29 June 2006

ANARKISME DALAM MUZIK
Oleh: Ben Hamidi

Is this the MPLA
or is this the UDA
I thought it was the UK.
or just another country
another council tenancy.
(Anarchy in the UK, The Sex Pistols, 1976)

Dengan ritma gitar yang begitu bingit, pukulan gendering yang pantas lagi rancak, hamburan vokal yang seakan benci kemerduan-inilah The Sex Pistols, kumpulan kelahiran United Kingdom yang mencetuskan revolusi budaya anarko-punk. Bermodalkan genre punk, kumpulan ini muncul ketika dunia sedang dibanjiri kegilaan anak muda terhadap glam rock.

Ledakan anarko-punk, atau anarkisme yang dieksperimen bersama budaya punk (termasuk muziknya) mula menjadi kegilaan anak muda setelah dipopularkan oleh The Sex Pistols.

Liriknya pastilah bait-bait yang menentang system pemerintahan, kapitalisme, peperangan, kewujudan sempadan Negara dan ketak-samaan social.

Faham anarkisme menganjurkan hidup masyarakat tanpa pemerintahan, tiada kerajaan, tiada negara, tiada birokrasi, tiada kelas social,. Antara anarkis terawal ialah Max Stirner (1806-1856), Pierre-Joseph Proudhon (1809-1865), Mikhail Bakunin (1814-1876) dan Peter Krapotkin (1842-1921).

Bagi anarkis, jika masyarakat hidup sama rata (tanpa pemerintah dan kelas sosial), dunia akan menjadi aman. Mereka percaya, fungsi masyarakat akan berlangsung dengan sendirinya secara kerjasama tanpa perlu ada kawalan kuasa.

Anarkisme sangat mempengaruhi kepercayaan anak muda. Di Eropah, mahasiswa pada sekitar 1970-an pernah bangkit berkonfrantasi akibat pengaruh anarkisme. Tetapi gerakan sosial ini tidak bertahan lama. Mereka dilihat terlalu radikal dan mengakibatkan masyarakat mempercayai bahawa anarki sekadar budaya picisan dan counter-culture.

Anarkisme dalam eksperimental muzik lebih menjadi tarikan berbanding anarki lain yang dilihat ‘sangat serius’.

Satu lagi kumpulan, Crass, turut dikatakan sebagai kumpulan anarko-punk yang tulen dan terawal. Penny Rambaud (pengasas Crass) menyelar The Sex Pistols kerana lari daripada prinsip anarki apabila bekerjasama dengan kapitalis industri muzik. Crass dikenali sebagai pemuzik anarki yang ‘paling tegar’ oleh peminatnya.

Apapun, popularity The Sex Pistols menyebabkan kumpulan muzik genre punk rata-ratanya menghimpunkan ekspresi anarki mereka dalam lirik. Antaranya, The Amputess, Behind Line dan kumpulan lain yang dikenali menerusi kompilasi album Bulls**t Detector. Gerakan kumpulan dan budaya ini bersatu dalam rangkaian bawah tanah, atau istilah popularnya, underground.

Aktiviti mereka ialah bermain muzik (gig, konsert mini, menghasilkan album secara independent), menerbitkan risalah (makalah, samizdat, dan majalah istilah popularnya - zine), terlibat dalam aktiviti social dan lain-lain kegiatan lazim anak muda.

Semakin lama, anarkisme tidak terhad dalam muzik punk, bahkan menular ke dalam genre muzik lain. Semuanya kerana rangkaian underground tadi yang meraikan kepelbagaian genre muzik-asalkan anti genre pop dan glamour!

Sebut sahaja-hardcore, rapcore, emocore, reggae, ska dan banyak lagi genre muzik-lirik mereka mengandungi unsure anarkisme, bahkan ramai yang tidak sedari! Tetapi lirik mereka tidak berbentuk indoktrinasi, mereka lebih suka meluahkan emosi dan reaksi terhadap kehidupan sekeliling. Kalau anti-kapitalisme, mereka tidak menyeru supaya anda benci kapitalis. Mereka hanya meluahkan kebencian mereka terhadap penindasan kaum pekerja. Kalau anti pemerintah, mereka tidak hasut anda supaya benci kerajaan, tetapi hanya rasa tidak puas hati sebab latih tentera. Mediumnya, muzik dan zine.

Sekitar 1980-an dan awal 1990-an, di Malaysia, kumpulan anarko-underground tumbuh bak cendawan sehinggalah tenggelam pada penghujung dekad yang sama akibat pengkomersialan aliran underground tadi. Tema anarkisme diganti dengan naratif hidup anak muda, cinta, falsafah dan apa sahaja selain politik.




nota: aku mencetak ulang artikel ni yang diambil dari Akhbar Mahasiswa. ;)

21 June 2006

JAPAN ATTACK MALAYSIA [again!]
akhir tahun lepas kami di Papakerma telah menganjurkan "On The Road Tour" dengan jayanya. On The Road Tour adalah tour gig 3 band yang didatangkan khas dari jepun. dan pada bulan augustus ini, sekali lagi Papakerma akan menjayakan mini tour gig untuk 2 band yang juga diimport khas dari jepun, iaitu: DipLeg [emotive hardcore] dan juga Curve [mellow indie pop]. DipLeg telah pun menghasilkan mini album yang berjudul "love without sympathy" di bawah label Papakerma Records. dan Curve juga sudah mempunyai ep yang berjudul "disarm + cellor door" yang diriliskan oleh Satire Records. tunggukan kehadiran mereka bulan augustus ini ok. check latest news about this disini: http://www.papakerma.com/ ;)

soundtrack untuk entry ni:
ARTIS: Curve
LAGU: The End is The Beginning
see the sin and i've been falling all this way
coming back tonight to be the one you exactly thought
and we all fall down through to feel the soul of underground.

19 June 2006

UNTUK RUANGAN FORUM ZINE CIKUI.
hai dhani,saya cikui dari labuan.salam perkenalan dari saya.sebenarnya,saya ada membuat sebuah zine.jadi di dalam zine tu saya ada membuat satu ruangan forum yang di mana saya bertanyankan pendapat kepada seseorang.saya haraap saudara tidak keberatan untuk memberi pendaapat saudara..
ini soalanya.


SOALAN:
kita semua sudah tahu bahawa,perkerjaan dan pembelajaran itu adalah perkara penting dan juga rutin di dalam hidup kita.sebagai seorang yang bergiat di dalam dunia hc/punk adakah anda merasakan bahawa diri anda sudah menjadi seorang yang hipokrit apabila anda di alam perkerjaan dan pembelajaran. kita semua tentu sudah tahu mungkin apa yang kita tentangkan di dalam hc/punk sudah tentu ada jika kita berkerja atau pun belajar.jadi apakah pendapat saudara,adakah kita tidak payah bekerja supaya kita dapat merpejuangkan hc/punk ini dengan lebih dalam lagi.

JAWAPAN:
ada tiga perkara yang saya highlight-kan daripada soalan anda di atas, iaitu: 1]perkerjaan dan pembelajaran. 2]hipokrit. 3]apa yang kita tentangkan.

membaca sepintas lalu dari persoalan yang ditimbulkan, apa yang dapat saya fahami ialah,saudara berpendapat belajar dan bekerja adalah tindakan yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dengan oleh punk/hc. terus terang saya katakan bahawa saya tidak setuju dengan penyataan saudara. ya, mungkin saudara melihat bekerja dan belajar adalah menyumbangkan keuntungan yang besar kepada kapitalis [saya bilang "mungkin" kerana subjek yang diutarakan terlalu umum. makanya, saya tidak tahu apa maksud soalan sebenar]. padahal, bekerja tidak seharusnya di syarikat milik kapitalis dan belajar tidak seharusnya cuma di sekolah. jadi, apa yang menyebabkan kita seorang punk jadi hipokrit jika belajar dan bekerja?

saya sempitkan pandangan saya. mungkin soalan mengatakan para punk/hc hipokrit dalam perjuangan kerana belajar dan bekerja setelah melihat situasi yang mana rata-rata dari kita membesar di sekolah dan bekerja di pejabat milik kerajaan kapitalis. dan ini sangat sekali bertentangan dengan pendirian punk itu sendiri yang menentang kapitalis. makanya, wujudlah keadaan hipokrit seperti yang dimaksudkan.

untuk menjawab soalan saudara, saya pecahkan jawapan saya ke dalam 3 kategori yang saya highlight-kan di atas.
1]perkerjaan dan pembelajaran.
-belajar dan bekerja adalah sebahagian kitaran hidup kita sebagai manusia. kita tidak boleh lari dari perkara ini. walaupun demikian, pilihan tetap ada. mau belajar di sekolah milik sosialis atau kapitalis? mau bekerja di syarikat sendiri atau kapitalis? makanya, keputusan terletak di tangan kita. saya bercakap tentang pro-pilihan. jadi, mau jadi cerdik atau bodoh? kita ini hidup di dunia yang busuk. sampai saatnya kita tidak dapat lari dari kebusukan itu. makanya kita harus terjun ke dalam kebusukan tersebut dan mencipta keindahan.

2]hipokrit.
-bercakap tentang hipokrit bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun ianya dalam konteks punk/hc. menjadi punk/hc adalah menjadi diri sendiri. makanya, kita tidak harus menghukum seseorang yang kita lihat sudah "terpesong" dengan apa yang [maksud] punk sudah tertulis di zine-zine. cukup sekadar dia tahu apa yang dia mahukan dan tidak melakukan tindakan yang mengganggu hak orang lain, pada saya itu sudah cukup punk.

3]apa yang kita tentangkan.
-bila berbicara tentang apa yang kita tentang, ini akan menampakkan kehipokritan masing-masing. pada saya, masih ramai yang tidak tahu apa maksud punk yang sebenar. jika tahu sekali pun, mereka tidak mempraktik apa yang mereka sepatutnya lakukan. dan disini istilah hipokrit selayaknya digunakan.sebagai contoh: punk menganjurkan kehidupan yang tidak memperlecehkan wanita, sedangkan mereka yang mengaku punk itu sendiri masih lagi melakukan perlecehan terhadap wanita.jadi, ini adalah hipokrasi dalam perjuangan. saya tidak mahu menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut. pada saya, masih ramai mereka yang mengaku punk yang tidak faham dengan apa maksud punk. jadi, mereka tidak tahu apa yang harus di lawan sebenarnya. yang harus diketahui oleh seorang "punk" ialah, bila dan dimana acara gig seterusnya akan berlangsung. hadir ke gig sudah cukup untuk membuat kita "pun"k. tidak perlu tahu apa yang harus ditentang/dilawan kerana kita tidak pernah akan menang dalam perlawanan sebegini sedangkan kita sendiri tidak kenal siapa kita, masakan kita mengenal siapa musuh kita. jadi, marilah kita ke gig beramai-ramai.;).see you in mosh pit bebeh!



nota: jawapan saya kepada soalan di atas ada tersirat di dalam 3 point yang saya huraikan tersebut. cari yang tersirat ok.;)


p/s:- aku nak ucap terima kasih pada cikui yang sudi ajak aku berdiskusi. dan nak mintak maaf jugak dengan cikui sebab aku tak hantar jawapan ni pada dia. bukan aku tak nak hantar, tapi dah lewat ah. aku dah dapat lama dah soalan ni. cuma baru sekarang aku berkesempatan nak menjawab. jadi, sebagai gantinya, aku letakkan jawapan aku kat sini agar hajat cikui mewujudkan "ruangan forum" di zine-nya untuk berkongsi pendapat dengan pembaca kesampaian. sekali lagi aku minta maaf pada cikui.

17 June 2006

67? apa maksudnya? klik
sini utk tahu maksudnya.hehehe.:P

13 June 2006

PENGECUT
harus aku terima hakikat bahawa dah ramai awek kat KL ni yang dah diraba dan dicium. tak kira lah kena raba+cium dengan sesaper pun. dgn balak dia ke. dia kawan dia ke. dgn perogol ke. perogol? fcuk!!! aku tak boleh terima kehadiran perogol dalam dunia nih. kenapa nak rogol2? kenapa nak paksa2? tak payah rogol2. mintak je. kalo nasib baik, mesti dapat.hehehe. kalo tak dapat, pergi ah kat chow kit. langgan pekerja seks kat sana. pendek kata, dah ramai awek yang dah merasa nikmat diraba, dicium dan disetubuh.;). dari pandangan aku dan kawan2, seks luar nikah dah jadi perkara biasa kat malaysia ni, terutamanya kat KL. kalo tak percaya, cuba baca pendedahan kisah seks luar nikah dalam Majalah Mastika, Majalah Remaja atau pun surat kabar Metro. kadang2 baca Mastika+Remaja rasa mcm baca buku blue [lucah] pun ada jugak. jadi, personali aku tak kisah kalau beristerikan gadis yang pernah bersetubuh dengan orang lain. bukan bermaksud aku menerima gadis yang pernah bersetubuh dgn orang lain adalah kerana aku pernah bersetubuh dengan awek lain. sumpah aku tak pernah bersetubuh. jangan kata nak bersetubuh, nak bercium dan meraba pun aku takut.hehe. makanya harus aku akui bahwa aku adalah pengecut.;P


nota: sila dengar lagu Iwan Fals selepas baca tulisan kat atas ni.;)


TAJUK LAGU: MAAF CINTAKU
NYANYIAN: IWAN FALS
ingin ku ludahi mukamu yang cantik
agar kau mengerti bahwa kau memang cantik
ingin ku cungkil keluar indah matamu
agar engkau tahu memang indah matamu

harus ku akui bahwa aku pengecut
untuk menciummu juga merabamu
namun aku tak takut untuk ucapkan
segudang kata cinta padamu

mengertilah...perempuanku...
jalan masih teramat jauh
mustahil berlabuh bila da yang tak terkayuh
maaf cintaku aku menggurui kamu

mengertilah...
perempuanku...
jalan masih teramat jauh
mustahil berlabuh bila da yang tak terkayuh
maaf cintaku aku nasihati kamu
maaf cintaku aku menggurui kamu
maaf cintaku aku nasihati kamu
maaf cintaku aku menggurui kamu

11 June 2006

DEMONSTRASI JALANAN
skang ni tengah kecoh isu demonstrasi jalanan. kat paper, kat tv semua sentuh isu ni. ni semua gara-gara president PAS, ustz Abdul Hadi yang membenarkan ahlinya menganjur/menyertai sebarang demonstrasi jalanan. ada yang tulis statement kata "abd hadi benarkan demonstrasi baling batu ke arah polis". tak tahu ah betul ke tak statement yang dikeluarkan tu. maklum aja lah, media bukan boleh percaya sangat. masing2 ada agenda masing2. tapi, sepanjang penglibatan aku dalam demonstrasi jalanan ni, tak ada ah sampai nak baling batu atau nak pukul2 polis. kalo polis pukul demonstran ada ah. apa pun, kat TV3 semalam ada buat soalan ni:

DEMONSTRASI JALANAN LEBIH BANYAK BAWA KEBURUKAN DARIPADA KEBAIKAN.
A] SETUJU
B] TAK SETUJU

jadi, pilih ah yang mana satu jawapan korang. ;)

06 June 2006

MENJADI *PUNK MEMBUAT ANDA LEBIH NAMPAK MUDA.;)
KES 1
sedang aku tunggu bas kat bus stand. tiba2 sebuah kereta berenti. keluar darinya, seorang laki umur lebih kurang sebaya dengan aku. dan bersuara "tumpang tanya, mcm mana nak masuk highway nak pergi kuantan?". aku jawab, "pergi straight, jumpa traffic light belok kiri. pergi terus jumpa fly-over masuk kanan". aku terangkan lebih kurang sikit lagi, pastu mamat tu pun paham. dan dia pun beredar dengan berkata, "terima kasih ya dik". "sama-sama" aku membalas sambil tersenyum. dia panggil aku adik? muda sangat ke aku ni? aku tersenyum lagi.;)

KES 2
aku lepak dgn Epul bersama aweknya, Lynn. tiba2 Lynn tanya umur aku. aku cakap "sama dgn Epul ah". "serius? 24? laa..sama ah kita" Lynn membalas. "ingatkan awak umur 20 tadi. nampak muda dari kitorang" Lynn berkata lagi. "hehe. ramai orang cakap saya mcm umur 20.hehe" aku menyambung. "orang lelaki tak molek nampak muda" Lynn berkata lagi . aku kata balik "nampak muda ah bagus. boleh ngorat gadis-gadis muda.hehe". "boleh ngorat awek skolah" Epul mencelah. aku dan Epul ketawa kecil.hehehe.

*punk=intelektual


06.06.06 : PUNK ASMARA
"apa peristiwa indah yang kita mau lakukan bersama hari ni? agar kita sentiasa ingat tarikh yang cantik ni: 06.06.06. Metal terus!!! hehe.;)"-aku
"up 2 u, gw mnunggu lu aja.hehehe."-agnes monica
"up 2 me? hmmm... kita jalan2 di mall mau gak? kita shopping, nonton film, & candle light dinner. oh romantis! huhu.;P"-aku
"sok romantis deh lu!!! anak punk yang romantis. punk asmara lu!!!"-agnes monica
"hiihihi.;P"-aku

03 June 2006

Projek Bancian Weblog Malaysia.
Untuk menyertai bancian ini, yang berminat hanya perlu email ke syedsyahrul (at) gmail (dot) com ATAU tinggalkan butir-butir berkenaan dibahagian komen.

1-Nama penulis (tidak wajib)
2-Nama blog
3-Bahasa utama
4-Pekerjaan penulis
5-Kategori blog
6-Masa menulis
7-Umur penulis

Maklumat tambahan.

sila ke http://syedsyahrul.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

02 June 2006

28.5.06 : CATATAN SEORANG (separuh masak) DEMONSTRAN. ;P

jam 10.30 pagi, hari ini, sekai lagi aku berada di KLCC untuk demonstrasi bersama rakyat yang membantah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan elektrik.aku sampai tepat pada masanya. acara baru dimulakan. para demonstran sudah memenuhi sekitar perkarangan KLCC. angkanya mungkin mencecah 500 orang [termasuk SB]. agak sedikit jika dibandingkan dengan demo-demo sebelum ini. dan para aparat juga ramai. polis dengan peralatan senjata yang lengkap ditubuh sudah siap sedia untuk memperlecehkan rakyat. truck water cannon siap untuk memandikan orang ramai. namun, demonstran tidak pernah gentar dengan tekanan pihak berkuasa ini. agenda demonstrasi diteruskan.

Che'gu Badrul, aktivis dari GERAK mengacarakan majlis. aku kenal Che'gu Badrul. pernah berhubung melalui email dan telefon, tapi belum pernah bersua muka. aku bercadang mau menegurnya sebaik saja demonstrasi ini selesai. namun hajat aku tak kesampaian.ini kerana, sewaktu wakil DAP memberi ucapan, pihak polis telah memberi arahan agar perhimpunan ditamatkan.namun, para demonstran tidak mengendahkan amaran polis. kami berhimpun secara aman dan tidak mengganggu keadaan sekeliling, jadi, tidak ada sebab untuk kami bersurai selain untuk terus menyuarakan permintaan rakyat. dan pihak polis tetap menjalankan tugas yang telah diamanahkan. sebai saja polis memberi arahan kedua [atau ketiga], truck water cannon mula bergerak dan memancutkan air kepada orang ramai. polis/FRU mula menyerang demonstran. keadaan jadi tidak terkawal. orang ramai berlari menyelamatkan diri. pada saat ini keadaan agak genting.ramai demonstran dipukul dan ditangkap polis/FRU. sehinggakan ada yang berdarah. setelah aksi kejar mengejar, pukul memukul dan tangkap menangkap, keadaan kembali tenang. tidak dapat disahkan berapa orang yang telah ditangkap. agak ramai. setelah itu, polis+FRU pulang membawa demonstran yang ditangkap. demonstran yang tidak ditangkap kembali berkumpul. beberapa front liner demonstran tampil memberi ucapan penutup dan mengajak para demonstran berkumpul di Pudu Jail untuk memberi sokongan solidarity kepada rakan-rakan yang ditangkap.

aku, azam dan pakwan tidak terus ke Pudu Jail.kami mengmabil keputusan untuk menonton movie di cinema KLCC. hehe.:P.kerana kami yakin takahan akan dibebaskan pada lewat petang. plan kami, selesai menonton movie, kami ke Pudu Jail. namun, hajat tidak kesampaian. cinema full house! ya, hari ni adalah hari ahad. jadi, ramai yang mau menonton. makanya, kami ke Kinokuniya dan menghabiskan masa dengan membaca majalah dan bersiar-siar di KLCC. ;)

jam 2 petang kami ke Pudu Jail. ramai skali rakan2 demonstran di hadapan Pudu Jail yang setia menunggu teman-teman dibebaskan. dihadapan Pudu Jail kami berkumpul memberi tekanan kepada pihak polis agar segera membekaskan rakan-rakan kami yang ditangkap. di sana, kami menyanyi, melaungkan kata2 semangat, memegang banner, dan mengajak pengguna jalan raya membunyikan "hon" kenderaan mereka sebagai tanda sokongan. keadaan disini agak meriah sekali. bising dan meriah.:). jam 3 petang, rakan-rakan mula dibebaskan seorang demi seorang. jam 3.45, kesemua 20 tahanan dibebaskan. mungkin kerana tekanan kami diluar jail agak kuat sehingga menyebabkan mereka membebaskan tahanan lebih awal. jika sebelumnya, tahanan dibebaskan sedikit lewat. sekitar jam 4 atau 5 petang.

jam 4 petang, aku dan azam menuju ke LRT Masjid Jamek untuk menjemput Toni [kawan aku] untuk ke acara Food Not Bombs. 20 minit berjalan kaki, kami tiba di lokasi yang dijanjikan. Aku call toni untuk mengesahkan koordinat sebenar dia. sebentar kemudia, aku bertemu dengan toni yang membawa bersama temannya yang bernama eza. oh ya, toni dan eza adalah cewek.:). dan kami berempat menuju ke lokasi Food Not Bombs.ini 1st time aku kenal eza. dan toni sudah aku kenal hampir 2 tahun. yang special dalam perhubungan aku dan toni ialah, hampir setiap kali kami bertemu, pasti kami akan bertukar-tukar cokelat kit kat.:). suatu hari nanti aku akan membuat novel yang berjudul: Aku, Toni dan Kit Kat. hehehe.:P

sementara menunggu acara pendistribusian makanan percuma dijalankan, banyak yang aku dan toni dan eza berbicara hal-hal yang berkaitan. pada masa yang sama, toni ada menghadiahkan aku sehelai baju Iwan Fals dan juga sekeping cd mp3 yang dibelinya di Medan, Indonesia. ada juga sekeping Kit Kat terselit di celah baju dan cd. terima kasih buat toni yang mengingati aku.;).

jam 6 petang acara food not bombs bermula. selesai jam 7 malam. aku, toni dan eza pulang ke Gombak jam 7.30 malam. dalam perjalanan pulang aku hulurkan sekeping kit kat yang sememangnya aku belikan untuk toni.:). tapi kit kat nya sudah ciar! hehe.maaf yer toni. hehe. ya, ini yang berlaku antara aku dan toni. pertukaran kit kat pasti berlaku walaupun tidak pernah kami janjikan.:)

jam 8.30 malam aku tiba di rumah. hari ini sangat memenatkan. aku fikir mau tidur aja dengan seberapa segera. namun, setelah menonton tv dan membaca newspaper, aku menulis catatan ini agar tidak segera dilupakan. jam sudah pukul 3 pagi. aku harus tidur. satu hari yang penat!
p/s:- lihat foto demonstran disini: http://emolagi.fotopages.com/
"tatkala aku ingin terbang, adalah lebih enak menjamu telinga dengan musik-musik syahdu emo-indie-rock seperti lagu-lagu Padi, Dewa, Everybody Loves Irene ataupun A Fire Inside" - Dhani Ahmad