13 November 2005

Mari Bunuh Diri.
++Hidup aku hari ni biasa je. wujud rasa bosan sikit-sikit tu biasa ah.aku buka komputer untuk dengar lagu-lagu indah.sampai gilirannya, lagu Mari Bunuh Diri dendangan Sajama Cut berkumandang. "mari bunuh diri... mari bunuh diri... mari bunuh diri... mari bunuh diri... mari bunuh diri... mari bunuh diri..." ini adalah bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut. lagu yang mengajak kita membunuh diri. ;).hehe. terkesan dari lagu tersebut, aku mencapai handphone aku lalu menaip sms ringkas untuk dihantar kepada kawan-kawan. berikut adalah sms yang aku taip dan juga sms jawapan yang aaku terima dari kawan-kawan:

"bosannye hidup. jom bunuh diri nak?" - aku
"uiks; bunuh diri lak... knape ni, tgh bosan sgt2 ke? gi la jln2 ke, shopping ke, mkn ke, ehe..." - anis
"hanya dgn mengingati Allah, hati akn menjd tenang. kosongnya hati drp mengingati Allah akn membuatkn kita kesunyian w/pun di tgh khalayak ramai.:)" - toni
"gilo apo? nape? cinta x b'bls ke?" - ain
"bosan? nape? x kan la smpi nak bunuh diri... smlm sy pun boring gak bila awk x balas msg sy, sy x rasa nak bunuh diri pn... hehe. ;P" - waheeda
"akum. faisal, awk ok tak? is there anything i can do 2 help u?" - shaz

disebabkan handphone aku tak ada kredit, jadi aku tak balas msg-msg diatas. maaf yer kawan-kawan.hehe.apapun, trima kasih ye kepada kawan-kawan yang mengambil berat tentang aku serta sudi untuk terus memberi sokongan kepada aku.tanpa anda[kawan2] siapalah saya.:).hehe. -tamat-


*nota: jika komputer anda mempunyai speaker, sila hidupkan dan kuatkan volume speaker anda dan akan kedengaran lagu MARI BUNUH DIRI dicorong speaker anda sekarang. tapi awas! jangan sampai yang ada bunuh diri selepas mendengar lagu ini. jika ada yang melakukannya, saya tidak bertanggung jawab.
Mengeksploitasi Atau Dieksploitasi?
++hari ini agak membosankan.aku ke bandar atas cubaan membunuh bosan. ah, di bandar juga bosan. terus aku ke cybercafe [cc], juga dengan alasan, membunuh bosan. namun, keadaan tetap sama. di cc juga bosan. walaupun sudah 3 jam aku disana. apa??? 3 jam??? ini bermakna aku harus membayar sewa perkhidmatan tersebut sebanyak rm6 [ rm2 sejam]. wah! rm6? aku harus keluar cepat nih.duit dalam dompet bukan banyak mana pun. dengan bergaya aku keluarkan sekeping note kertas merah yang bernilai rm10.dalam masa yang sama, otak mula mencongak, bahawasanya baki yang aku harus terima adalah rm4. cashier cc tersebut menjalankan tugasnya dengan tekun. "nak bayar ye?" mulut manisnya memantulkan kata-kata. "a'ah" jawab aku ringkas dalam keadaan kontrol macho sambil menghulurkan duit.oppsss.lupa nak cakap, cashier cc ni aweks tau.:).hehe.kemudian dia menghulurkan pulangan baki tersebut kepada aku sambil tersenyum manja."terima kasih yer awak.nanti datanglah lagi yer. awak ni kacak lah". (eh, skrip ni aku reka sendiri nih). aku mengambil baki tersebut sambil mengira...hah???!!! rm6?? kenapa dia bagi aku rm6? sepatutnya dia bagi aku rm4. sedanga otak aku mempersoalkan mungkin kesilapan yang cashier tersebut lakukan, kaki aku dengan selamba mengatur langkah keluar dari cc tersebut. dan juga dengan perasaan serba salah.


ps: semalam, anak buah aku beli buku Naruto yang berharga rm5.90. anak buah aku bagi duit rm6. skali tuan kedai tu pulangkan baki sebanyak rm1.10. terus anak buah aku yang keliru melangkah pulang dengan baki rm1.10 tersebut dan menceritakan hal ini kepada aku. :)


*SOALAN: sekiranya korang berada dalam situasi aku, apa yang korang akan lakukan?

09 November 2005

BLACK_BLOG@YAHOOGROUPS.COM
untuk merealisasikan Buku/Zine Koleksi Tulisan Weblog Anak-Anak Punk/Hardcore bolehlah anda menghantar artikel yang anda ingin muatkan kedalam buku/zine tersebut ke alamat emil saya: merahdanhitam@yahoo.com . terima kasih. ;).















p/s:- awak, mintak emil. saya nak wat yahoogroups ah utk bincang pasal projek ni. ok. :)