28 October 2006

KAD DAN DUIT RAYA.
saya dapat kad raya. dan di dalamnya ada duit sebanyak rm7. tapi saya lupa [baca: tak tahu] siapakah pengirimnya. pengirimnya cuma meninggalkan kesan tanda tangan yang tak berjaya saya mengesan siapakah dia. mungkin aja anda yang melawat BILIK saya ini adalah pengirim kad raya yang saya paparkan di bawah ini. jadi, kepada "A.Z." sila hubungi saya untuk kemesraan yang selanjutnya okeh.hehe.:) . apapun, maaf zahir batin ya di atas kesulitan ini. selamat hari raya.!



17 October 2006

PROMOSI RAYA SAKAN.
dibulan yang mulia ini, aku nak buat jualan yang jarang-jarang berlaku kat bumi nih. aku nak jual kat korang buku GOBLOG dan JONGKANG JONGKET dengan hadiah percuma yang istimewa.

begini ceritanya.

sesiapa yang membeli GOBLOG ataupun
JONGKANG JONGKET, akan mendapat senaskah
zine SIREH DAN CENGKIH TERPILIH
dan zine SUBCIETY
secara percuma!


zine Sireh Dan Cengkih Terpilih ni pro-printed zine yang mempunyai
48 muka surat bercetak dan dijual di pasaran dengan harga rm5 senaskah. zine Subciety juga pro-printed zine. mempunyai 31 muka surat bercetak dan dijual dengan harga rm3 senaskah.

kedua-dua zine ni aku nak kasi free jek kat korang.
dengan syarat, beli salah satu buku: GOBLOG atau JONGKANG JONGKET. sesape yang beli kedua-dua buku sekali gus, aku kasi hadiah misteri sebagai tambahan. betul nih. tak tipu punya...

dan untuk pengetahun bersama, kedua-dua zine ni kalau
korang cari kat kedai memang tak ada. ianya barang ekslusif.

harga jualan masih macam biasa. rm23 untuk senaskah buku. kos
penghantaran ditanggung beres. cuba korang kira ek. bayar rm 23, dapat satu buku dan dua zine. kalo nak ikutkan, harga kedua-dua zine tu je dah rm8. tapi korang tak payah bayar rm8 sbb aku nak bagi free jek.

dah lah. citer banyak pun tak guna. saper nak, sms aku kat no ni
019-2508857 sekarang. tawaran ini hanya terhad kepada 15 orang sahaja. diulangi, hanya terhad kepada 15 orang sahaja. siapa cepat, dia dapat baca dan memiliki zine yang rare dan ekslusif.

13 October 2006

PUNK, ZINE DAN BLOG.
di dedikasi buat seluruh perajurit punk/hardcore seantero malaysia.:)


pasti aja gerakan punk itu tidak akan terjadi tanpa kewujudan zine.


ya benar. zine semakin popular di arus perdana Malaysia sekarang. ini perkembangan yang baik. teman-teman gi Geng Jurnal semakin aktif mempublikasi zine. Sister In Islam ada mengeluarkan info bacaan dalam format zine. Penerbit buku Pustaka BT di Kelantan cukup aktif menghasilkan zine-zine keagamaan. zine yang dimaksudkan di sini adalah buku kecil yang diulang cetak cukup cuma menggunakan mesin fotostat. dan harga jualnya sangat murah. sekitar rm1 hingga rm5 senaskah zine. kenapa ianya bisa dijual dengan sangat murah? kerana kos penghasilannya juga murah. senario penghasilan zine sendiri adalah suatu hal yang bagus. makanya, aktiviti penghasilan dan pembacaan zine harus diperluaskan. dalam masa yang sama memupuk budaya membaca berkos rendah.:)


pasti aja gerakan punk itu tidak akan terjadi tanpa kewujudan zine. zine adalah penyumbang besar tersebarnya idealogi-idealogi punk di seluruh pelusok dunia. tapi harus terima hakikat juga zine di komuniti punk/hardcore di Malaysia sudah hampir pupus. zine Abstained Agogo telah diterbitkan oleh Hafeez seawal tahun 1997. malah Mikon lebih awal dari Hafeez menerbitkan zine Out Of Step. namun sekarang, semuanya cuma tinggal kenangan.


beratus-ratus zine yang lahir sejak akhir tahun 90-an mula hilang ditelan waktu. tahun 2003, untuk mendapatkan zine sudah mulai sukar. mencapai waktu kemuncak, tahun 2005, hampir tidak ada zine tersebar di komuniti punk/hardcore. mujurlah masih ada 4-5 orang editor kental yang masih rajin menerbitkan zine. sehinggalah sekarang. tapi ketiadaan zine pada masa ini dibandingan dengan akhir tahun 90-an atau seawal tahun 2000 adalah sangat dirasakan.


kenapa kepupusan zine terjadi? pasti aja saya seretkan alasan perkembangan teknologi multimedia sebagai faktor yang menyumbangkan kepada kepupusan zine. tidak pula saya katakan perkembangan teknologi multimedia adalah parasit jahat yang tidak bagus. kemajuan teknologi ini bagus. namun perkembangan kemajuan yang tidak seimbang membunuh dunia zine di malaysia. kita jadi lupa dengan yang lama setelah ada yang baru. benar kan?


"bang, kenapa susah nak dapat zine sekarang ek?"- seorang remaja awal 20-an bertanya "tak tahu lah. semuanya malas nak buat kot.busy dgn hidup masing-masing" - aku menjawab"eh.nampak tua sangat ke aku ni sampai dia panggil aku abang?"- aku berkata dalam hati


aku rindu untuk membaca zine. aku rindu untuk memegang flyers-flyers yang mempromosikan zine. dan aku rindu untuk memiliki zine-zine yang banyak seperti dulu. kepada teman-teman editor semua, aku rindu untuk bertanyakan soalan ini kepada kalian: "bila zine ko nak rilis isu baru?"


-TAMAT-



berikut adalah senarai blog teman-teman editor zine punk/hardcore yang saya ketemui. jika masih ada blog editor zine yang tidak tersenarai di sini, sila beritahu saya ye. siapa tahu mungkin kita menciptakan zine baru melalui tulisan di blog2 ini semua.:)


kumprinx - editor Thinking Str8 - http://kumprinx.com/
mikon - editor zine Out Of Step - http://semusimdineraka.blogspot.com/
hafeez - editor zine Abstained Agogo - http://revolusibunga.blogspot.com/
hatta nirman - editor zine Goat Core - http://i-refused.blogspot.com/
syik - editor zine Sure - http://www.so-jealous.blogspot.com/
zulfikar - editor zine Satu Arah - http://www.zulfikar.blogspot.com/
azy - editor zine Beautiful Eyes - http://beautifulxeyes.blogspot.com/
syukree - editor zine CHAOS PS - http://hatiku.blogspot.com/
zaxx - editor zine A Dream - http://zaxxx.tblog.com/
fazri - editor zine DRSA - http://kohong.blogspot.com/
dhani - editor zine Sebutir Bintang Merah - http://bilik.blogspot.com/
pipi - editor zine Hilang Punca - http://hilangpunca.blogspot.com/
berry - editor zine Pinocio - http://shonberry.blogspot.com/
kunin - editor zine Rigmarole - http://civilian.wordpress.com/
nazirah - editor zine Rigid - http://nazirahjadikaku.blogspot.com
apex - editor zine Neon - http://ammosham.blogspot.com/
syed shahrul - editor zine Sireh Dan Cengkih Terpilih - http://syedsyahrul.blogspot.com/

04 October 2006

ENTAH KENAPA TIBA-TIBA SAYA JADI LAPAR.
-himpunan cerita kontot.

Kemenangan Islam.
kita semua tahu Islam akan kembali menang dan tersebar dengan subur suatu masa nanti. tapi bila? ini hadis nabi yang aku dengar dari mulut ustaz sewaktu aku mendengar kuliah subuh: "ISLAM TIDAK AKAN MENANG SELAGI [MAKMUM] SOLAT SUBUH TIDAK SERAMAI SOLAT JUMAAT". so bila Islam akan menang? tak payah tunggu imam mahdi datang. tunggu korang gi sembahyang subuh berjemaah kat masjid baru Islam menang.

Sunat Itu Wajib.
kelmarin aku baca paper. ada cerita tentang: Indonesia Larang Doktor Khatan Budak Perempuan. larangan tersebut diwartakan atas alasan ianya mencabuli hak asasi reproduktif dan mencederakan anggota badan mereka. ditulis juga di berita tersebut bahawa Islam menggalakkan kanak-kanak perempuan disunatkan atas alasan dibimbangi nafsu kewanitaan akan melonjak dan tak terkawal. persoalan timbul di kepala aku: UNTUK APA AWEK DISUNATKAN? ADAKAH AWEK DISUNATKAN DENGAN ALASAN SAMA KENAPA LELAKI DISUNATKAN? BERSUNAT TU WAJIB KE? BERSUNAT ITU TUNTUTAN AGAMA ATAU TUNTUTAN ADAT? setahu aku, bersunat itu SUNAT mengikut tuntutan agama, namun ianya seakan-akan menjadi wajib setelah acara bersunat dilakukan secara konsisten. atas alasan kebersihan dan kesihatan diri kita disunatkan bersunat. namanya pun ber"SUNAT", bukan ber"WAJIB".

Menangis.
skrang ni. abis smayang tarawih, aku layan drama Korea tajuk HAPPY TOGETHER. drama bersiri pasal kekeluargaan. sedih giler citer nih. pelakon dia asyik menangis jek tiap2 hari. kadang2 aku pun nangis jugak.hehe.:P. abis tgk Happy Together, aku layan ah jugak Seputih Qaseh Ramadhan. boleh tahan ah jugak citer melayu yang satu nih. pasal prejudis masyarakat terhadap bekas banduan. sedih jugak. perbezaan ketara antara dua cerita ni ialah pelakon korea menangis keluar air mata bercurah-curah. tapi kenapa pelakon filem melayu kalo nangis tak keluar air mata ek?

Tagline.
iga tahun lepas. sejak pertama kali aku buat blog ni. tagline yang aku guna ialah "dan kau bisa membawa hatiku pergi...". sebetulnya itu translasi tajuk lagu A Fire Inside yang berjudul "and you can take my heart away...". malam kelmarin aku layan citer Jet Li masa zaman dia muda2 dulu. citer Fong Sai Yuk. aku dapat tangkap satu ayat best dari cerita tersebut. ayat tu ialah: FOR LOVE, I FEAR NOTHING. <--cuba tgk kat atas penjuru sebelah kiri blog, ada tak ayat ni.hehe.:P.

p/s:- tagline dah tukar. skin tak nak tukar ke?

Ambulans.
sejak kebelakangan ni aku tido agak lewat. menghabiskan waktu dgn membaca buku. sehingga jam 2-3 pagi. waktu yang tak ada kereta di jalan. waktu unggas menjalankan tanggungjawab memecah kesunyian malam. dan tiba-tiba ada bunyi siren bising ambulans menjerit melolong-lolong. "apa punya bangang la driver ambulans nih. pasang siren buat apa. bukan ada kete pun kat jalan time-time mcm ni.bego!"- gerus hati kering aku.

p/s:- situasi kejadian di klate.

Ultah.
22 haribulan 10 setiap tahun adalah hari ulang tahun [ultah] aku. seingat aku, dah 3-4 tahun aku sambut ultah dalam bulan puasa. dan 2-3 kali jugak ah aku dapat baju baru sebagai hadiah ultah. merangkap baju raya jugak lah. pemberian insan tersayang [term yang slalu ada dalam radio. masa dedikasi lagu]. tapi raya tahun ni aku tak ada insan tersayang. makanya tak ada baju baru lagi.huhu.:P. jadi kepada anda diluar sana, 22 hb ni hari ulang tahun saya. kalau nak bagi hadiah berupa baju, seluar ke ok gak. boleh saya pakai hari lebaran nanti.hehe. nak bagi hadiah lain pun takpe gak. macam buku Anarchism original dari Australia ke contohnya... hehe.;)

Baju Raya.
semalam aku beli baju raya. selepas dipaksa mak ayah aku. aku ni sangat liat untuk beli baju seluar baru yang stylo mylo. tapi kalo baju hitam alias politikal, aku pasti beli. seorang diri, aku pusing-pusing kat mall mencari baju yang berkenan dihati. 2 mall aku jelajahi. memakan masa beberapa jam. akhirnya aku berjaya beli sehelai baju. harga boleh tahan. kurang 10 ringgit daripada duit yang ada dalam wallet aku, rm50. gila miskin aku.huhu.:P. cuma aku nak cakap kat sini, tak best ah gi shopping sorang2. mulai hari ini, menggunakan blog, aku nak cari awek!

"Untung-untung ada kekaseh, datang dekat. Kenal dalam internet. Dulu chatting. Sekarang blogging ~ itu pun ok" - Hasmi Hashim, dalam kata pengantar Goblog.

02 October 2006

kepada yang masih belum tahu.


Buku Goblog telah beredar di planet bumi Malaysia. Tidak boleh didapati dari kedai-kedai buku di seluruh negara. Untuk mendapatkan Goblog, sila berhubung dengan teman-teman di talian berikut:


Faisal 019-2508857 [Kelantan]
Fendy 017-7020203 [Johor]
Haf 013-3517425 [Perlis]
Shon 017-2515567 [Kedah]
Hanim 019-5796625 [Perak]
Komeng 012-3284190 [Pahang]
Poodien 013-2437092 [Shah Alam]
Mat Pitt 012-5927723 [UIA Gombak]
Idhar Jr 012-6640957 [UiTM Shah Alam]
Azam 012-3337908 [Klang Lama]
Jay 019-3671837 [Ipoh]


Kedai E-Sastera
http://www.esastera.com/kedai


Untuk pesanan, sila CALL/SMS kepada nombor-nombor di atas. Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Cuma ada 500 naskah Goblog di muka bumi ini. Harga senaskah Goblog ialah RM23.00 termasuk caj penghantaran. Ulasan buku boleh dibaca di www.goblog2006.blogdrive.com

Ayoh Bersama Kita Membaca Dan Berfikir Sayang...