [kerajaan] tunggu masa nak letupkan kes Al-Arqam ni bila ada kes-kes besar yang akan kasi efek buruk kat diorang [kerajaan]. so skang ah masa yang sesuai isu Al-Arqam diletupkan. dan korang pun dah tak cakap pasal Altantuya. korang cakap pasal Al-Arqam pulak.

nampak tak dengan mudahnya perhatian korang dialihkan? think!

03 December 2006

WAWANCARA BERSAMA DHANI
oleh: Korok Kering Zine

Hai, assalamuaialikum. Sebelum kita pergi jauh, boleh ceritakan sedikit tentang diri anda? Latar belakang anda, hobi di waktu lapang, cita-cita, ciri-ciri wanita idaman etc.
Hai. Waalaikumussalam. Nama saya Dhani Ahmad. Seorang lelaki yang mempunyai ketinggian 170 cm dengan berat badan 60 kg. Seorang pemimpi (idealis) yang realis. Sering memimpikan perkara-perkara besar dan cuba dipraktikkan dalam kelompok yang dihuni. Menjadikan Indonesia sebagai kiblat utama dalam mencipta mimpi-mimpi indah. Penggemar musik indie pop. Pembaca dan pengumpul buku politik dan islamik/sufism. Sering jatuh cinta pandang pertama setiap kali melihat wanita cantik. Dan saya masih solo. :)

Secara jujurya, saya mengenali kamu melalui blog yang kamu tulis. Saya agak tertarik dengan gaya penulisan kamu pada ketika itu. Radikal, puitis, politis dan kritis. Sudah berapa lama anda ber’blogger’ dan menulis blog anda sendiri di internet? Apakah yang mempengaruhi anda untuk menulis blog? Adakah ia sekadar hobi, atau kerana anda inginkan perhatian ?
Blog pertama saya dicipta pada tahun 2002. namun saya mula menulis blog secara berterusan bermula tahun 2004. Sehinggalah sekarang. Sebetulnya blog saya ini tercipta setelah saya menghasilkan sebuah newsletter yang bernama Bilik Kecil Itu. Dan sebagai alternatifnya, saya menggunakan blog sebagai medium kedua untuk menyebarkan tulisan di newsletter itu kepada pembaca dalam skop yang lebih luas memandangkan budaya blog semakin digemari ramai. Bilik Kecil Itu hanya berjaya dikeluarkan secara bercetak sehingga isu ke 4. sehinggalah saya memutuskan untuk tidak meneruskan newsletter ini. apapun, kerana saya sudah mencipta ruang menulis di blog, maka saya teruskan penulisan saya di blog. Nama blog saya iaitu bilik.blogspot.com di ambil sempena nama newsletter Bilik Kecil Itu. Jika dulu tujuan blog saya adalah untuk memaparkan tulisan-tulisan yang ada di newsletter Bilik Kecil Itu. Tapi sekarang tujuannya berubah. Tulisan di blog saya sekarang lebih menjurus kepada perihal peribadi. Yah, berkongsi hidup dengan teman-teman.

Bermula dengan menulis zine Sebutir Bintang Merah, kini anda menghasilkan blook yang diberi nama Goblog. Tidakkah anda terpanggil untuk menulis zine lagi dan ceritakan serba sedikit tentang Goblog?
Goblog merupakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y . Dijayakan secara kolektif oleh 13 orang anak muda penggiat gerakan d.i.y punk scene di Malaysia. Bermula daripada tiada seterusnya mencipta kemungkinan dan berakhir dengan kewujudan baru. Goblog adalah mimpi terbaru yang saya realisasikan. Tentang zine pula, saya tidak pernah punyai niat untuk berhenti menghasilkan zine. Cumanya, buat masa sekarang, saya tidak punya kesempatan [baca: malas.:)] untuk menghasilkannya. Apa pun, saya sedang berusaha ke arah tersebut. Semoga di tahun 2007 akan ada rilisan isu baru dari Sebutir Bintang Merah. :)

Kenapa anda konfiden untuk menerbitkan buku sedangkan kita tahu orang melayu kita ni malas membaca sampai kerajaan terpaksa membuat kempen untuk membaca.
Saya sering optimis dengan apa yang saya lakukan. Mencipta kemungkinan pada ruang ketidak-mungkinan punya risiko gagal yang besar. Tapi, yang lebih penting adalah mencipta kemungkinan kejayaan daripada menyerah kalah sebelum mencipta. Kita di sini adalah atas paksi revolusi. Dan tidak harus punya rasa takut dalam mengejar revolusi. Apapun, saya bukanlah Munir yang tidak punya rasa takut dalam mencipta perubahan. Rasa takut masih menebal di fikiran saya. Namun, yang lebih penting adalah cuba untuk mengatasi ketakutan dan mencipta kehidupan yang mencabar. Mengenai orang melayu malas membaca tidak menjadi masalah kepada saya. Kajian telah dibuat sebelum buku dihasilkan. Dan target pembaca yang perlu saya capai juga sudah dikesan. Yang tinggal cumalah, menghasilkan dan mengedarkan buku tersebut.

Apa pandangan anda tentang kehidupan manusia di zaman sekarang. Adakah anda melihat satu sudut yang positif jika manusia secara totalnya bergantung kepada kecanggihan teknologi untuk segala urusan kehidupan? Pandangan anda tentang kepentingan internet di dalam kehidupan kita?
Banyak produk teknologi canggih, pada saya, masih lagi sebagai barang kehendak. Bukan barang keperluan. Berarti, tanpa teknologi canggih saya tetap boleh meneruskan hidup. Begitu juga dengan internet. Hidup masih berjalan tanpa internet.

Anda salah seorang editor yang menulis untuk kolum surat khabar mahasiswa. Sebagai bekas pelajar, adakah anda rasa dengan "involve" ke dalam scene HC/PUNK ketika masih belajar adalah penting? Dan adakah mesej yang cuba anda mahu sampaikan dalam penulisan anda itu berjaya?
Melibatkan diri dalam scene punk tidak terlalu penting. Tapi yang lebih penting ialah melibatkan diri dalam dunia aktivisme. Dan punk adalah salah satu komponen yang terkandung dalam aktivisme. Tidak perlu ada tempoh masa yang khusus bila waktunya harus melibatkan diri dalam dunia aktivisme. Yang penting, bersama-sama mencipta masyarakat aktivis. Mengenai dunia penulisan saya pula, saya berjaya mencapai tujuan saya. Menyebarkan mesej kepada umum melalui medium yang lebih besar skala pembacanya adalah perlu. Meraih kesempatan-kesempatan yang ada adalah perlu dalam menyebarkan mesej. Tidak kira sama ada kesempatan yang wujud dari sudut mana sekalipun. Ada yang mengatakan hidup juga adalah tentang perlumbaan mengeksploitasi. Jadi, kita harus cepat mengeksploitasi agar tidak dieksploitasi. Apa pun, mengeksploitasilah dengan bijak dan jangan sampai ada berlaku penindasan kemanusiaan.

Kita digemparkan dengan berita penempatan Kampung Berembang yang dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang. Dan ada diantara penduduk kampung itu yang tinggal dikawasan itu lebih dari 30 tahun. Apa pandangan anda tentang hal ini? Adakah anda setuju jika saya katakan kita akan ditindas dan dicabuli hak demi kepentingan kepada pembangunan Negara?
Terus terang aja saya tidak tahu secara detail tentang isu Kg. Berembang. Apa pun, seharusnya kerajaan Malaysia tidak terlalu kejam menghalau penduduk kampung tersebut secara paksa. Kebajikan masyarakat harus diambil kira dalam mengambil apa jua tindakan sekalipun. Ternyata Hadharism ciptaan Pak Lah gagal mencipta kebaikan. Dan penindasan tetap bermaharajelela. Sama juga keadaanya dengan era rejim Mahathir. Kerajaan Mahathir dan Kerajaan Pak Lah tidak punya perbedaan. Kekejaman kerajaan tetap bermaharajalela.

Adakah anda straight edge? Apakah perasaan anda, jika anda seorang straight edge tetapi tidak bagi teman wanita anda? Patutkah anda tinggalkan teman wanita anda semata-mata kerana dia tidak straight edge seperti anda?
Saya tidak punya masalah dengan apa-apa status. Dia bebas untuk menjadi straight edge atau tidak. Yang penting, dia memahami saya memahami dia. Yang penting juga, dia cantik dan seksi di mata saya.hehehe. :). Saya bukan straight edge.

Malaysia sebuah Negara demokrasi. Demokrasi kuku besi. Bagi anda, sebagai seorang rakyat, adakah revolusi keatas Negara akan berjaya dicetuskan sedangkan kita sedar bahawa suara rakyat adalah suara yang lemah dan suara minoriti. Apakah yang patut kita lakukan sekiranya kita benar-benar ingin mencetuskan revolusi?
Revolusi bukan perkara mustahil untuk berlaku. Perkara yang perlu kita lakukan untuk sebuah revolusi adalah melakukan tindakan kearah tersebut secara istiqamah. Melakukan secara konsistan.

Apa pendapat anda tentang pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang?
Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah sekarang sangat lemah jika dibandingkan dengan kerajaan pimpinan Mahathir.

Isu 'homophobic' seperti gay dan lesbian hangat diperkatakan dalam scene satu tika dulu. sehingga kini ia masih releven untuk dibahas kerana masih ramai antara kita yang menganggap golongan gay dan lesbian tidak berhak diberi ruang dan utk hidup dengan cara mereka. Apa pendapat anda pula?
Kita diciptakan secara berbeza untuk saling menghormati dan memahami satu dengan lain. Bukan untuk membenci.

Adakah penulis blog yang menulis kisah hidup mereka didalam blog ini menulis secara jujur? Atau ada diantara mereka yang mereka-reka cerita untuk menarik perhatian orang lain untuk membaca blog mereka. Apa pendapat anda?
Terserah kepada penulis itu samada mahu menulis kisah benar mahupun fiksyen. Yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Kadang-kadang, saya juga mencipta tulisan dongeng. tulisan bukan kisah sebenar.hehe. :)

Apakah ciri-ciri positif d.i.y HC/PUNK yang ada pada diri kamu? Cuba senaraikan.
Baik. Jujur. Amanah. Menepati janji. Bertoleransi. Menepati masa. Tidak prejudis. Tolong menolong. Indipenden. Mengamalkan kesamarataan. Ramah mesra. Dan sebagainya yang baik-baik belaka.hehe. :)

Apa komen anda tentang zine scene di negara kita yg semakin merundum berbanding negara jiran, indonesia yg masih gah. adakah anda rasa kita menuju keadaan seperti di jepun di mana tiada langsung zine dihasilkan?
Sejak tahun 2004 sehingga sekarang, kekurangan zine dalam komuniti punk dapat dirasakan. Tidak banyak editor yang rajin untuk terus menghasilkan zine mereka. Begitu juga saya.hehe. :). Alasan kepada perkara ini bagi saya adalah disebabkan perkembangan kemudahan dunia internet. Malasah ini bukan cuma dihadapi oleh kita di sini. keadaan yang sama juga berlaku di tempat lain. Apapun, sejak akhir-akhir ini, saya melihat senario menghasilkan zine kembali berputik. Bukan di komuniti punk, tapi di komuniti penulis dunia maya yang mula mengabadikan tulisan mereka di kertas-kertas. Dan zine adalah pilihan mereka. Malah saya juga ada terjumpa salah satu penerbit buku yang menghasilkan buku-buku dalam format zine. Dengan ini, "dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan pelancaran kempen membudayakan amalan menerbit dan membaca buku berkos rendah." :)

Apa pengertian cinta bagi anda? Adakah ianya hanya lah salah satu untuk melengkapkan kepuasan seks? Atau anda ada hujah yang lain?
Pengertian cinta pada saya banyak. Salah satunya ialah, disaat saya melihat gadis cantik dan saya berasa ingin hidup bersamanya, maka disitu saya merasakan ada cinta pada gadis tersebut. Ya, saya jatuh cinta terhadap gadis tersebut dan saya ingin menikmati cinta bersamanya.hehe.:). Cinta dan seks itu dua perkara berbeza. Namun, seks sering terjadi apabila cinta bersemi. Apa pun, yang lebih penting ialah melakukan hubungan seks atas kerelaan bersama. Dengan ikhlas. Huhu. :)

Bagaimana anda melihat scene di Malaysia pada 10 tahun akan datang?
Jika ada 10 orang yang mempunyai matlamat yang sama seperti saya, iaitu menyebarkan idealogi punk ini ke dunia mainstream secara terbuka [dakwah secara terbuka.:)] mulai sekarang, saya yakin 10 tahun lagi masyarakat Malaysia akan melihat punk sebagai satu kumpulan orang muda yang memperjuangan aktvisme yang melakukan kerja-kerja kebajikan untuk kebaikan bersama.

Semua orang tahu bahawa Saddam Hussein telah ditangkap oleh Amerika Syarikat. Kita tahu, pemerintahan Saddam Hussein adalah pemerintahan kuku besi walhal dia adalah seorang yang beragama islam. Selepas penangkapan beliau, semua pengikut beliau hanya berdiam diri. Seolah – olah sudah tidak mahu menyokong beliau. Dan patut kah kita menyokong beliau hanya kerana beliau islam ataupun sebaliknya. Tetapi US berlipat kali ganda lagi kejam dari binatang. Apa pandangan rasional anda tentang isu ini?
Kita tidak harus menyokong sesiapa pun yang melakukan penindasan.

Senaraikan :
§ 5 buku kegemaran anda

o Soft Revolution
o Kisah Sheikh Siti Jenar
o Soe Hok Gie : Catatan Seorang Demonstran
o Munir : Sebuah Kitab Melawan Lupa
o Ahmad Wahib : Pergolakan Pemikiran Islam

§ 5 band kegemaran anda
o Dewa.
o Padi.
o Tegan & Sara.
o The Upstairs.
o Homicide.

§ 5 ciri-ciri wanita idaman anda
Kalau dari sudut yang boleh dilihat mahupun disentuh, saya mahukan wanita yang
o Chubby
o Educated
o Seksi
o Aktivis
o Murah senyuman. :)

§ 5 sifat negative pada diri anda
o Rahsia beb. Mana bleh bagitau.hehehe. :)

§ 5 blog yang menjadi feveret anda
o Saya tidak mempunyai blog feveret. Saya akan melawat ke setiap blog kawan-kawan jika punya kesempatan.

§ 5 sebab mengapa anda kata anda ramai peminat
o Eh, bila masa pulak saya kata saya ramai peminat? :). Saya tak punya peminat. Yang saya ada ialah kawan-kawan.

Boleh tak berkongsi sedikit tips tentang mahu meghasilkan sebuah buku. Dari segi pubishing, kos dan gaya penulisan itu?
Menerbitkan buku bukan satu kerja mudah. Eh agak mudah sebenarnya. Maksud saya, banyak fasa yang harus ditempuh. Dan fasa yang paling mencabar ialah dalam mencari dana untuk menampung kos perbelanjaannya. Maklum aja lah, saya ni bukannya golongan orang yang berduit.hehe. Dan menerbitkan buku bukanlah sesuatu yang murah. Apa pun, untuk proses-proses detail mengenai penghasilan buku, sila baca tulisan saya yang bertajuk: Cara Menerbitkan Buku Secara DIY pada zine ini.

Last word dari anda untuk awek-awek yang membaca zine ini.:)
Untuk awek-awek jek? :). Baiklah. Untuk pengetahuan awek-awek di luar sana, saya masih belum mempunyai kekasih hati. Tapi saya tahu si dia yang cantik yang akan berkongsi hidup dengan saya ada di luar sana. Mungkin juga dia sedang membaca tulisan ini. Jadi, kepada si dia yang akan bergabung sayap dengan saya untuk terbang merentas langit luas bersama-sama, saya setia menanti kamu mengetuk pintu hati ini. Jika kamu telah bersedia untuk melayari kehidupan bersama saya, sila sms kata cinta ke nombor ini: 019 2508857. hehehe.:).