27 December 2005

"aku merasakan cinta itu sebagai sesuatu ataupun seseorang yang boleh aku kenali dan fahami. hari demi hari aku merapatkan diriku dengan cinta, namun semakin aku rasakan aku makin mengenali (cinta), semakin keliru aku dibuatnya. aku mula melakukan perkara yang bertentangan dari apa yang aku fikirkan. logik akal semakin tidak dipakai. logik nafsu? ya! yang ini sering digunakan. mungkinkah ini yang dinamakan cinta? cinta membuatkan aku keliru, tak keruan dan terkesima hanya kerana perkara kecil. semakin aku mengenali cinta, semakin aku jauh dari diriku, semakin asing aku rasakan bila bersendirian dengan diriku. semakin aku mengenali cinta, semakin kabur pandanganku tentang realiti yang aku mahukan"
AYOH DOWNLOAD LAGU INDONESIA!
wah. gue lagi ketemu situs menarik nih. tapi cma menarik bagi mereka yang minat lagu-lagu indonesia je lah.:). masuk website ni untuk download lagu-lagu indonesia yang tak ada di malaysia: www.ard1z.tk


nota: cd-cd ni aku beli masa kat Riau, Indonesia tempoh hari.

17 December 2005

BERKIBAR MEGAH DI ATAS BANGUNAN UMNO...
Tidak sensitif atau sudah hilang sensitiviti. Inilah yang berlaku kepada parti yang kononnya memperjuangkan Melayu dan agama Islam ini. Walaupun dalam pasport Malaysia jelas ditandakan Israel sebagai sebuah negara yang tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini, tetapi kini bendera Israel berkibar megah di atas bangunan Umno sendiri. Gambar ini diambil oleh jurugambar Harakah jam 3.30 petang 15 Disember di atas bangunan Umno yang terletaknya PWTC. Foto Wan Zahari.
HOMICIDE : infamous Anarcho-Hip Hop collective from Bandung
pasti ramai yang tidak pernah tahu tentang Homicide. ini tidak menghairankan kerana Homicide bukanlah artis yang datangnya dari Malaysia. Homicide adalah antis dari Bandung, Indonesia. dan yang lebih menariknya, Homicide ini adalah independent artis. Tiada ikatan dengan major label seperti EMI, BMG atau MAESTRO. Makanya, Homicide tidak se-femes artis mainstream seperti Thoo Phat atau Ruffedge. Tapi Homicide sangat femes di Indonesia. Cukup saja femesnya itu dalam scope di komuniti underground sahaja. Begitu juga di Malaysia. Setelah kami di Papakerma meriliskan e.p Homicide baru-baru ini, Homicide juga agak femes di Malaysia.Bahkan, 300 keping kaset yang kami keluarkan tidak cukup menampung permintaan yang ada. Makanya kami harus mencetak lagi. Kami mencetak e.p pertama Homicide yang bertajuk "Godzkilla Necronometry". "Godzkilla Necronometry" adalah judul baru yang digunakan untuk pasaran Malaysia. Judul asal yang beredar di Indonesia adalah "Prosa Tanpa Tuhan". Provokatif bukan? Nah! nantikan "Barisan Nisan" hasil kerja terbaru dari Homicide yang bakal beredar di Malaysia tidak lama lagi. Dan pastikan juga anda berada di gig yang akan membawa anda terus menerus menonton Homicide secara live di malaysia nanti. jangan ketinggalah ya! ;)
www.papakerma.com <---muat turun satu lagi lagu Homicide secara gratis di sini.

15 December 2005

KETUK KETAMPI dalam bahasa yang di-upgrade adalah DUDUK BANGUN
aduh... macam-macam lah skang nih. semua nak cover line punya hal. dah salah tu salah je lah. ngaku je lah salah. mcm Nabila anak Amy Search yang ngaku salah berkhalwat. kan bagus tu. maksud aku, dia tak menipu. ini tak, nak jugak tegak-kan benang yang basah. dah sah-sah tahanan tu orang cina [kalau bukan warga negara china sekali pun], boleh pulak nak cakap yang kena ketuk ketampi tu orang melayu tempatan. adus.... kantoi terang-terangan tuh. tak kisah lah apa-apa pun, yang pasti, nama polis dah cukup sinonim dengan segala macam kejahatan. so, sendiri mau ingat! masuk http://www.umno-reform.com/ untuk berita lanjut.

" grafiti terbaru yang aku jumpa yang ada kat sekitar Kuala Lumpur.

10 December 2005

Projek Buku/Zine Koleksi Tulisan Blog Anak-Anak Punk/HarCore.

Nama Buku: [belum ada nama lagi nih] :)

Pengenalan
saya mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc. dan untuk merealisasikan fantasi ini, saya perlukan kerjasama dari kamu semua. disini, saya ingin meminta sekurang-kurangnya 5 artikel yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10. Penyertaan adalah dibuka kepada mereka yang mempunyai blog dan juga berpengetahuan tentang punk/hc. :). untuk menyumbang artikel atau catatan weblog untuk dibukukan, sila hantarkan koleksi tulisan anda kepda saya di alamat merahdanhitam@yahoo.com atau faisal@papakerma.com

Tujuan Projek
- Mem"buku"kan tulisan yang ada dalam blog.
- Memperbanyak dan menvariasikan bahan bercetak hasil anak-anak punk/hc.
- Mencipta sejarah yang tersendiri. :)

Harus Diperbincangkan
- soal nama besar buku/zine yang akan dihasilkan
- soal susun atur/lay out
- soal distribusi
- sasaran pembaca
- cara pendistribusian
- promosi

Hantarlah apa saja jenis catatan anda seperti kategori-kategori berikut
1. SINIS: Humor, komedi, satira
2. NASIHAT: Seruan kepada kebaikan, hujah, dakwah
3. BALADA: Luahan hati, jiwang karat, keluhan nurani
4. PUISI: Pantun, Sajak, Seloka
5. GANAS: Bahasa Pasar, Slanga, Brutal
6. ENGLISH: Yes, no and alright.
7. RENCAM: Apa-apa yang tidak tersenarai dalam kategori di atas.
"Punk/HC Adalah Kehidupan".;).jadi, kamu bebas untuk menghantarkan apa jua artikel/catatan yang berkenaan dengan kehidupan.

Syarat WAJIB
* Pastikan entri/artikel weblog yang asli.
* Setiap entri/artikel perlulah mempunyai:
a) Tajuk
b) Tarikh (jika ada)
c) Permalink atau URL
d) apa-apa saja yang ingin diletak. :)

PENTING NIH!
Copy and paste catatan pilihan, kemudian edit atau taip menggunakan MSWord atau yang seangkatan. Save-kan ke format *.doc dan email sebagai attachment. Kenapa nak kena hantar dalam format MSWord? Sebabnya kalau catatan anda ada yang dalam bentuk BOLD, ITALIC, UNDERLINE, dan sewaktu dengannya, maka bentuk-bentuk tulisan anda tersimpan rapi seperti yang anda mahukan.

09 December 2005

Kesan Kecanggihan Teknologi
pastinya tidak semua yang menikmati kemajuan teknologi yang ada sekarang. percaya? harus percaya nih. kerana masih ada orang asli, orang yang tinggal dipendalaman yang tidak menonton tv, tidak mempunyai bekalan air paip ke rumah, tidak punya handphone dan sebagainya. opppss! handphone? makanya teringat aku kepada tok imam yang mengumumkan sesuatu sebelum sembahyang tadi. dan apa yang disebutkan oleh tok Iman tadi membuktikan bahawasanya dia salah seorang yang menerima kesan perkembangan teknologi. "rapat-rapatkan saf dan sila matikan handphone anda. Allahuakbar!" - Tok Imam
Artis: DEWA
Judul Album: Republik Cinta
1] Emo
2] Larut
3] Lelaki Pencemburu
4] Laskar Cinta
5] Move on Revolt
7] (lagu inggeris -untitle)
8] (lagu inggeris -untitle)
9] (lagu inggeris -untitle)
10] untitle
11] untitle

nota:- ini info terbaru yang aku terima tentang album akan datang Dewa. dah nak rilis dah.

08 December 2005

Bukak Api + Malaikat Di Jendela + Toll Gate Girl + Puaka Tebing Biru
jika sebelum ni aku pernah menulis tentang Bukak Api. sekarang aku menulis lagi sekali tentang Bukak Api. lebih kepada siapa Osman Ali sebenarnya. [bapak aku nama Othman Ali.hampir sama seh.hehe]
aku mungkin lebih kenal siapa amir muhammad berbanding osman ali. tapi hakikatnya osman ali adalah senior kepada amir muhammad. orang kata amir muhammad adalah pemangkin reformasi filem di malaysia. malah, osman ali lebih awal mereformasikan fanomena filem di malaysia. filem Bukak Api yang dihasilkan pada tahun 2000 hanya dapat aku lihat pada tahun ini [2005]. itu pun nasib baik kawan aku terjumpa vcd Bukak Api tu kat Uptown yang dijual secara undergroung. kalau tidak, sampai sekarang aku masih tidak dapat melihat Bukak Api. sempat juga aku sebarkan vcd Bukak Api ini kepada kawan2 aku di uia. jika zaza [kawan aku budak uia] menyarankan untuk tidak melihat Bukak Api, aku tetap bertegas dengan saranan aku sebelum ini bahawasanya: ANDA SEMUA HARUS MENONTON BUKAK API. :)
- kat mana nak cari Malaikat Di Jendela + Toll Gate Girl + Puaka Tebing Biru ek? ada sesapa ada no tepon osman ali tak? tak ada no tepon, emil pun ok gak. meh aku nak kontek dia meh.
- kat bawah ni berita pasal osman ali yang aku ambik kat paper Metro.
- Osman Ali (tengah) bersama para pelakon yangmembintangi Puaka Tebing Biru.

Bukak Api diterbitkan pada 2000 memperkenalkan pengarahnya Osman Ali, asalnya seorang pembikin filem bebas (indie) kepada penggiat dan peminat filem tempatan.

Osman juga waktu itu disebut-sebut sebagai pengarah muda cukup berkaliber bagi mengisi ruang industri filem tempatan yang dianggap pengkritik dipenuhi dengan pelbagai filem sampah.

Bukak Api turut memberi tuah kepada Osman apabila memenangi pelbagai anugerah luar dan dalam negara sekali gus meletakkan nama Malaysia di peta dunia.

Antara anugerah dimenanginya ialah Filem Terbaik Red Ribbon Media Awards 2001, Anugerah Juri Freedom Film Festival 2004, Pilihan Khas Festival Filem Antarabangsa Singapura 2002.

Selain itu, Bukak Api juga menerima Pilihan Khas Festival Filem Antarabangsa Nontes di Perancis pada 2003, Festival Filem Antarabangsa Kaherah 2002 dan terbaru menerusi filem itu Osman menerima anugerah Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-18.

Selain Bukak Api, antara filem dihasilkan secara bebas ialah Malaikat Di Jendela yang menampilkan lakonan Ning Baizura. Filem itu mendapat pujian ramai.

Bermula dari situ Osman melebarkan sayap menerbitkan drama dan iklan seperti Toll Gate Girl serta iklan Petronas. Cuma dia harus menunggu lima tahun untuk mengarahkan filem komersial pertamanya, Puaka Tebing Biru (PTB) terbitan Astro Shaw Tayangan Unggul (Astu).

Peluang begitu lama harus ditunggu Osman dikatakan punya kaitan dengan masalah pembikin filem yang dikatakan berpuak-puak antara indie dan komersial. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak diketahui?

Dalam pada itu, sebagai pembikin filem bebas, masalah dihadapi filem komersial pertama Osman, PTB sedikit sebanyak menimbulkan cakap belakang di kalangan penggiat lain. Wartawan Harian Metro, RUDY IMRAN SHAMSUDIN, baru-baru ini sempat menemubual pengarah muda ini bagi menyelami permasalahan yang dihadapi sama ada sekitar industri itu sendiri mahupun filem diarahkan Osman.

klik sini utk baca interview:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Bintang/20051207100642/Article/indexm_html

06 December 2005

Gambar Famili.2005.
dari kiri duduk: Nuzul Asmadi, Hj Othman, Hjh Wan Mariam, Anis Adlina.
dari kiri berdiri: Azma Rose, Ariza, Ahmad Dhani, Asri, Azura.

05 December 2005

LAGU BARU
eh, korang perasan tak bila korang bukak jek BILIK aku ni korang akan mendengar lagu baru dari PADI yang bertajuk "Tulus Hati". betul ke dari Padi? aku pun tak tahu ah. korang dengar sendiri ah.:).

oh ya, aku ada dapat lagu dari kawan aku. lagu dari independent grup rasanya. best. tak jiwang. tapi sinis. :P. cuba korang dengar. nanti dah dengar bagi komen ok. :P.hehe. klik sini untuk dengar: www.papakerma.com/faisal/lagu/hafizasari_minahtudung.mp3