24 October 2005

SELAMAT HARI RAYA.
"saya penyampai mohor besar raja-raja ingin mengumumkan, tarikh hari raya puasa jatuh pada esok hari. esok raya ok. jadi, beli lah apa2 yang patut yer. esok jadi raya tau."
















22 October 2005

Aku Tengok Orang Tengok Aku
++paling aku suka naik bas adalah waktu petang.time semua orang balik keje.bukan apa, masa ni ah aku boleh tengok bermacam-macam jenis/cara orang tido mahupun yang tertido.maklum ah, semuanya penat balik keje.yang paling syok tu tengok awek-awek dan balak-balak yang tersengguk-sengguk ketika berada dalam dunia separuh tido.hehe.selalunya aku tengok orang, tapi arini orang tengok aku.

21 October 2005

Aku Juga Geng Jurnal!
++macam tak percaya pun ada jugak bahawasanya hari ini [20.10.05] aku secara rasminya telah menjadi ahli di komuniti maya GengJurnal.aku bukan baru tahu pasal GengJurnal nih. cuma sebelum ni tiada langsung niat dihati untuk aku mengenali siapa dan apa GengJurnal secara lebih dalam. lagi pun, aku rasa aku ni tak cukup jurnalis untuk menjadi sebahagian daripada mereka di GengJurnal. tapi semalam, selepas bersembang-sembang pasal dunia blog dengan abang aku [graduan UK yang merdeka], baru aku tahu bahawasanya aku kenal siapa president Geng Jurnal. malah, aku pernah bertemu dengannya beberapa kali sebelum ini. dan yang paling aku tak sangka, Wak Din adalah president GengJurnal.dan Wak Din itu agak rapat dengan abang aku. dengan kata lainnya, Wak Din itu partner projek abang aku. oh ya, satu sebab lagi yang mempengaruhi aku untuk aku terlibat dalam GengJurnal ialah kerana "Jiwa Kacau". daripada buku Jiwa Kacau itu aku dapat mengenali serba sedikit tentang (idea/politik/pemikiran) pengerak-pengerak GengJurnal. ya, bukan kerana jurnalisme, tapi kerana Wak Din aku jadi ahli GengJurnal.;).Salam Kenal aku ucapkan buat rakan-rakan gi GengJurnal semuanya.viva-la Wak Din Jiwa Kacau! ;P.
Tajuk Baru: Bukan Jodoh Aku Dengan Dia...
Tajuk Asal:SANG KOSONG SATU TUJUH [017] LARI DARI RUMAH.
++ini berita sedih. amat sedih. barangkali kerana sering dianak-tirikan oleh aku, atau pun kerana menyedari aku kurang memberi perhatian kepadanya, Sang Kosong Satu Tujuh [017], iaitu nombor maxis yang menjadi nombor kedua aku untuk aku dihubungi kawan-kawan telah melarikan diri dari rumah. dengan kata lainnya, nombor 017 2245234 yang aku beli dengar harga rm10 itu telah hilang! aku memang cuai kerana tidak berlaku adil kepadanya sehinggakan dia nekad untuk tidak bersama dengan aku lagi. aku sedih dengan keadaan ini.ah, hidup mesti diteruskan. dengan itu, kepada sesiapa yang ada menyimpan nombor 017 2245234 aku itu, bolehlah anda hapuskan [delete] nombor tersebut dari buku telefon anda. kerana nombor itu sudah tidak wujud lagi dalam alam fana ini. :(. sedih memang sedih.dan kepada mereka yang ingin berkongsi kesedihan dengan aku, sila hubungi aku di nombor Celcom aku ya. tahu tak nombor Celcom aku?
22.10.05 : Bermula Episod Baru Kehidupan.
++tamat sudah dunia praktikal yang memaksa aku bangun seawal pukul 6 pagi, bersiap dan wajib menunggu bas pada pukul 6.30 pagi untuk melalui kesesakan jalan ke KL. terus, dari KL, menunggu bas sekali lagi untuk ke Desa Pandan. jika aku tidak keluar menunggu bas pada pukul 6.30 pagi, pasti aku lewat sampai ke pejabat.inilah rutin kehidupan aku sewaktu praktikel dulu. agak menyeksakan. baru seminggu lepas aku meninggalkan dunia ini. ya, aku telah habis melalui tempoh praktikal. dengan itu, tamat juga tempoh aku sebagai pelajar. sekarang, aku adalah penganggur. masih kabur untuk aku berbicara tentang masa depan. mahu menjadi seorang pekerja kah aku atau untuk menyambung kembali menjadi seorang pelajar? apa yang aku tahu, buat masa sekarang, aku mahu menikmati dan menghayati bulan ramadhan ini seadanya. kemudian, menikmati pula hari raya aidil-fitri.(oh, tahun ini semua adik-beradik aku pulang beraya bersama-sama. kesemua 7 orang adik beradik.pasti meriah!) dan selepas itu baru aku ingin mencorak kehidupan aku dengan cara baru. setakat ini, perasaan ignin belajar sangat menebal. jadi, aku akan memohon ke mana-mana ipt untuk melanjutkan pelajaran aku. sambil menunggu panggilan sambung belajar, aku akan bekerja untuk seketika. ini yang aku fikirkan sekarang. langkah awal untuk episod baru kehidupan.


*nota
-22.10.05 : harijadi aku nih! ;).hehe
-05.02.06 : hari konvo! datang ah beramai2.kat uia. jangan lupa bawak bunga.;P.hehe

19 October 2005

Buku/Zine Koleksi Tulisan Weblog Anak-Anak Punk/Hardcore.
hai sahabat. aku mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc.dan untuk merealisasikan fantasi aku ini, aku perlukan kerjasama dari kamu. disini, aku ingin meminta sekurang-kurangnya 5 artikel yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10. idea awal aku, ingin menamakan buku/zine ini sebagai:_______ oppss! soal nama besar buku/zine yang akan dihasilkan, soal susun atur, soal distribusi, semua masih perlu diperbincangkan. apa pun, terima kasih diatas kerja sama anda. sila sebarkan perkara ini kepada semua anak-anak punk/hc yang punya blog yah. sebarang masalah, sila hubungi aku disini: www.bilik.blogspot.com


nota: tentu aja aku terkesan dengan "Jiwa Kacau" ;)

18 October 2005

MASA UNTUK MENGOMEN [memberi komen] dan MENDENGAR LAGU.
asalnya aku ingat nak tukar skin BILIK ni. tapi rasa malas pulak. jadi, aku upgrade skin ni. ada dua perkara yang baru kat BILIK ni iaitu:
1] boleh dengar lagu
2] boleh memberi komen.
jadi, apa tunggu lagi? marilah meromen bersama-sama. eh, mengomen lah! ;P.
Bukan Kekasih Setia
++lagu yang kamu dengar sekarang (bagi yang ada speaker, pasti akan mendengar lagu sambil membaca tulisan ini) adalah lagu yang bertajuk "bukan kekasih setia" dendangan kumpulan Padi.lagu ini tidak rilis (unrelease) dalam mana-mana album dan hanya dapat didengarin secara ekslusif oleh Sobat Padi sahaja. oh ya, mungkin kamu juga ingin mendengar lagu "dealova" yang sememangnya tidak pernah wujud di Malaysia ini bukan. nanti saya akan kasi kamu dengarin suatu hari nanti yah! :)

Dealova Movie Out On September 8
++Indonesia - From the best-selling teen novel by Dyan Nuranindya, Dealova, the movie of the same title will soon be out in theaters from September 8, 2005.This time, Addie MS -- the well known orchestra composer -- has ben roped in to produce the score music and its soundtrack album as well.Addie, who has never arranged a pop song these last 10 years, was very enthusiastic about the project.Addie got Once (Dewa's lead singer) to sing the theme song titled "Dealova" with music backed by the Opick Victorian Philharmonic Orchestra from Melbourne, Australia.The soundtrack album has 10 songs, mostly sung by newcomerslike Bunga ("Saat Kau Pergi" written by Dewiq), Voo ("Aku Kecewa" by Sablem), Sandy ("Cemburu" by Sandy/Thomas/Dewiq), and J-Rocks ("Serba Salah" by Iman). Besides that, Tere, Cupumanik, Gigs, and Agus Sasongko also contributed a song."I hope by watching the movie and listening to the soundtrack album, people will understand that symphonic orchestra isn't always related to adults and formal stuff, but can also be enjoyed by teens," Addies said about his goal in this soundtrack project.Be at the Dealova's Meet and Greet at the movie's Gala Premier in Avenue Ciwalk Bandung, September 2, 2005. Cast members are scheduled to attend including MTV Indonesia's VJ Evan Sanders, Rizky Hanggono, Jessica Iskandar, Ben Joshua and Nagita S.
RAPID KL yang UNRAPID.
++aritu adalah aku isi form aduan tentang RapidKL.aku sajer jerk gatal tangan buat aduan tu. sajer nak bagi pihak RapidKL tu sedar skit yang diorang punya servis tak bagus. aku bukan tulis banyak pun kat dalam borang tu. aku cuma tulis 3 point penting seperti berikut:
- bas selalu rosak (time nak gi kerja plak tu)
- tak ada air cond ("bayar rm2, tapi aircond tarak"-untie india merungut)
- feder bas lambat nak mampus
sebenarnya, ketiga-tiga point yang aku tulis ni adalah telah dikemukan oleh salah seorang pengguna dalam akhbar utama sama hari dengan hari aku buat aduan nih. ayat yang dia tulis kat akhbar tu memang best giler ah. tak tahu ah pulak apa pihak RapidKL jawab keatas aduan kat dalam akhbar tu. yang aku tahu, aku ada dapat maklum balas dari RapidKL lepas aku buat aduan tu. aku tak rasa aduan aku tu akan mengubah mutu perkhidmata dorang. tapi kira ok ah sbb diorang baca apa yang aku tulis. setidak-tidaknya diorang baca emil address aku sebalum diorang antar emil ni. :).

Saudari/Saudara Dhani,Terima kasih atas maklum balas yang diberikan melalui Borang Maklumbalaspada 09/09/05. Kami mengharapkan kerjasama saudari/saudara agar dapatmengemukakan maklumat lengkap iaitu tarikh dan masa kejadian, nombor laluanbas, nombor pendaftaran bas dan tempat menaiki bas untuk membolehkan kamimenjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya. Kerjasama saudari/saudara didahului dengan ucapan terima kasih.
Haliza Abd Hamid
Senior Executive
Corporate Communications Division
Tel: 03-76507788 ext. 1066
Fax: 03-76256667

13 October 2005

Nukilan Yang Tak Semengah.
oleh: amat

Nukilan satu
++ senyap-senyap kau memanggil aku. aku datang dengan harapan yang menggunung, kau sambut salamku. kau menepuk bahuku. aku terperanjat. menagpa kau tepuk bahuku bagitu lama? aku suruh kau berenti dari menepuk bahuku. kau tetap berdegil. aku tak tahan lagi! Buut!! Butt!!!Buuuutttt...! kan aku dah terkentut didepanmu. adakah silap ku kentut didepanmu sambil bersiul?

Nukilan Dua
++siapa kata kau tak hensem? walaupun ramai yang kata kau tak hensem. sape kata suara kau tak sedap? padahal ramai yang kata suara kau memang tak sedap. sape kata bulu ketiak kau jarang? memang ramai yang kata bulu ketiak kau jarang. tapi aku tak hirau kan apa orang nak kata tentang kau... "bak aku rokok sebatang"

Nukilan Tiga
++bila aku terjaga dari tido, tiba-tiba duniaku jadi gelap segelapnya. nafasku jadi tersangkut-sangkut. ibarat kata yang letih melompat dari satu bukit ke satu bukit. aku cuba untuk selamatknan diri sebelum aku mati. akhirnya aku berjaya keluar dari dunia gelap itu... cilakak betul! nape bulu dada kaulebat sangat? dah macam mop lantai mak cik cleaner kat tepat aku keje dah pun!


"amat ni kawan serumah-sewa aku.dia menulis dikala kebosanan.sebab dia tak ada blog, jadi dia letak kat blog aku."- dhani berkata.

06 October 2005

"Kau Ingat Kau Sorang Nak Ada Tetek? Aku Pun Nak Tetek Jugak!"- Rina,Bukak Api
++ Filem Bukak Api sudah lama aku cari. akhirnya, dapat jugak aku tengok setelah kawan aku berjaya mendapatkan vcd Bukak Api dari pasaran gelap. dan tanpa pasaran gelap, mustahil untuk aku melihat filem ini kerana filem ini sememangnya di haram tayangkan di malaysia.kenapa Bukak Api diharamkan di malaysia ya? kerana melanggar sensitiviti masyarakat normal barangkali. kerana Bukak Api adalah filem yang memperlihatkan para pengamalkan cara hidup homoseksual.apa homoseksual itu tidak normal? (normal atau tidak terserah pada anda).aku tidak pandai mengkritik filem. tapi, aku selalu ingin mencuba sesuatu yang aku tak pandai.jadi, ini kritikan aku untuk filem Bukak Api. eh sekejap. kritikan? aku tidak berniat untuk mengkritik.sebaliknya, aku berniat untuk menceritakan serba sedikit tentang filem Bukak Api. bukan mengkritik. bukan juga untuk menulis sinopsis tentang filem tersebut. aku cuma hanya ingin menceritakan sedikit tentang Bukak Api. Bukak Api adalah sebuah kisah tentang kehidupan malam para pekerja seks yang terdiri daripada golongan maknyah atau lebih popular dengan perkataan pondan (ada juga tentang pekerja seks perempuan.tapi fokusnya tentang kehidupan pekerja seks maknya). Bukak Api "Salahkah Aku Memilih Jalan Ini?", banyak memaparkan tentang hak-hak para maknyah, tentang semangat setiakawan, tentang cinta (cinta songsang?) dan juga tentang pendidikan. ya, Bukak Api banyak mendidik supaya kita mengamalkan cara hidup sihat (contoh:melakukan hubungan seks bebas dengan memakai kondom. ada juga diajar cara-cara bagaimana untuk memakai kondom!).Yang menarik tentang filem Bukak Api adalah, ianya dihasilkan oleh manusia-manusia aktivis untuk tujuan pendidikan. jadi, adalah sangat menarik untuk anda semua menonton Bukak Api dan melihat keindahan kuala lumpur dari sudut lain (selain sudut KLCC atau sudut KL Tower).


p/s:-Tajuk entri diatas adalah salah satu skrip dalam filem Bukak Api. dan Bukak Api banyak dihiasi dengan skrip yang sebenar (bahasa pasar.bukan bahasa buku). malah para pelakonnya juga adalah yang sebenar (pondan yang sebenar). dan lakonannya juga adalah lakonan yang sebenar (bukan lakonan, tapi kehidupan sebenar).


Dealova
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena, langkah merapu tanpa dirimu
karena, hati telah letih....

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memuja mu
tanpa mu, sepinya waktu merantai hati
ooo bayangmu, seakan-akan....

kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang ku hela yang kau selalu ada....

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa gila
dan sepi
dan sepi


nota: "dealova" adalah tajuk lagu nyanyian si Once sang vokalis Dewa.aku tujukan (lirik) lagu diatas kepada seseorang.;)


Menara Maybank Yang Manusiawi
++aku kira menara Maybank yang terletak di pusat kuala lumpur itu cukup berperikemanusiaan. kerana apa? kerana pihak menara Maybank membenarkan para manusia tidak berumah (homeless) "berumah" diperkarangan menara tersebut pada malam hari sementara menunggu hari siang.walaupun setiap hari hampir satu tan sampah telah dibuang oleh manusia merdeka (termasuk homeless) dikawasan perkarangan menara Maybank tersebut.dan kerana ini, pihak menara Maybank terpaksa menugaskan (mengupah) dua orang pekerja untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap ini setiap hari. sepatutnya perkara ini (membuang sampah merata-rata) tidak berlaku. kerana, sudah lebih dari cukup tong sampah disediakan dikawasan tersebut.tapi mungkin kerana tiada kesedaran sivik (bukan serviks) dalam diri, atau mungkin kerana ego, aktiviti membuang sampah merata-rata masih berleluasa.apa cara yang berkesan untuk mendidik masyarakat dalam hal-hal asas seperti ini (hal membuang sampah) ya? oh, sudah tersasar tulisan aku ini rupanya.kembali kepada hal menara Maybank tadi.dan aku secara rasminya mengumumkan bahawasanya pihak menara Maybank lebih manusiawi jika dibandingkan dengan pihak menara Alor Setar. tidak berapa lama dulu, pernah aku dan kawan-kawan menikmati keindahan malam di Alor Setar selepas jam 12 malam. sedang kami merayau-rayau bebas, tiba kami di perkarangan menara Alor Setar. kami duduk berehat seketika di perkarangan menara tersebut sambil menikmati keindahan menara tersebut yang seakan-akan menara Kuala Lumpur itu. tiba-tiba, muncul lembaga hitam yang tak diundang. setelah dipastikan, lembaga hitam itu adalah pak guard (bukan hantu) yang datang untuk meminta (menghalau) kami supaya meninggalkan kawasan tersebut.niat kami hanya untuk menikmati keindahan alam malam disitu.untuk bersiar-siar.itupun kami tidak dibenarkan.bersiar-siar pun tidak boleh, apatah lagi untuk tidur.ya, memang banyak tempat yang menusiawi dan banyak juga yang sebaliknya.aku menulis tentang menara Maybank yang manusiawi kerana setiap pagi hari aku akan berada disitu untuk menunggu bas untuk ketempat kerja.;).hehe.apapun, terima kasih aku ucapkan kepada pihak menara Maybak yang memberikan sedikit ruang kepada para homeless untuk merehatkan badan.ya,homeless juga manusia.


Nombor Ke-Dua Saya.
hai kawan2. saya ada nombor handphone yang baru dibeli tadi pada tanggal 6.10.05.no baru saya ialah: 017 2245234 tapi saya hanya guna nombor ini pada waktu malam sahaja.pada waktu siang saya tetap akan guna nombor lama. dengan kata lainnya, saya guna dua nombor sekarang. jadi, save kedua-dua nombor saya dalam phone book kamu ok. terima kasih. ;)

p/s:- guna 2 nombor, tapi handphone ada satu jek. itu yang kena ikut shift tu. hehe.

05 October 2005

Food Not Bombs.Masa Untuk Kit Kat.:)
++ semalam, 2 Oktober 2005 menjadi tarikh rasmi julungkalinya aku menghadirikan diri ke tempat penghidangan makanan percuma bersama rakan-rakan food not bombs pada tahun ini, setelah setahun lebih lamanya aku tak menjejak kaki ke sana. jika tahun2 sebelum ini hampir setiap minggu aku menghadirkan diri ke fnb, tapi tahun lepas menjadi tahun cuti aku untuk sebarang aktiviti rasmi fnb. aku langsung tidak kesana. puncanya? tiada masa. tiada kenderaan. tiada kawan. tiada wang.ah, ini semua alasan tak kukuh. alasan kukuh adalah aku tiada kerajinan. atau kata lainnya malas.mungkin juga kerana tenaga kerja yang sudah ramai telah membuatkan aku tidak begitu hiraukan fnb. tapi jika fnb kekurangan tenaga kerja, pasti aku ada. ini bukan kisah dongeng. ianya pernah berlaku. sekejap ramai. sekejap tidak.fnb bukan sebarang tempat. ianya tempat segala macam hal. tempat berkumpulnya segala macam jenis manusia. manusia yang tidak berumah, tidak bekerja, fakir miskin, manusia terpelajar, manusia aktivis, manusia punkberontak, manusia muslim/ah, manusia pekerja seks, manusia penghisap dadah dan macam-macam. semuanya berkumpul disini atas dasar CINTA. ya! FOOD NOT BOMBS ADALAH TEMPAT UNTUK BERCINTA. dan juga tempat untuk aku mendapat cokelat Kit Kat. =).hehe.



Cinta Itu Berry
++cinta itu telah dipelbagai maksudkan oleh manusia. aku menambah satu lagi maksud cinta,iaitu, CINTA ITU BERRY.:).apa itu berry? berry tu bukan benda, tapi tu berry tu kawan baik aku. aktivis pelajar yang bergerak secara terang-terang kat uia yang belajar dalam bidang undang-undang. aku bukan nak cerita pasal sumbangan berry ke atas gerakan aktivisme kat uia, itu tak perlu diceritakan sebab sumbangan berry memang cukup besar. aku cuma nak cakap Tahniah buat berry yang sudah menemui cinta selepas 21 tahun hidup di alam Allah. sepanjang aku kenal berry, memang tak pernah aku rasa tak best. tapi lepak dengan berry sekarang, saat2 cinta sedang berputik, memang best giler.:). harap lepas ni berry tetap berry dan bertambah berry. harap kita boleh lepak macam dulu-dulu jugak.:). kepada Berry dan Nad,selamat bercinta. bila nak kuar reramai beb?


"Itu Janji Kita, Janji Allah Kita Tak Tahu Lagi"
++ini ungkapan kata yang best dan menarik yang aku dengar minggu ini.sedang aku mencari apa yang dicita, aku kembali terfikir, ketentuan segalanya ditangan Yang Esa. bukan tugas kita untuk menentukan apa yang sepatutnya berlaku dimasa depan. tugas kita adalah merancang dan menuju kepada apa yang dirancang. keputusan akhirnya memang telah tercatat diatas sana.