29 January 2006

Laskar Cinta -chapter one-
wahai,jiwa jiwa yg tenang..
berhati-hatilah dirimu..
kepada.. hati hati yang penuh..
dengan..kebencian yang dalam
karena, sesungguhnya iblis..
ada dan bersemayam..
di hati yang penuh..dengan benci...
dihati..yang penuh..dengan prasangka
#Reff#:
LASKAR CINTA..
SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..
MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..
VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..
DAN BUSUKKAN HATI..
LASKAR CINTA..
AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..
KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT
DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA
UMAT MANUSIA
jika..kebencian meracunimu..
Kepada...manusia lainnya...
maka sesungguhnya iblis...
sudah berkuasa atas dirimu
maka..jangan pernah berharap..
aku..akan mengasihi..
menyayangi..Manusia manusia..
yang penuh benci..seperti kamu...

Laskar Cinta -chapter two-
wahai jiwa-jiwa yang tenang..
jangan sekalikali kamu..
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi
bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa dan bangsa.. yang pasti berbeda
bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata


Buat Kabinet Cinta beserta para Laskar Cintanya di Republik Cinta:
SELAMAT MENJALANKAN AKSI DAMAI MENYEBARKAN BENIH-BENIH CINTA DAN MUSNAHKAN VIRUS-VIRUS BENCI

27 January 2006

"SAYA TAK PEDULI APA YANG ADA DALAM PAPER. APA YANG ADA DALAM HATI KITA ITU LAIN" - Samy Vellu (Menteri Kerja [jalan] Raya)



nota:- ini quote terbaik yang aku dapat minggu ni. hehe.;).

24 January 2006

19 January 2006

KEMBALI PADA ALLAH (tajuk baru)
JIKA SYAITAN TIADA (tajuk lama)
sedang aku bermuhasabah diri, mengingati dan menghitung dosa-dosa yang telah aku buat angkara terpedaya dengan godaan syaitan, terlintas satu soalan di kotak fikiran: bagaimanakah rupa bentuk muka bumi ini jika pembentukannya tanpa pengaruh syaitan? pastinya struktur muka bumi ini tidak seperti apa yang kita lihat sekarang...

jika syaitan tiada, maka tiadalah pusat-pusat perjudian, pusat pelacuran mahupun pusat hiburan yang dibina dibawah pengaruh syaitan. tiada pusat hiburan seperti pusat disko, pusat dangdut, pusat karaoke, maka tidak bolehlah kita menikmati musik yang kita minati sambil meminum arak mahupun menelan pil khayal. tiada pusat hiburan akan menyebabkan penjualan arak dan pil khayal merosot. maka pendapatan negera malaysia juga merosot (arak dan rokok sumber pendapatan utama negara).tiada syaitan maka tiadalah manusia yang berpakaian seksi menjolokkan mata. ini kerana semuanya akan berpakaian menutup aurat. tiada yang berpakaian seksi maka tiada lagi aktiviti mencuci mata dihujung minggu. hehe. tiada syaitan maka tiadlah aktiviti pelacuran komersial. secara automatiknya tiada lagi vcd lucah di parasan apabila industri pelacuran komersial tiada. apabila tiada vcd lucah dipasaran, maka tak dapatlah kita tengok vcd lucah lagi. hehe. ;P. [eh, banyak lagi lah "sumbangan" syaitan kalau nak disenaraikan. cukuplah iniyang aku senaraikan. selebihnya aku simpan untuk korang fikir pulak.].
alangkah best jika syaitan tu tak ada. sebabnya jika syaitan tak ada, maka secara automatiknya neraka juga tak ada untuk menerima manusia yang berdosa angkara syaitan. jika neraka tak ada, maka kita semua akan masuk syurga tanpa perlu risau untuk terjerumus ke neraka. "awak, esok kita jumpa kat syurga firdaus ok"

16 January 2006

KEUNIKAN KELANTAN YANG TERSENDIRI.
Rakyat Kelantan sudah lama tahu yang setiap minggu pada setiap pagi jumaat, akan ada kuliah Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru) yang akan diadakan di Medan Ilmu diperkarangan bangunan PAS di Kota Bharu itu. Maka akanramailah yang akan datang ke KB pada hari tersebut. Walaupun aku jarang pulang ke KB, tapi hampir setiap kali aku pulang ke KB, Aku pasti ke kulaih Jumaat Tok Guru. Manusia yang hadir ke kuliah jumaat itu bukanlah sikit jumlahnya. PAda sangkaan aku, lebih 4000 orangy yang hadir. suasana disekeliling Medan Ilmu itu ada juga rupa seperti pasar minggu, kerana ramai peniaga yang mencari rezeki pada hari tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mahu melihat kelantan dari sudut yang berbeza,maka mereka harus merasai pengalaman menghadiri kuliah jumaat tersebut.pastinya kuliah dari Tok Guru adalah menarik.dan pasti akan ada sedikit sebanyak isu-isu politik terkini negara yang disentuh dalam kuliah tersebut. ini yang menjadikan lebih menarik sebenarnya.hehe.pagi tadi aku pergi kuliah jumaat, aku dapat flyers baru (rujuk flyers di atas) yang mengajak orang ramai menghadiri kuliah pengajian hadis dan tafsir. program baru yangjuga akan dijadikan acaramingguan secara percuma yang melahirkan satu lagi aktiviti unik yang ada di kelantan ini. kenapa aku katakan unik? kerana tidak ada menteri besar negeri lain kecuali menteri besar kelantan yang setiap minggu "turun padang" untuk memberi kuliah agama kepada rakyat. tidak ada juga kerajaan negeri lain kecuali kerajaan negeri kelantan yang menganjurkan acara keagamaan secara percuma 2 kali seminggu. memang sesuai dengan gelarannya: KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM. world! :)
DIRIKU UNTUK DIJUAL.
setelah bertungkus lumus bertahun-tahun menjadi seorang pelajar, akhirnya aku grad juga. grad dengan kelulusan yang tak seberapa menyebabkan aku berfikir untuk kembali menjadi pelajar.menyambung belajar maksud aku.tapi untuk menjadi pelajar bukanlah sesuatu yang murah. belajar memerlukan wang yang sangat banyak. belajar juga bertujuan untuk mendapatkan wang yang banyak (gaji besar) disamping untuk mendapatkan ilmu. melihat kawan-kawan sebaya umur aku, ada yang sudah bekerja, sudah memiliki harta sendiri, malah sudah ada yang berkahwin. faktor ini merangsang aku untuk mula menjual kemahiran yang aku ada kepada mana-mana syarikat kapital. namun, hajat dihati untuk menambung belajar ke peringkat seterusnya tetap ada. tapi aku harus bekerja seketika untuk mencari sedikit mogal untuk sambung belajar. atau mungkin juga aku harus belajar sambil bekerja. pokoknya, aku harus mula menjual kemahiran diri aku. aku seorang graduasi dalam lapangan komputer, masih muda, bujang, fresh graduate yang tidak mempunyai 3 tahun pengalaman kerja, hanya boleh memahami bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja, mempunyai lesen kereta tetapi tidak mempunyai kereta, boleh menaip dengan laju tanpa melihat pada keyboard, gemar mempelajari sesuatu yang baru, boleh bekerja secara kolektif serta seorang yang independent. jadi, kepada sesiapa/majikan yang ingin membeli aku (harga boleh dirunding), sila hubungi diemail berikut: merahdanhitam@yahoo.com . atau sila lihat resume aku di website ini: (eh, ni website personal. jadi, msg aku kalo nak tgk.hehe)
"REPUBLIK CINTA" BEREDAR DI PASARAN!
wah. selepas 2 minggu aku balik dari indonesia, baru lah Republik Cinta beradar dipasaran. sayang sekali. kalo tidak, pastinya aku akan memiliki cd original Republik Cinta yang sememangnya original dari indonesia. apa pun, seperti album2 sebelumnya, untuk album Republik Cinta ini akan aku pastikan yang aku akan mendapat yang orignal dari indonesia. apa pun, kepada peminat setia Ahmad Dhani, jangan lepaskan peluang untuk melihat isteri Ahmad Dhani yang merupakan seorang personil band RATU secara live pada 20 Jan 06 ini di Planet Hollywood jam 10 mlm. layan...


Lelaki Pecemburu
Detak di setiap detik..

Jantung di dada ini..
Semakin..Cepat..

Saat kamu ucapkan...
Kata kata yang mungkin...
Tak masuk akal..

Tak harus jenius..
Untuk hanya mengendus..
Konspirasi tak mulus..

Hatiku yang hangus..
Ingin terus meringkus..
Akal bulus yang rakus

#Reff#: AKU TAK KAN PEDULI..
SIAPA YANG BERANI..
MENDEKATI KAMU..
AKAN KUBUNUHAKU HANYA LELAKI..
YANG SEDANG CEMBURU..
TERBAKAR ASMARA..
MENCINTAI KAMU

jangan sampai terbius ..
lelaki yang tak becus..
yang berwajah seperti tikus..
aku sangat serius..
Merebut cinta yang tulus..
meski aku (yang) terhunus

02 January 2006

Azam Tahun Baru?
soalan yang paling femes setiap kali tahun baru ialah "apa azam baru tahun ni?" . sebetulnya aku tak pernah berazam secara rasmi setiap kali tibanya tahun baru. cumanya tahun ni aku rasa aku tak nak pakai cap lagi ah.

*gambar aku bersama awek Riau, Indonesia sewaktu aku berkunjung ke rumah dia 22.12.05 yang lepas. nama awek ni: EKA LIDIYA PURNAMA SARI. aku suka nama dia! ;)