25 March 2006

23 March 2006

BILA NAK KAWEN?
semalam aku layan sms dgn kawan aku. aku tanya bila dia nak kawen. dia cakap tak tahu lagi. dia tanya aku balik bila aku nak kawen. aku cakap paling cepat 4 tahun lagik aku kawen. terus dia bagi tarikh cadangan yang aku fikir agak menarik jugak kalau aku kawen pada tarikh tersebut. hehehe.;P. tarikhnya ialah: 20.10.2010. cantik kan tarikh nih. :)

HATI
tanah asal Adam diciptakan terolah dengan embun kasih sayang;
akibatnya, ratusan kesengsaraan dan kekacauan terlihat di dunia.
pisau cinta
menusuk pembuluh ruh.
setetes yang jatuh,
lahirlah hati
(Majdud Din Baghdad)
PUSTAKA INDONESIA ROCK!!!!
Pustaka Indonesia ialah sebuah toko buku yang condong ke arah menjual buku-buku keagamaan dan juga politik islam yang terletak di bangunan Wisma Yakin berhadapan dengan Masjid India. aku suka kedai buku ini. diruang yang sempit itu, ia sebenarnya merupakan gedung ilmu yang tidak ada tandingannya dari mana-mana kedai buku yang lain. sudah namanya pun Pustaka Indonesia, makanya sememangnya mereka merupakan distributors buku-buku yang didatangkan dari indonesia.

banyak buku2 keagamaan+politik islam yang didatangkan khas dari indonesia. sebut saja soal Islam, pasti ada di kedai buku ini. dan kebanyakkannya bukunya dalam bahasa indonesia. kita semua tahu, indonesia adalah lebih bebas berbanding malaysia. makanya buku-buku ilmiah dari indonesia juga lebih kritis dan kritikal pemikirannya berbanding dengan apa yang ada di malaysia.

minggu lepas, entah buat kali keberapa aku berkunjung ke Pustaka Indonesia. dilihat stuktur susunan rak kedai buku tersebut, aku pasti itu Pustaka Indonesia, tapi nama kedai itu bukan lagi kedai indonesia. pasti mereka telah menukar nama kedai buku tersebut. aku lupa nama baru kedai itu. di kedai itu, aku mencari buku2 yang murah dan menarik. ya, buku yang murah aja aku cari sekarang, kerana aku tidak punya banyak uang nih. hehehe.:P. cari punya cari punya cari, aku terjumpa buku KISAH WALI SONGO. aku fikir aku harus beli buku ini. kerana selama ini aku hanya tahu wali songo ada 9. tetapi aku langsung tidak tahu sedikit pun tentang wali songo itu. jadi aku beli buku ini dengan harga kurang dari rm6. murah bukan.:).hehe. sebetulnya aku beli buku ini kerana aku mahu tahu tentang kisah Sheikh Siti Jenar yang tidak tersenarai dalam senarai wali songo ini akibat dibunuh pemerintah. banyak cerita yang aku dengar tentang Sheikh Siti Jenar ini. ada cerita katanya dia terpesong. ada yang kata dia memberontak dan banyak lagi. jadi, aku harap aku dapat sedikit maklumat tentang Siti Jenar ini dengan membaca buku Kisah Wali Songo ini. niat aku ke Pustaka Indonesia ini juga untuk mencari buku-buku Kahlil Gibran. puas aku mencari, tapi tak jumpa. sewaktu aku membayar buku Kisah Wali songo ini, aku bertanyakan pada jurujual di Pustaka Indonesia itu "bang, buku kahlil gibran ada tak?". lantas dia menjawab, "buku kahlil gibran dah habis. mungkin lepas ni ada sampai lagi. tapi awak cuba tengok kat atas.tingkat 2".

terus aku ke lif, menekan butang naik, pintu terbuka, aku masuk, aku tekan no 2.sampai tingkat 2, pintu lif terbuka, aku keluar dan mencari kedai buku yang ada di aras tersebut. dan buat kali pertamanya aku sampai ke kedai buku tersebut. aduh, aku lupa namanya. yang pasti, kedai buku ini 3 kali ganda lebih besar dari Pustaka Indonesia. buku yang dijualnya sangat banyak. tapi orang yang mengunjungnya tidak banyak.mungkin lokasinya agak tersorok. atau sememangnya rakyat malaysia kurang membaca. aku lihat koleksi buku yang dijual di kedai buku ini tidak banyak bezanya dengan pustaka indonesia. hampir sama kesemuanya. cuma, lokasinya yang luas membuatkan penunjung lebih santai memilih buku apa yang mahu dibeli. di kedai buku ini aku terjumpa banyak buku-buku sufisme. dan terlalu banyak juga buku2 yang aku mahu beli. tapi, aku tak punya uang. jadi, aku simpan dulu niat itu. dan aku sangat terkejut kerana di kedai buku ini terdapat banyak koleksi buku Kahlil Gibran. yang pasti bukunya bukan yang original. maksud aku, buku kahlil gibran yang ini telah di translate dalam bahasa indonesia. aduh... sayang sekali aku tidak punya cukup uang, jika tidak akan aku beli kesemua buku-buku khalil gibran ini. yah! pastinya lepas ini aku akan beli buku2 khalil gibran ini. selain buku-buku khalil gibran, aku juga mahu beli buku Jalan Cinta Sheikh Siti Jenar. dari apa yang aku tahu, di indonesia ada 4 jilid buku yang menceritakan perihal sheikh siti jenar wali yang terpesong [?] ini. di kedai buku ini, aku cuma lihat ada satu buku tentangnya. dan pasti aku akan beli buku ini!

mulai sekarang, aku akan kumpulkan duit untuk beli semua buku2 yang menarik. dan bila aku sudah punya rumah suatu hari nanti, aku akan bina satu sudut bacaan [mini library] di rumah aku untuk ditempatkan semua koleksi buku aku dan kekasih aku.hehehe.;P

senarai buku yang aku mahu beli:
+ KOLEKSI BUKU KAHLIL GIBRAN
+ JALAN CINTA SHEIKH SITI JENAR
+ PARA SUFI AGUNG - kisah & lagenda
+ UTOPIA TRAUMA - Rahmat Haron
+ MAT JAN "Jongkang Jongket"
+ AYAH KITA BOS

15 March 2006




12.3.06 - 14.3.06: Menjelajahi Kota Singa Bersama Teman-Teman Dari Jepun.
[teks:- akan ditulis kemudian. kalau ada masa nak menulis.hehe]
[gambar:- sila lihat gambar yang lebih banyak di http://emolagi.fotopages.com]

06 March 2006

KAHLIL GIBRAN love story...
> pengenalan
sedang aku merayau-rayau di alam maya ini, tiba-tiba aku teringat tentang seorang tokoh ternama dunia iaitu Kahlil Gibran. terus aku menaip namanya di enjin pencari untuk aku mendapat lebih banyak info tentangnya. makanya, aku telah berjaya menemui situs Kahlil Gibran Online [http://www.kahlil.org/].
> isi penting
ini kali kedua aku menulis tentang Kahlil Gibran di sini. hujah aku tetap sama seperti sebelum ini, iaitu orang malaysia [terutamanya aku] langsung tidak pernah kenal siapa Kahlil Gibran padahal dia adalah antara nama-nama besar dunia. aku pernah membaca sebuah bukunya tidak lama dahulu hasil pinjaman seorang teman. aku lupa nama buku tersebut. yang pasti, ianya sebuah buku fotostat. yang aku tahu dari mulut teman-teman, Kahlil Gibran ini pujangga cinta yang sangat indah gaya penulisannya. tapi aku tidak dapat menikmati keindahan bahasa/tulisan tersebut tatkala membaca bukunya kerana buku tersebut adalah buku yang ditranslasi dalam bahasa indonesia. dulu aku berasa sangat pelik dengan keadaan ini. soal aku sangat mudah: kenapa di indonesia Kahlil Gibran sangat dikenali sedangkan di malaysia tidak. bahkan di sana juga terdapat juga pengikut/penganut/persatuan/kelab Gibranism.
> isi penting kedua
baru-baru ini aku bersama Jehan [bukan nama sebenar] duduk minum disebuah restoran sambil membedah bicara hal-hal untuk mempublikasi buku. kebetulan datang pula seorang teman kepada Jehan yang bekerja dengan KDN. Jehan menanyakan beberapa hal yang berkenaan dengan akta-akta percetakan. sedang asyik bersoal jawab itu, tiba-tiba terpacul dari mulutnya satu ayat yang betul-betul menjawab kepada pertanyaan aku sebelum ini. ayatnya berbunyi: "kat Pustaka Indonesia tu banyak buku yang tak lepas [akta percetakan]. tapi ianya dikaburi dengan buku2 agama. tapi kalau kau bernasib baik, kau akan jumpa buku-buku yang memang tak boleh masuk Malaysia. silap-silap kau boleh dapat buku Kahlil Gibran."
> penutup
sekarang, aku telah tahu kenapa aku sangat susah untuk mencari buku Kahlil Gibran. rupanya karya seni Kahlil Gibran ini diharamkan di Malaysia. yang aku tidak tahu adalah, kenapa ianya diharamkan. jadi, aku harus mencari jawapan kepada soalan ini.

02 March 2006




AKTIVITI: BERCANDA DI TEPIAN TASIK
TARIKH: 11.3.06 [Sabtu]
MASA: 10 pagi - lewat malam
TEMPAT: Artport, Galeri Shah alam, Tasik Shah Alam.
TIKET: Donasi [sumbangan ikhlas dari anda ini akan digunakan untuk membayar kos instrument dan juga kos-kos berbayar yang lain. Jadi, donate-lah sebanyak mungkin.J.terima kasih.]


[ATURCARA]
> Pameran dan jualan zines/buku-buku underground.
> Penerangan ringkas tentang acara yang dianjurkan.
> Diskusi tentang zine/alternatif literatur. Panelis: ________, ______ & _______.
> Persembahan musik band-band independent tempatan dan juga band jemputan khas dari Jepun.

*juga akan terdapat persembahan pemusik bebas [busking] dari rakan-rakan sekitar KL sepanjang aktiviti berlangsung.


[PERSEMBAHAN BAND]
1] AKTA ANGKASA - space rock from angkasa lepas
2] TWO FOOT CANDLE - melodic thrash rock with screaming vocal
3] CYNIC 19 - japanese power violence
4] SHOCK SYSTEM - powerfull rap core ala Rage Against The Machine
5] THE ACT WE ACT - japanese post hardcore
6] CUSTOM DAISY - mathematical grind core

*persembahan band mengikut susunan di atas.


[DISKRIPSI AKTIVITI]
"BERCANDA DI TEPIAN TASIK
" murupakan acara yang tidak ubah seperti pesta buku yang pernah anda hadiri di PWTC mahupun di tempat-tempat lain. Cuma yang bezanya ialah, kami cuba menonjolkan sebanyak mungkin bahan bacaan yang tidak pernah dijual di kedai-kedai buku kesayangan anda. jika ada skali pun, ianya tersangat jarang dan sangat susah untuk ditemui.

Buat julung kalinya idea acara ini direalisasikan ke alam nyata dan ianya merupakan acara percubaan bagi kami pihak penganjur yang mempunyai rancangan untuk menjayakan acara seperti ini dengan keadaan yang lebih besar dan meriah, yang akan kami namakan sebagai ZINE SYMPOSIUM. jika ada yang bertanya "apakah itu zine?", maka datanglah kepada kami pada hari tersebut dan kami akan menerangkannya secara detail kepada anda.

secara kasarnya pada 11.3.06 ini akan berlangsungnya pemeran dan jualan zine/buku/literatur alternatif yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. pada masa yang sama juga akan berlangsungnya satu diskusi yang berkenaan dengan acara yang dijayakan ini. sebagai acara penutupnya, kami akan hidangkan anda dengan acara persembahan musik dari band-band independent tempatan dan juga terdapat penampilan khas dari band yang dibawakan dari Jepun. jangan risau, kami bukanlah kumpulan black metal yang haram disisi perundangan malaysia.:). kami adalah orang muda yang percaya bahawasanya tidak membaca Harian Metro mahupun Kosmo akan menjadikan kita lebih pandai.:).

datanglah beramai-ramai memeriahkan acara ini. jangan lupa membawa kekasih masing-masing kerana tempat berlangsungnya acara ini adalah tempat yang sangat indah untuk bercanda.hehe.:).


"selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karakteristik, tak ada beza antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan buletin-buletin Jumaat di masjid-masjid "



[PERINGATAN]
* Kepada anak-anak band, sila datang awal untuk sound check. Beradalah di sana seawal jam 10 pagi dan selewat-lewatnya jam 2 petang. Kegagalan anda untuk datang pada waktu yang ditetapkan akan mengganggu acara yang telah direncanakan. Kepada orang ramai/pengunjung juga sila datang awal. kerana banyak aktiviti menarik dan juga tempat indah untuk dinikmati bersama si dia.J.

* Bands! jangan lupa membawa sendiri peralatan seperti gadget, cable, zoom, effect, guitar, bass, violin, keyboard, sitar, organ, drum snare, cymbal, pedal etc. Kami hanya akan menyediakan keperluan asas sahaja. - 1 drum set, 3 guitar amp, 1 bass amp (all with micing), mic, p.a system (monitor, mixer, speaker) and stand.

* Bawalah barangan/produk d.i.y anda (music, literature, zine, t-shirt, handmade/homemade item, anything!!!) untuk dijual atau dipamerkan. Meja/tempat untuk menjual atau mempamerkan barangan akan disediakan secara percuma kepada anda.

* Kepada sesiapa yang berniat untuk menbaca sajak, memberi penerangan informasi terkini, memberi penerangan tentang zine atau mahu mengambil bahagian dalam acara diskusi, bersiap sedia memperkasakan diri anda seadanya. kerana kami mungkin akan mengadakan sesi terbuka kepada semua orang untuk berbuat perkara yang mereka mahukan secara demokratik. lebih kurang macam "public space" ah nie.J.

* Bawalah wang yang lebih untuk membeli barangan yang ada dan juga untuk menderma/donasi kepada kami [penganjur] untuk membayar kos yang dikeluarkan.JUMPA KAMU DISANA!!! TERIMA KASIH!!!



[PIHAK PENGANJUR]
Papakerma
Artport
Propamedia Records
Revolt & Chaos Records


Teks: Dhani [papakerma]
Grafik: Poodin [artport]