26 August 2006

JOM BUAT BUKU SENDIRI
Datuk Seri Rais Yatim kata dalam paper Harian Metro yang penulis buku kena buat buku sendiri baru cepat kaya. kalo tak, penerbit buku yang akan jadi kaya. penulis tetap miskin.

pada aku, bukan kaya isu utamanya. yang lebih penting ialah: autonomi dan kebebasan berkarya.

kalau ada saper2 nak belajar cara2 nak terbitkan buku sendiri, tanya aku. nanti aku cerita. yang aku nak bitau korang ialah: nak buat buku senang giler.

24 August 2006

PERGI MAMPUS SAMA ASABIYYAH!
bulan ni bulan merdeka. bulan yang setiap tahun disambut dengan penuh gilang gemilang meraikan kemenangan kita memerdekakan negara kita dari penjajah. ya, disudut itu kita memang merdeka. Tunku Abdul Rahman memang melaungkan perkataan "merdeka" di Stadium Merdeka. dan Tunku serta kawan2nya adalah pejuang kemerdekaan. ini adalah hakikat. aku tak ada masalah di situ. titik.

tapi kalau keadaan merdeka itu menimbulkan sifat asabiyyah, ada masalah timbul di situ. mungkin korang tak selalu dengar perkataan asabiyyah. jadi aku tukar perkataan asabiyyah kepada nasionalisme. patriotisme pun boleh jugak.secara asasnya asabiyyah ialah fanatisme ke atas sesuatu negara/bangsa. sifat bersatu ke atas negara/bangsa sendiri dan dalam masa yang sama membunuh negara/bangsa lain.

sejarah telah membuktikan betapa penyakit asabiyyah ini adalah punca utama yang mengakibatkan perpecahan umat manusia.

tak perlu lihat sejarah. lihat sajakat palestin. lihat aja kat lebenon. ada tak negara2 lain yang nak tolong negara yang ditindas tu? ada tak negara2 lain nak hantar peluru kat tentera zionis gila tu? yang hantar selimut+baju+makanan banyak ah. nah! inikan contoh jelas sifat asabiyyah yang menyebabkan kita sayangkan negara/bangsa kita sendiri tetapi dalam masa yang sama membunuh bangsa lain.

Ibn Manzur ada mendefinasikan asabiyyah sebagai seseorang yang menyeru orang lain agar memberikan sokongan padu dan pertolongan serta kemenangan kepadanya dan juga bersekongkol bersamanya menentang mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.
kan sudah sangat jelas asabiyyah adalah fahaman yang anti-perpaduan.

tapi pemimpin kita tak bodoh. kalau korang tanya pemimpin kita sekali pun, mesti diorang akan cakap asabiyyah tu tak bagus. dan sebab pemimpin kita tak bodohlah diorang twist perkataan asabiyyah tu jadi perkataan nasionalist.jadi perkataan patriotik. dan diorang taruk perasaan tu dalam diri korang. akhirnya setiap tahun di bulan ogos korang pasang bendera kat kereta, kat rumah korang.

betul ke tak apa yang aku cakap ni, korang fikir dan nilai sendiri.

tak pasti pulak apa kata agama lain.tapi islam larang kita jadi asabiyyah. kalau tak percaya, cuba korang check. ada beberapa hadis yang sebut pasal asabiyyah nih.

ok lah. aku stop dulu kat sini dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah telah menghapuskan kecelaan adat jahiliyyah yang penuh dengan sifat asabiyyah, iaitu berbangga bangga dengan keturunan ayahdan datuknya daripada kehidupan kamu, tidak kira sama ada mukmin yang bertakwa atau seorang kafir yang derhaka, mereka semuanya keturunan anak Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah" (Riwayat Abu Daud)

19 August 2006

apa yang korang nak tahu pasal dunia "underground"? bitau aku apa yang korang nak tahu. nanti aku tulis. :)

18 August 2006

16 August 2006

HOMICIDE -Tha Nekrophone Dayz- CD Out Now!

masih ingat dengan HOMICIDE yang pernah kami di Papakerma meriliskan demo mereka tidak lama dulu? dan sekarang Homicide muncul lagi dengan cd terbaru mereka yang memuatkan semua lagu lama dan baru yang pernah mereka hasilkan dan dikompilekan dalam satu cd. sila hubungi email: subciety [at] frblt.com untuk mendapatkan cd ini. atau sila ke website Homicide di http://www.nekrophone.com untuk maklumat lanjut.

10 August 2006



09 August 2006

Autobiografi
Bukan korang je tau aku buat buku. Pakcik aku yang busy tu pun tahu jugak. Lantaran itu, Pakcik aku nak suruh aku handle projek buat buku autobiografi dia. Sebelum ni dia dah suruh abang aku yang handle. Tapi projek tak jalan. Berbekalkan pengalaman yang tak seberapa, aku bersama abang aku akan cuba mengusahakan autobiografi Dato’ W ini sampai berjaya. Bukan Dato’ K tau, tapi Dato’ W. hehe.;). Sebagai permulaannya, aku nak tanya korang, buku autobiografi siapa yang aku harus rujuk dan stadi untuk dijadikan panduan aku menjayakan projek ni?
Habis Gelap Terbitlah GOBLOG
Oleh: Dhani Ahmad

Bermula dengan Jiwa Kacau, diikuti dengan Jongkang Jongket dan Ayah Kita Bos, kini muncul pula Goblog.

Goblog merupakan sebuah buku yang memuatkan koleksi tulisan 13 orang penulis blog, lelaki dan wanita, yang mana tulisan mereka diambil dari weblog masing-masing dan kemudiannya dibukukan. Buku dwi-bahasa ini mengangkat topik kehidupan sebagai tema. Kehidupan yang merangkumi segala macam isu seperti cinta, seni, politik, aktiviti hidup dan sebagainya.

Kelahiran Goblog yang dilancarkan secara rasmi oleh pihak penerbit pada 13.8.06 yang lepas telah menjadikan jumlah terkumpul blook (blog + book) yang ada di Malaysia setakat ini kepada 4 buah semuanya.

Goblog mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai buku pertama yang dihasilkan oleh komuniti d.i.y punk/hardcore, yang mana kesemua penulisnya adalah penggiat komuniti indipenden tersebut. Papakerma Press selaku penerbit buku ini juga diuruskan oleh anak muda yang bergiat aktif dalam komuniti yang sama.

Menurut editor Goblog, idea asal untuk menerbitkan Goblog tercetus setelah beliau merasakan sudah sampai masanya *zine dibaca oleh semua golongan, bukan hanya terhad kepada pembaca di komuniti d.i.y sahaja. Jadi, Goblog adalah representasi kepada sebuah zine yang dicetak secara pro-printed dalam usaha untuk meraih pembaca dalam skala yang lebih besar.

Secara keseluruhannya, isi kandungan Goblog tidak banyak perbezaan dengan blook-blook sebelumnya. Cumanya, para pembaca akan dapat merasai feel pembacaan sepertimana kita membaca tulisan di weblog sebenar. Ini kerana, Goblog sememangnya mengekalkan gaya tulisan asal para penulis sepertimana meraka menulis di weblog. Dengan kata lainnya, Goblog tidak menggunakan bahasa rasmi yang telah ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi menggunakan bahasa slanga yang bersahaja. Kerana Goblog adalah produk yang dikeluarkan oleh komuniti d.i.y, makanya melalui Goblog para pembaca dapat menyelami dan mengetahui serta merasai pengalaman-pengalaman hidup para penggiat komuniti d.i.y.

Kebanyakan penulis Goblog masih bergelar pelajar IPT. Jadi, Goblog adalah hasil kerja orang muda untuk kita semua. Satu buku, 13 penulis muda, 13 gaya bahasa berbeza, bermacam-macam kisah hidup.

Buku setebal 176 muka surat yang diterbitkan Papakerma Press ini dijual dengan harga RM20 senaskah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Goblog, sila layari website penerbit di www.papakerma.com atau layari weblog rasmi Goblog di www.goblog2006.blogdrive.com




*zine adalah buku yang dikeluarkan sendiri oleh penulisnya.

08 August 2006

BUNUH
tiap-tiap hari aku baca paper dan tengok berita. dan tiap-tiap hari jugalah aku akan baca/tengok berita pasal kes bunuh. sekarang ni hari-hari ada kes bunuh. kenapa ek? adakah zaman sekarang pihak media lebih bebas untuk memaparkan kes-kes sebegini? aritu Datuk Sharil ada cakap zaman Pak Lah lebih terbuka berbanding zaman Mahathir. ye ke lebih terbuka? aku rasa sama jek. tapi yang pasti zaman Mahathir tak ada kes bunuh setiap hari. orang kata zaman Pak Lah ni lagi teruk dari zaman Mahathir. minyak naik. harga barang naik. kes bunuh banyak. adakah ini semua bahana Islam Liberal anjuran kerajaan Pak Lah? eh silap. bukan Islam Liberal, tapi Islam Hadhari.hehe.:P. eh, tak apa ke aku tulis entri isu-isu macam ni? kang kena tangkap nanti.huhu.:P. apapun, semakin maju Malaysia semakin banyak kes-kes bunuh berlaku. ini bermakna MODAL INSAN yang selalu disebut golongan umno gagal dipraktikkan secara cemerlang, gemilang dan terbilang sepertimana gagalnya kempen Katakan "TAK NAK" Pada Rokok. dah ah. malas aku nak tulis entri ni panjang-panjang. aku stop kat sini dulu dengan persoalan: KENAPA KES BUNUH BERLAKU [HAMPIR] SETIAP HARI?

03 August 2006