29 July 2006

Laporan Ekslusif Majlis Dialog Isu-Isu Semasa bersama Tun Dr Mahathir.

hari ni, 28.7.06, aku dengan abang aku pegi ke Majlis Dialog Isu-Isu Semasa bersama Tun Dr Mahathir Mohammad kat Hotel Perdana, Kota Bharu. majlis ni dianjurkan Jawatankuasa Protem Alumni Parlimen & Dun UMNO Kelantan serta Ahli UMNO.kat poster tulis program start pukul 3 ptg. tapi aku sampai sana pukul 3 ptg, orang masih tak ramai seperti yang dijangkakan. kereta pun tak banyak mana. aku dan abg aku terus naik ke dewan. sebelum masuk dewan, a.j.k program suruh isi borang. aku isi. tapi tak hantar sbb abg aku tak isi dan tak hantar. abg aku takut ada bad effect untuk pekerjaan dia kerana hadiri program "politik" sebegini. jadi, tanpa menghantar borang, kitorang menyelinap masuk.

masuk jek dewan, tgk orang dah penuh. tinggal seat kat belakang jek ada kosong lagi sikit.kitorang pun menempatkan diri.kat atas setiap kerusi ada beg plastik berisi air mineral dan juga kuih. dapat makan free beb.hehe.:). aku duduk kat belah belakang, kanan stage. posisi yang tak strategik utk mengambil gambar tapi agak menarik utk mendengar dan melihat. duduk lepak2 kejap. jam 3.15 Tun Mahathir sampai. ketibaan Tun disambut dengan tepukan gemuruh. tak ada laungan HIDUP MELAYU [UMNO] atau laungan ALLAHUAKBAR [PAS].

acara dimulakan dengan bacaan doa. masa tengah baca doa nih, keadaan ribut sikit. orang ramai still nak masuk walaupun dewan dah full. mereka tak hirau arahan a.j.k. orang ramai tetap menyerbu masuk melalui pintu belakang. sedikit bising. mengganggu suasana hening pembacaan doa. akibatnya, ramai meraka yang berdiri kat belakang. selepas bacaan doa selesai, kemudiannya pengerusi Jawatankuasa Protem Alumni Parlimen & Dun UMNO Kelantan memberi sedikit ucapan. Jawatankuasa Protem Alumni Parlimen & Dun UMNO Kelantan merupakan sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan khas untuk menjemput Tun Mahathir datang berdialog hari ini. aku respek jugak ah kat geng2 umno yang buat NGO baru nih. respek sebab diorang berani ambil risiko. dah sah-sah tindakan diorang ni adalah tindakan serah kepala kepada Pak Lah untuk dipotong. tak ada geng diorang nih, tak dapat aku nak dengar Mahathir cakap live arini.hehe. sebenarnya, sebelum NGO baru ni invite Mahathir datang berucap kat kelantan, dah ada grup UMNO lain yang invite Mahathir. tapi grup tu secara tiba2 membatal jemputan mereka atas nasihat Pak Lah. oleh kerana itu timbul grup baru yang berani dan tak takutkan Pak Lah nih.

setelah Pengerusi Jawatankuasa Protem Alumni Parlimen & Dun UMNO Kelantan selesai berucap, jam 3.25 ptg, Tun Mahathir mula berbicara. banyak sangat benda yang Mahathir cakap. tapi perkara pokok yang meniti di bibir Mahathir ialah tentang kerajaan Pak Lah dan menantunya, AP, dan isu jambatan kat Johor+Spore. tak larat ah aku nak tulis secara detail apa yang Mahathir cakap tadi.
tapi kat bawah ni adalah isi ucapan menarik Mahathir yang sempat aku catit:

- 4 perkara yang saya ambil berat sebelum letak jawatan. 1-Keadaan negara stabil. 2-ekonomi pulih. 3-kewangan negara baik. 4-UMNO kembali bersatu padu
- saya tak paham kenapa orang yang saya pilih membenarkan keceman-kecaman ke atas saya.
- ini adalah sebahagian saja... banyak lagi perkara-perkara yang tak baik berlaku dalam negara kita sekarang.
- saya pilih kawan baik saya jadi PM. bukan saya pilih keluarga saya.
- saya dapati mereka banyak lakukan yang salah. jadi saya tegur.
- saya komplen sikit. jawablah. mereka [kerajaan] jawab: "kami tak perlu jawab"
- saya dituduh memecah-belahkan UMNO
- presiden UMNO bukanlah malaikat
- sekarang ni saya tak boleh cakap dengan orang UMNO. kat sini ada orang UMNO tak? ;)
- kita negara berdaulat. kita nak buat jambatan di negara kita. kenapa nak tanya singapura?
- kenapa nak pertahan singapura bukan nak pertahan malaysia?
- singapura dah setuju untuk buat jambatan. dia tulis surat kepada saya. tiba-tiba kita pulak kata singapura tak setuju. kerajaan nak bela malaysia atau singapura?
- saya dapati mereka tak ada kejujuran. cakap lain buat lain. cakap tak serupa bikin.
- sekarang ni ada istilah baru iaitu "spin doctor". doktor putar. macam mana nak putar sesuatu laporan (akhbar). ini lah yang diusahakan Kahlimullah.
- saya tak sangka News Strait Time yang kita beli dulu digunakan untuk menghentam saya.
- kalau nak jadi PM, mestilah jadi PM yang menguruskan kebaikan negara dan rakyat. bukannya hanya untuk keluarga dan menantu mereka.
- apa gunanya kita berbaik dengan singapura? dia tak bagi apa-apa pun kepada kita.
- kita masih jual air kepada singapura 3sen untuk seribu gelen.
- kita nampak macam takut sangat dengan singapura. apa nak takut?
- 3K pengkhianat negara. orang yang menentukan segala-galanya tentang negara.
- 3K = Kamal. Khairy. Khalimullah [Khairy + Pak lah]
- kita tak perlukan Suruhanjaya Antara Agama [IFC]
- islam hadhari? saya tak bersetuju sangat dengan islam yang satu lagi ni. islam satu cukup lah. tak perlu ada islam yang special.
- saya tak boleh tahu apa orang nak jadi. dulu baik. sokong saya 100%. tapi sekarang hentam saya.
- saya takkan kembali bertanding jadi PM. 22 tahun jadi PM cukup lah. umur pun dah 81. dah nyanyuk dan pun. kalau nak tahu tanya nazri. nazri kata saya nyanyuk.
- saya ahli UMNO. kalau nak buang, buanglah. jiwa saya tetap UMNO.

banyak lagi ucapan2 yang menarik sepanjang sejam beliau berucap. oh ya, sesi dialog ini dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu, sesi pertama sesi Mahathir berucap dan sesi kedua sesi soal jawab. hampir sejam Mahathir berucap di sesi pertama. sesi kedua jadi lebih menarik dengan persoalan2 yang lebih luas skopnya. dan soalan yang paling menarik bagi aku ialah: TAK TAKUTKAH TUN SEKIRANYA TUN DITAHAN I.S.A? "takut jugak... hehehehe."-Mahathir menjawab diiringi hilai tawa para hadirin.hehe.

melihat kepada keadaan Mahathir sekarang ni mengingatkan aku pada kes Anuar Ibrahim tidak lama dulu. lepas Anuar kena pecat dengan Mahathir dulu keadaan dia macam ni jugak ah. sibuk dengan "road tour". Anuar pergi segenap tempat untuk terangkan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan Mahathir. dah Anuar bising sangat, Mahathir kasi lebam dia punya mata dan kasi dia lepak dalam jail 6 tahun. so, skang ni aku nak tengok apa tindakan Pak Lah ke atas Mahathir. nak tengok sampai bila Pak Lah boleh terus berdiam dengan Mahathir.

oh ya. aku tengok berita jam 8 malam tadi, diorang cakap Mahathir terkena [tempias] semburan papper spray masa tiba kat airport Sultan Ismail Petra, Kelantan pagi tadi. berita cakap "orang tu" nak spray muka Ibrahim Ali, tapi terkena kat muka Mahathir. ke memang "orang tu" nak sembur muka Mahathir? orang awam kecoh kata yang spray tu Special Branch. sebab orang yang spray tu pakai jaket hitam. Ketua Polis negara menafikan tindakan tersebut melibatkan anggota diorang. dan Pak Lah sangat murka dengan perbuatan biadap menyembur semburan lada ke muka pemimpin tadi. Pak Lah mahukan perkara tersebut diatasi dengan segera dan mahukan penyembur yang biadap itu dihukum seberat mungkin. personali, aku percaya kalau yang spray tu SB. sbb orang biasa tak-kan berani buat benda2 macam tu. diulangi, TAK AKAN BERANI. kalau orang biasa berani, mesti Mahathir dah mati kena tembak masa zaman2 reformasi dulu.[masa zaman reformasi dulu kecoh kes geng reformasi nak bom stadium Bukit Jalil.tapi tak ada pun]. jadi, siapa yang lebih berani selain SB? nasib baik kes kat airport tu tak menjejaskan jadual lawatan Mahathir ke Kelantan.

secara keseluruhannya aku berpuas hati dan TERHIBUR dengan program ni.[mana tak terhibur, gelak jek memanjang. pandai betul Mahathir buat lawak.hehe.:).] setidak2nya, program sebegini memberi peluang untuk aku mendengar suara dari kedua-dua belah pihak yang bertelagah. program tamat sepenuhnya pada jam tamat 5.20 setelah Mahathir selesai memotong pulut kuning. dan aku sempat naik ke atas pentas untuk mengambil gambar pulut kuning tersebut.hehe.-TAMAT-

20 July 2006

LAUNCHING MALAYSIA 1ST HARDCORE/PUNK D.I.Y BLOOK: GOBLOG


19 July 2006

12 July 2006


TANYA SENDIRI.JAWAB SENDIRI. [part 2]

+APA KABAR CINTA? AWEK SIHAT? hehe.:P.
-awek? wah soalan cepu emas nih.hehe. maaf ya, awek dan cinta adalah hal peribadi saya. dan saya tak nak campur soal cinta dengan karier saya. sampai masa anda akan tahu siapa awek saya.:P.hahaha. ada tak jawapan saya ni macam jawapan Siti Nurhaliza yang mengelak untuk menjawab soalan bila ditanya tentang Datuk K[umis].hehehe.:P. terus terang aja ya, status saya masih bujang. masih solo. masih tak ada awek. jadi, kepada gadis2 yang memerlukan kasih sayang seorang lelaki bolehlah menghubungi saya. tau tak macam mana nak kontek saya? kalau tak tahu, sila tgk cara nak hubungi saya kat sini: http://www.bilik.blogspot.com/ . hehehehehehe.:P

+TAK ADA AWEK? JANGAN BOHONG BRO. HARI TU SAYA TENGOK BRO BERKEPIT DENGAN GADIS KAT GIG. TU BUKAN AWEK KE? :P
-adus.kantoi ah plak.hehe.ok-lah, mungkin ada yang pernah terserempak saya berjalan bergandingan tangan dengan gadis sebelum ni. kalau sebelum ni gadis tu memang awek saya.tapi sekarang dia bukan awek saya lagi. kitorang dah bercerai. jodoh kami tak panjang. jadi kami terima takdir ini dengan hati yang terbuka. eh, yang ni macam jawapan yusri dgn erra ah plak.hehehe. jadi, sekarang saya solo.;P.

+HARI TU SAYA ADA BACA TULISAN ANDA DI BLOG TENTANG ANDA NAK PERGI JAKARTA DENGAN GADIS. SIAPA GADIS TU? AWEK BARU EH? CAYALAH...GI HONEYMOON KAT JAKARTA DENGAN AWEK BARU.hehe.:P
-ish... ko nih. soalan mengalahkan Melodi lah. macam artis pulak aku rasa bila tanya bab-bab macam nih. kat punk/hc scene pun dah ada gosip eh skang? hehe.:P. yang akan temani saya gi indonesia tu kawan saya. kawan rapat. kawan yang minat benda yang sama. dia masih solo tau. nak ngorat dia tak? :)

+TEMAN SAYA KATAKAN TULISAN DI ZINE SEBUTIR BINTANG MERAH BANYAK YANG MENJURUS KEPADA ROMANTIK REVOLUSI [TULISAN2 ROMANTIS DAN POLITIKAL]. MEMANG KAMU INI ORANG YANG ROMANTIS YA? :)
-hehe. saya pun tak tahu saya ni romantis ke tak. rasanya tak kot.hehe. tentang zine saya yang dikatakan romantik revolusi itu saya sendiri pun tak pasti. ada orang kata zine saya zine emo. ada orang kata zine saya zine komunis. mungkin sebab nama Sebutir Bintang Merah itu kot. mungkin ada betulnya zine saya itu romantis, emo, komunis. tapi yang sangat tepat untuk zine saya ialah, ianya kompilasi tulisan yang pelbagai. ada personal, ada yang politikal. jadi, Sebutir Bintang Merah adalah zine macam-macam adaaaaaa... hehe.

+ZINE DI MALAYSIA SUDAH MATI. SETUJU?
-zine di malaysia belum mati. tapi hampir mati.masih ada orang yang buat zine di malaysia, tapi semakin tidak ramai. mungkin proses membuat zine itu agak rumit jika untuk dibandingkan dengan membuat dan menulis di website/weblog di internet. pada saya, keadaan ini berlaku disebabkan perkembangan teknologi. jika dulu kita cuma ada medium zine untuk menyampaikan mesej kita. makanya kita ramai2 bertungkus lumus menghasilkan zine masing2. tapi sekarang, kemajuan teknologi komunikasi mencipta medium baru untuk kita menyampaikan mesej. sekarang kita boleh menyampaikan mesej melalui website ataupun weblog. menulis di zine mahupun di website ataupun weblog, masing-masing mempunyai sentimental value yang tersendiri. jujur aja ya saya rasakan scene punk/hc kurang meriah setelah tidak banyak zine beredar didalamnya.

+KAMU SENDIRI SUDAH TIDAK MENGHASILKAN ZINE BUKAN? ;)
-hehe.tidak benar tu.saya masih menghasilkan zine. tapi tidak seaktif dulu. tapi saya akan pastikan setidak-tidaknya saya akan melahirkan satu isu zine setahun. tahun lepas saya ada menghasilkan Sebutir Bintang Merah edisi ke 3. tapi jualannya tidak terlalu menggalakkan. mungkin kerana kurang promosi atau mungkin juga kerana saya tidak pernah berusaha untuk menjual zine tersebut dalam skala/jumlah yang besar. dan untuk tahun ini saya tidak akan mengeluarkan zine, sebaliknya saya dan teman-teman akan menghasilkan sebuah buku yang bernama GOBLOG!

+BUKU GOBLOG?
-ya. buku. jika sebelum ni kita menghasilkan zine secara d.i.y, sekarang saya dan kawan2 bergabung untuk cuba menghasilkan sebuah buku yang konsep penciptaannya tetap sama seperti menghasilkan zine. yang bezanya, zine difotostat, buku dicetak secara pro printed.

+BOLEH CERITAKAN SEDIKIT TENTANG MINI ZINE FESTIVAL YANG KAMU DAN KAWAN-KAWAN JAYAKAN DI SHAH ALAM TEMPOH HARI. APA TUJUANNYA DAN BAGAIMANA SAMBUTANNYA.SETAHU SAYA, ITU-LAH JULUNG KALINYA ZINE FESTIVAL PERNAH DIADAKAN DI MALAYSIA.
(soalan ini akan dijawab di episod akan datang. tunggu.... hehe.:P...)

11 July 2006


DARI PENULIS BLOG KE PENULIS AKHBAR.
[poyo jek tajuk.haha.] ;)
hari tu aku ada terima jemputan utk menulis kat sebuah paper tabloid tempatan. paper apa? cuba korang teka paper mana yang jemput aku menulis tu.hehe.:). dia jemput aku menulis lepas dia baca tulisan kat blog aku. tulisan aku bukan best pun. memang tak best pun! dan aku tak konfiden utk menulis kat akhbar yang dibaca ramai orang. tapi dia cakap dia tahu menilai sesebuah tulisan. maksud tersiratnya, dia tak kan jemput kalo tulisan tak bagus.

masa dia tanya sudi ke tak menulis kat paper tu, aku tak boleh bagi keputusan. sbb aku tak yakin dgn tulisan aku. maka aku cakap, "tgk ah macam mana. kalo ada kelapangan, ada idea, saya tulis". kiranya aku penulis part-time jek ah.

kebetulan pulak ada satu masa tu aku bosan. jadi aku cuba menulis utk akhbar tu. dan siap satu artikel. aku antar kat dia. aku cakap: kalo best, ambik. kalo tak best, buang jek. hehe.:). biasa ah, nak menulis kat mana2 mesti melalui proses suntingan dulu. tapi kalo korang menulis kat Goblog, aku tak sunting tulisan korang. betul nih. jgn tak percaya. ;)

arini aku cek email. aku dapat email ni:
Artikel saudara telah diterima. Terima kasih kerana menulis untuk pihak kami. Jika tidak keberatan, saudara disyorkan menghantar gambar potret untuk disiarkan bersama artikel. Terima kasih.

aku tersenyum bila baca email ni. ;). sambil baca email tu, fikiran aku teringat kat Toni, Siti Azizah, Norhazliana dan Erin. mereka yang bagi sokongan kat aku supaya terima tawaran menulis kat paper tu. terima kasih kepada kamu semua! ;) -TAMAT-

post script:
- terima kasih kepada kawan2 yang sudi vote dan komen untuk cover goblog tu. keputusan nak pilih cover mana dah pun dibuat. jadi, tunggulah kemunculannya nanti. hehe. ;)

06 July 2006

Zine Sebagai Media Alternative
Oleh: Ahmad Faisal

selama ini zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karekteristik, tak ada beza antara zine yang biasa di edarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan bulletin-buletin Jumaat di masjid-masjid - anonymous

Petikan di atas jelas sekali menunjukkan bahawa masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan zine.

Secara asasnya, zine merupakan sebuah buku yang dikeluarkan sendiri oleh penulisnya. Bermula dari seawal proses menulis isi kandungan zine, mereka-letak, mempromosi, sehinggalah kepada proses akhir dalam penghasilan zine iaitu mencetak dan mengedarkan zine tersebut kepada para pembaca. Semua proses ini dilakukan sendiri oleh pembuat zine dengan inisiatif masing-masing. Atau dalam istilah lainnya, secara DIY (Do It Yourself).

Zine merupakan medium penulisan alternatif bagi para penulis yang mahukan kebebasan berkarya tanpa disekat oleh mana-mana akta atau syarat-syarat tertentu yang mungkin akan menyebabkan idea asal tulisan mereka tidak berjaya disampaikan secara maksima.

Di Malaysia, penghasilan zine lebih sinonim dengan komuniti punk/hardcore atau juga dikenali sebagai komuniti DIY. Seawal tahun 90an lagi para penggiat komuniti DIY telah mula menerbitkan zine. Tidak ada topik khusus yang ditetapkan dalam menerbitkan zine. Rata-rata penulis zine menghasilkan zine mengikut kecenderungan minat masing-masing. Ada yang mengetengahkan isu muzikal, ada yang berunsur politik, dan ada juga zine yang personal. Kepelbagaian minat memeriahkan lagi keadaan penghasilan zine.

Menghasilkan zine tidak perlu melalui proses yang berbelit-belit. Penulis secara langsung dapat menyampaikan apa yang difikirkan terus kepada pembaca. Tidak seperti keadaan di arus perdana, yang mana setiap tulisan akan terlebih dahulu disemak, dinilai serta ditapis oleh pihak penerbit sebelum tulisan tersebut sampai ke pembaca akhir. Malah, proses-proses penyuntingan oleh penerbit juga boleh menjadikan tulisan penulis berubah sama sekali daripada tulisan awalnya.

Para editor zine secara tidak langsung telah memilih medium yang lebih autonomi dalam menyampaikan pendapat mereka. Idea-idea yang mungkin tidak diluluskan oleh penerbit arus perdana boleh dicetak di zine masing-masing. Ini kerana, setiap keputusan adalah milik penuh editor zine tersebut. Dan menerbitkan zine bukanlah bertujuan mencari keuntungan wang ringgit tetapi untuk kepuasan berkarya dan pada masa yang sama menyampaikan mesej.

Secara keseluruhannya, isi kandungan zine tidak pernah melanggar hukum-hukum manusiawi. Tidak ada tulisan yang berbentuk perkauman mahupun tulisan yang mencemuh keburukan pihak-pihak tertentu. Ini kerana, editor zine yang terdiri daripada penggiat komuniti DIY adalah mereka yang sedar tentang hak-hak asasi manusia.

Tidak ramai yang tahu tentang zine. Tapi di zaman teknologi maklumat ini pasti ramai yang tahu tentang weblog. Menghasilkan zine tidak ada bezanya dengan membina weblog. Yang mana, penulis weblog berkuasa penuh ke atas idea-idea, tulisan-tulisan mahu pun tentang susun atur atau rupa bentuk weblog yang dibina. Sepertimana membina weblog, membuat zine sebetulnya bukanlah suatu perkara remeh. Ianya soal: KEBEBASAN.

03 July 2006

KitKat: MAKANAN BUKAN BOM.;)
hari ini, 2 Jun 2006. aku ke acara Food Not Bombs [fnb] lagi. aku ke fnb ditemani Toni. turut bersama Toni ialah Lin.seperti biasa, kami tiba di lokasi sedikit awal dari teman-teman fnb yang lain. walaupun demikian, para "homeless" [apa yah perkataan yang lebih sesuai selalain homeless?] yang menunggu makanan diagihkan sudah ramai di lokasi.sementara menunggu makanan dan reman2 di fnb tiba, aku, toni dan lin sempat berbual mesra dengan para homeless.
loceng di gereja St John sudah berdentum. sepatutnya acara pendistribusian makanan dimulakan sebaik saja "masuk waktu" sembahyang di gereja. namun petang tadi teman2 fnb lambat 30 minit tiba di lokasi. acara dimulakan sebaik saja objek yang ditunggu tiba.

aku mengambil posisi aku seperti biasa, sebagai jurugambar.:). bukan aku tak mahu menolong mengedarkan makanan/minuman,atau bukan aku tak mahu membasuh pinggang mangkuk yang telah digunakan, tetapi kerana tenaga kerja untuk kerja2 tersebut telah cukup, makanya aku sebagai lebihan tenaga kerja mengambil posisi sebagai jurugambar.hehe.;). berbekalkan kamera aku dan toni [2 kamera] aku menangkap gambar untuk koleksi peribadi.

keadaan di fnb hari ini agak meriah. berlaku peningkatan volunteer fnb dan juga peningkatan para homeless. peningkatan volunteer fnb adalah amat bagus. ini menunjukkan lebih ramai manusia yang sedar dan perihatin dengan mereka-meraka yang kurang bernasib baik. namun, peningkatan kehadiran homeless adalah keadaan yang tidak bagus. bukan maksud aku para homeless tu tak bagus.tapi sistem di malaysia ni tak bagus. sistem di malaysia ni telah melahirkan lebih ramai homeless. "homeless" yang hadir untuk sesuap makanan percuma terdiri daripada anak-anak jalanan (homeless), penagih dadah, pekerja seks, pelaku jenayah, peminta sedekah, penanggur, penghidap h.i.v dan yang sewaktu dengannya.

jadi, peningkatan jumlah "homeless" adalah sesuatu yang harus dipandang serius. makanya kami di fnb mengambil inisiatif mendekati golongan kurang bernasib baik ini. disamping untuk membantu sedaya mampu, kami secara simbolik menyampaikan mesej kepada pemerintah bahawasanya mereka [pemerintah] seharusnya menitip beratkan perkara2 yang berkenaan dengan rakyat dan bukannya lebih mengutamakan hal-hal yang berkenaan dengan perang. WE NEED FOOD NOT BOMBS!

setelah acara selesai, melihat ramainya muka2 volunteer baru yang tidak dikenali, jadi kami mengadakan sesi suai kenal. setelah sesi suai kenal selesai, kami pulang. oh ya! hari ini aku bertemu Toni. makanya, sesi pertukaran kitkat berlaku. ya! aku dapat kitkat lagi. hehe.:)

02 July 2006

TANYA SENDIRI.JAWAB SENDIRI. [part 1]

masa zaman awal penglibatan aku dalam dunia punk/hc ni aku aktif gila buat zine. dan dulu jugak aku ada band. jadi masa tu ramai ah jugak editor2 zine yang interview aku. tapi itu dulu ah. skang aku dah tak macam tu lagi. sekarang aku tak ada band dan dah tak buat zine. jadi, dah tak ada orang nak interview aku. jadi, aku interview aku sendiri. hehehe.:P

+SALAM PEMBEBASAN.SILA KENALKAN SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA.
-salam sejahtera kepada anda dan juga pembaca. nama saya Dhani Ahmad.berumur 24 tahun. masih muda dan masih bujang. baru abis belajar di sebuah institusi pengajian tinggi islamik di kuala lumpur dan sekarang melakukan macam-macam kerja yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang saya belajar. seorang yang suka membaca buku-buku politik,islamik dan sufistik. sering bermain dengan idea-idea besar yang sukar untuk di realisasikan. saya bukan anarkis, bukan komunis, bukan sosialis dan bukan juga leftis. saya adalah pemimpi gila.

+APA PERKEMBANGAN TERKINI ANDA. BAGAIMANA DENGAN BAND CHENTA TIDA RESTU DAN APA PERKEMBANGAN TERBARU TENTANG ZINE-ZINE ANDA?
-Chenta Tiada Restu? wah. macam mana awak tahu saya terlibat dengan Chenta Tiada Restu [C.T.R]? sebetulnya, sejak dari tahun 2002 saya sudah tidak terlibat dengan band C.T.R. dan sejak itu saya sudah tidak mengambil tahu tentang C.T.R. tentang zine2 saya pula, buat masa sekarang saya meletakkan status zine saya dalam keadaan koma yang teruk. peluang untuk hidup 50/50. kita serahkan takdirnya kepada sang pencipta.:).perkembangan terkini ialah, pada bulan depan saya dan rakan2 di Papakerma akan meriliskan sebuah buku yang bernama GOBLOG!. Goblog merupakan sebuah buku koleksi tulisan blog 13 penulis. pada bulan 8 pula, sekali lagi kami di Papakerma akan menganjurkan tour gig untuk band DIPLEG dan CURVE. kedua2 band ini dari Jepun. untuk info terkini tentang Papakerma, sila lihat di www.papakerma.com

+MASIH BERGIAT AKTIF DENGAN FOOD NOT BOMBS? BAGAIMANA PULA DENGAN NETWORK OF SOLIDARITY COLLECTIVE?
-ya saya masih bergiat dengan kumpulan Food Not Bombs [FNB], tapi tidak seaktif dulu. kalau dulu setiap minggu pasti muka saya akan kelihatan di FNB, tapi sekarang cuma 4-5 bulan sekali saya ada di FNB.hehe.:P.apa pun, saya tetap terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran FNB seperti diskusi, demonstrasi ataupun workshop. tentang Network Of Solidarity Collective [NOSC] pula tak tahu saya nak cakap macam mana. saya sendiri tidak tahu apa status NOSC sekarang. kerana mereka yang terlibat dengan NOSC masih aktif dengan aktiviti2 kemanusiaan, cumanya kami tidak menggunakan nama NOSC. Papakerma dan Komuniti Jalan Kempas merupakan kolektif baru yang muncul yang rata2nya digerakkan oleh anak muda yang menjadi tulang belakang NOSC. jadi, secara personalnya saya katakan NOSC masih wujud, cuma menunggu masa untuk melakukan sebarang aktiviti baru. atau mungkin juga NOSC menunggu masa untuk dimatikan.:).

+BOLEH CERITAKAN TENTANG PAPAKERMA?
-Papakerma merupakan sebuah record label independent yang non-profit organisasi. digerakkan oleh 4 orang anak muda yang handsome bergaya.hehe.:P.Bertanggungjawab meriliskan zine, buku, kaset, cd dan sebagainya secara sukarela atas inisiatif untuk mempromosikan karya-karya independent yang mempunyai kesukaran memasarkan rilisan mereka kepada umum. Papakerma juga ingin meneruskan perjuangan membantu penggiat seni independent dalam menyalurkan idea dan juga menyediakan ruang untuk mereka berkomunikasi bagi memberi pendedahan serta menarik peminat seni lebih mendekati mereka. Selain mempromosi gaya hidup alternatif, Papakerma tidak mengejar apa-apa kecuali: KEBENARAN. Kerana mendiamkan kesalahan adalah kejahatan.

+APA PROJEK TERBARU PAPAKERMA?
-macam saya katakan tadi, Papakerma sekarang sibuk dalam menyiapkan buku GOBLOG! dan juga sedang mengaturkan jadual untuk mengadakan tour gig bagi 2 band jepun, iaitu DIPLEG [emotive hard core] dan CURVE [mellow indie rock]. dan akan ada beberapa rilisan terbaru [kaset] yang akan kami keluarkan selepas 2 acara ini berjaya dilakukan. tunggu kemunculannya...:)